Melaka: segalanya bermula di sini?

Ya.....mungkin majoriti dari kita bersetuju bahawa melaka yang dirawikan dibuka oleh Permaisura (Parameswara) pernah terkenal sebagai sebuah pelabuhan setanding pelabuhan terkemuka di dunia pada waktu tersebut hingga menyebabkan kerajaan kristian portugal tertarik untuk mendatanginya guna menyekat rempah dari masuk hingga ke Makkah ... (kata² Alfonso sang penakluk kota melaka)



Melaka yang dikenali dahulu sebagai sebuah empayar perdagangan Islam yang hebat. Dikatakan bahawa Islam di semenanjung emas ini bermula di Melaka (mengikut sesetengah pandangan ahli sejarah). Dan tidak hairanlah jika pelaksanaan Islam secara syumul berlaku di Melaka sebaik sahaja Parameswara mengisytiharkan keIslamanannya dan seterusnya memberikan keyakinan penuh kepada rakyatnya untuk menuruti jejaknya.

Begitulah pelaksanaan Islam di Melaka mengalami pasang dan surut, suka dan duka di bawah kepimpinan paduka sultan hingga muncul orang ferenggi di perairan pelabuhan melaka membawa satu fenomena baru di kalangan iklim masyarakat melaka.

Melaka tatkala kemunculan ferengi sudah menjadi begitu moden dan terkenal pada zamannya. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjatuhkan kerajaan miritim islam yang hebat itu, namun taqdir ilahi mengatasi segalanya dek kerana ketiadaan armada perang laut melaka tatkala itu di perairan melaka kerana mereka bertugas di perairan lain (menurut sesetengah perawi sejarah melayu)

Maka Melaka dan Islamnya mengalami beberapa proses , namun rakyatnya masih utuh menjunjung kalimah toyyibah. Masjid² masih utuh sehingga kini dengan bukti terdirinya masjid Kg hulu, Masjid Kg Keling dan juga masjid tengkera..

Penulis pernah berkunjung solat di masjid Kg Keling pada suatu subuh yang hening. Begitu sayu sekali kerana dari menara lama yang kelihatan seperti pagoda itu sudah tidak kedengaran lagi alunan azan. Di tepi jalan, hanya ada suara hiruk pikuk pemilik dan pekerja kedai kopi beserta beberapa orang pelanggan beragama bukan islam sahaja. Masjid lama itu kelihatan begitu menyedihkan dari segi rohnya. Fizikalnya dijaga rapi seperti seorang pengantin tua yang bersemayam di atas pelaminan lama, namun tiada lagi semangat dan kekuatan untuk bangkit berdiri. Makam ulama yang berada di persekitarannya seolah muram dan menangisi zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Apakah semangat berjamaah sudah mati?

Berbanding di masjid Tengkera, waktu subuh jumaat di sana masih hangat dan hening dengan kehadiran jamaah yang agak ramai. Seusai solat subuh, buku surah yassin diedarkan kepada jamaah dan wirid dari tariqat ahmadiah dialunkan bersama dengan pegangan buku surah yassin di tangan para jamaah. Tentu amalan ini diwarisi dari dahulu kala lagi, mungkin sejak ianya berbangunan kayu lagi, iaitu sejak tahun 1750.

Dan apabila solat zuhur secara qasar dan jama di salah sebuah surau yang berhampiran dengan A Famosa, rata-rata mengunjung suka untuk solat sendirian. Tiada langsung jamaah dibina sedangkan waktu zuhur baharu sahaja menjengukkan wajahnya. Berbeza jika solat di shopping kompleks di negeri² lain. Mungkin berkebetulan dipertemukan Allah dengan kondisi seumpama itu, ataukah ianya petunjuk jelas mengenai mentaliti anak² serta cucu² cicit susur galur generasi awal penduduk bumi bertuah ini?

Wallahu a'lam..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol