Citraku menangis lagi
Pulang dari pejabat di petang Ahad dengan perjalanan yang agak lancar. Ini mungkin disebabkan ketiadaan kesesakan di bahagian kilang bersebelahan bangunan pejabat dekkerana mereka bercuti pada Ahad. Meskipun kerajaan Gapura Selatan telah mengembalikan cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu, namun pihak bukan pemerintah bebas untuk memilih sama ada untuk bercuti hujung minggu mengikut kehendak kerajaan gapura ataupun mengikut sebagaimana kerajaan persekutuan. Maklumlah, negara demokrasi. Namun tiada pula kedengaran sektor awam dinegeri itu berani menunjuk belang untuk membelakangi kehendak kerajaan negeri...
Tatkala tiba di pekan satelit, kelihatan meter temperature di dashboard kenaikan kesayangan naik melebihi paras normal..
"Wah...apahal pulak.."
Namun penulis masih meneruskan perjalanan. Hati kembali tenang bila melihat jarum meter tersebut turun semula bila kenderaan bergerak. Namun tatkala berhenti, iamenaik kembali.
Kenderaan terus dilarikan dan akhirnya ketika menghampiri stesen petrol masuk ke bandar kosmopolitan, enjin mati secara tiba². Mujurlah...dan kenderaan bergerak tanpa enjin dan terus masuk ke lorong mengisi petrol. Berkebetulan pula petrol sudah menunjukkan isyarat merah sejak pagi tadi lagi.
Apabila dibuka tangki radiator, asap keluar tanpa buakan air..
"alamak...bocor lagi ke?"
Bergegas mendapatkan air dan dituang masuk ke dalamnya.Membuak air keluar seolah ditendang semula...
"Kenapa bang?" Tegur seorang pump attendant...
"temperature naik le..."
Dia kelihatan seolah membelek² sesuatu..
"Tadi dia mati sendiri ke atau abang matikan?"
"Mati sendiri..."
"Agaknya rosak teruk ni...Tak pe...abang duduk dulu tunggu enjin sejuk.."
Tetapi hati semakin resah. Meskipun pump attendant tadi begitu ramah, namun perkataan dan kenyataannya berbau sesuatu yang membingungkan..
"Agaknya rosak teuk ni..."
Beberapa minit kemudian, enjin cuba dihidupkan. Yess...berjaya. Tanpa melengahkan masa, terus digerakkan untuk balik. Berkebetulan, bengkel yang biasa dihadiri sudah tutup.
Selasa, tatkala rakyat seluruh tanah persekutuan dan juga kepulauan borneo menyambut hari lahir penubuhan negara mereka, penulis kembali ke bengkel...
"Mungkin radiator bocor..Ini tak boleh bikin sekejap.."
Maka sang citra hitam ditinggalkan di wad. Nampak sakitnya agak kritikal. Tapi taklah sampai masuk ICU...
Menjelang Maghrib, kembali ...
"Macammana..?"
"radiator sudah tukar...mungkin kipas pula problem..kalau ini macam, esok baru ok.."
Alahai....
Rabu, ketika menziarahi sang citra, doktor mengesahkan yang motor kipas radiator juga problem dan perlu diganti...
"anggaran berapa?"
"semua RM750.00"
"Mak aih..."
Hanya pada pagi khamis barulah citra dapat discharge. Rabu petang telah berjaya menjalani pembedahan, tetapi penulis berada di Tangkak atas beberapa urusan.
Ada berita yang agak menggemparkan..
"kalau temprature lagi naik, air ada kering...mungkin kena turun enjin..."
Ni yang rasa nak jual cepat nih...
Wallahu a'lam
Ulasan