Lanun Johor : Fenomena atau semboyan



Sebaik sahaja kebangkitan JDT bermula beberapa tahun yang lepas, gelombang itu diteruskan dengan pelbagai gaya dan kreativiti para pendukung pasukan tersebut. Antara yang paling dilihat dan terpapar kini ialah Lanun Johor yang memakai gelaran singkatan LJ dengan lambang tengkorak.


Para pendukung dan pengikut gerakan atau fenomena ini berpendapat ini hanyalah seqadar suka² sahaja tidak lebih dari itu. Ianya bukanlah sebuah gerakan massa yang kukuh dan berorganisasi mantap. Ia dianggap sebagai satu gerakan penyokong kepada JDT itu sendiri.

Tiada siapa pula yang tahu siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan fenomena ini. Tetapi bagi pandangan peribadi penulis, ianya kelihatan seolah-olah sebuah gerakan yang bersifat revolusioner. Ya mungkin pandangan ini tampak keterlaluan. 

Mungkin secara pandangan jengkel, seolah-olah tampak seperti sebuah gerakan yang berwajah ganas. Bukankah perkataan 'lanun' itu sendiri sudah bercirikan keganasan dan kejahatan yang agak klasik? Ianya dipakai sebagai istilah terhadap 'perompak laut' atau 'bajak laut' dan istilah ini dikenali di alam melayu sekitar selepas abad ke 19 masihi. Sebelum dari itu, lanun dikenali sebagai 'perompak laut'.

Lanun dan melanun adalah gerombolan perompak di laut yang sangat klasik dan dikenali di timur dan barat disebabkan keganasannya. Jadi apabila kita memakai istilah lanun johor, secara tidak langsung kita cuba menggambarkan bahawa orang johor adalah lanun?

Wallahu a'lam. Secara peribadi, saya tidak begitu gemar dengan pemakaian dan hebahan serta apa sahaja yang berkaitan dengan dengannya. Menyokong dan mempromosi pasukan JDT adalah sangat berbeza dengan menyokong dan melabelkan para pendokongnya selaku lanun .... Ianya akan membawa imej dan gambaran yang amat buruk kepada orang di belahan negeri lain di semenanjung emas dan juga pulau besar borneo....




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol