Bermusafir ke tengah lautan

Sekitar jam 9.00 malam penulis bergerak memulakan musafir dengan bas merah diiringi lambaian isteri dan anak-anak. Musafir menuju ke daratan di tengah lautan. Musafir ini mungkin sangat berbeza dengan musafir biasa. Musafir yang diiringi dengan keberkatan, Insya Allah.

Lokasi persinggahan pertama ialah stesen bas seremban. Di dalam bas, yang paling ketara ialah perbualan paling kuat di antara seorang abang duda dan akak janda yang menurut perbualan itu, merupakan sahabat lama yang sudah dua tahun tidak bertemu.

Selepas melepasi stesen bas seremban sekitar jam 12 mlm,  kesesakan laluan menuju ke ibukota. Selepas tertidur dan membiarkan sahaja sang pemandu untuk meneruskan perjalanan, akhirnya tiba di puduraya sekitar jam 1 pagi.

Bas meneruskan perjalanan dan berhenti lagi di beberapa stesen. Kali akhir, ialah sebelum melalui jambatan pulau pinang. Kami merentasi selat yang memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau mutiara beberapa minit sebelum fajar sadiq.

Setibanya di perhentian bas, kami terus menuju ke surau untuk solat subuh. Surau yang mempunyai ruang yang agak terhad itu dibatasi pula dengan tempat wudhuk yang sedang dinaiktaraf yang menyebabkan jamaah perlu ke tandas awam untuk urusan wudhuk.

Seusai solat, kami bergerak mencari kenderaan untuk ke universiti. Selepas mendapatkan beberapa info, kami menunggu di tepi jalan untuk mendapatkan khidmat bas harian. Dengan harga RM1.40, kami akhirnya berjaya mendarat di hadapan pintu masuk universiti. Kami kemudian menikmati bekalan sebagai juadah sarapan pagi, dan kemudian bergerak untuk mendaftar di kolej kediaman. Dengan panduan dari pengawal keselamatan, kami berjalan kaki dengan membawa beg besar menuju ke lokasi sejauh kira-kira dua km.

Setibanya di kolej kediaman, kami berehat sebentar di kafe untuk menikmati air. Kemudian, kami naik ke pejabat desa siswa untuk pendaftaran.

Di bilik pendaftaran, sudah ramai yang beratur untuk mendaftar. Mujurlah kami berdua datang bersama. Jadi kami ditempatkan di bilik berdua yang sama.

Selepas melawat bilik dan meletakkan bagasi, kami bergerak menuju ke dewan untuk pendaftaran pelajar. Ya...barisan pelajar tidak terlalu panjang, namun ianya adalah masih awal. Pendaftaran bermula dengan semakan sijil asal spm dan juga diploma. Kemudian bergerak mengambil slip pendaftaran kursus dan buku panduan. Kemudian bergerak ke meja kad matrik. Selepas itu penulis berlari mencari sepupun yang mendaftar di lokasi berbeza kerana salinan filem x ray berada di tangannya.

Selesai urusan, kami bergerak pulang ke asrama penginapan dan singgah untuk makan di kafeteria. Sekitar jam 2.30 petang, program di dewan bermula dengan acara sesi taklimat dekan sehingga jam 4.30 petang. Kemudian balik ke hostel dan bersantai. Seusai solat jama, kami bergerak semula ke dewan untuk acara seterusnya. Acara pada waktu malam bermula jam 8.30 malam. Acara malam ini agak penting untuk tujuan pengecualian kredit. Berdasarkan keterangan yang diberi, ada harapan untuk buat pengecualian bagi dua subjek bernilai 8 unit...

Kembali ke hostel dan menikmati mee goreng buta di kafe yang berharga RM3.00...
Subuh hari kedua kami hanya solat di bilik sahaja. Tak terfikir pula hendak berjalan ke masjid dua batu itu meskipun ada tawaran ganjaran besar yang menanti...
Hari kedua diisi dengan tiga slot acara. Acara jam 8.30 pagi di dewan besar ialah acara perasmian di mana Dato NC sendiri yang merasmikan acara. Sebelum itu kami berlatih menyanyi dan juga membaca ikrar. Ikrar dibaca oleh salah seorang pelajar lama dari segi usia dan perkhidmatannya.

Majlis perasmian berjalan dengan baik dengan ucapan Dato NC yang memberangsangkan. Seusai nyanyian lagu Negaraku, majlis bersurai. Kami menikmati sedikit jamuan tengahari di sebelah kiri dewan...

Pada sebelah petang pula kami dihidangkan dengan taklimat oleh TNC Hal Ehwal Pelajar. Program bersama pimpinan pula dibatalkan. Pada sebelah malam, kami dihidangkan pula dengan ceramah integriti yang bagi penulis sangat memberikan kesan.

Hari ketiga merupakan hari yang penting atau klimaks daripada kesemua hari dalam minggu orientasi kerana kami akan menyertai taklimat pendaftaran kursus pada sebelah petang. Slot sebelah pagi pula  diisi dengan taklimat dari pihak Pusat Kesihatan dan juga HEP juga pinjaman untuk bantuan.

Pendaftaran kursus memberikan kami peluang untuk mengenali rakan² sama kursus buat pertama kalinya. Sebenarnya semasa taklimat pengecualian kredit kami pernah dikumpulkan namun ianya terhad kepada pelajar ex-diploma sahaja. Taklimat pada petang rabu memberikan peluang yang lebih besar hingga berjaya mewujudkan wassup kumpulan.

Malam disulami dengan taklimat kursus universiti yang seharusnya mengandungi subjek yang sama untuk semua rancangan. Maka peluang untuk menubuhkan kumpulan multi rancangan menjadi semakin luas...

Pagi akhir di bumi pulau mutiara, kami agak sibuk dengan aktiviti mengambil bahan pembelajaran berbentuk buku di pejabat dan juga mengambil kad matrik...kembali menjadi pelajar di kala usia menjejak 4 series...

Kami bergerak pulang ke kampung halaman sekitar jam 12 tengahari. Kunun untuk mendapatkan bas yang paling cepat, tapi bukan bas ekspress cepat. Sebaik tiba di terminal, beberapa orang lelaki muda mendatangi kenderaan kami menawarkan tiket untuk pulang. Tertarik dengan tawaran jam 2.15, kami mengikutinya naik ke kaunter tiket. Kemudian kami menikmati hidangan tengahari dan menjama solat.

Jam 2.15 kami turun, tetapi bas masih tiada. Kami menunggu...jam 2.30 masih tiada..2.45 masih tiada...jam 3.00, penulis naik ke kaunter bertanya, jawapannya ialah bas akan sampai sebentar lagi...jawapan standard. Apabila ditelefon pemuda yang sibuk promosi tiket tadi, dia sebut bas isi minyak..

Namun sekitar jam 3.15, jawapan sebenar tiba. Bos rosak...kena naik bas lain...Hanya selepas jam 3.30 baru kami bertolak meninggalkan terminal bas...Selepas melintasi jambatan, penulis tertidur hingga tiba di gua tempurung menempuhi kesesakan. Hujan turun tidak terlalu lebat. Selepas melepasi terowong, keadaan trafik lancar semula. 

Menjelang maghrib, kami tiba di kl. Kami berhenti di tiga check point. Pertama di KL central, kedua di tepi jalan dan ketiga di pudu. Selepas tol sungai besi, kami berhenti sebentar. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke seremban.

Di Seremban, kami bertukar bas untuk terus ke JB. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol