Kalaulah Umar masih ada...
Tatkala pulang dari melaksanakan beberapa urusan, jam di dashboard kereta isteri telah menunjukkan 12.25 tengah malam. Tatkala dihentikan di lampu isyarat berhadapan panggung wayang lama,kelihatan dua buah motosikal jenis cup biasa berhenti dihadapan. Sebuah ditunggangi oleh dua gadis remaja. Sebuah lagi oleh dua pemuda. Motor sang pemuda melintang dihadapan kereta isteri penulis dek kerana 'tertarik' kepada motosikal tunggangan sang gadis. Dari perlakuan dan tindak tanduk mereka ternyata mereka sudah kenal..
Dan apabila lampu bertukar hijau, kedua jentera ringan itu bergerak bersama, sambil kedengaran sorakan daripada rakan² yang sedang dihentikan dek lampu isyarat di simpang lain... nampak meriah sekali gitu...
Terfikir di benak penulis,bagaimana ibu-bapa sang gadis tadi boleh memberikan kebenaran lisan kepada mereka untuk keluar bermotosikal di tengah malam buta tanpa sebarang pengawasan yang kukuh?
Kalaupun ibu-bapa gadis tadi disoal siasat oleh krew terjah, tentu dengan mudah sahaja dia akan menjawab, apahal nak kecoh²?
Ataupun, paling simple mereka akan mengatakan, ada ke sebarang larangan untuk anak gadis keluar rumah selepas jam 12 malam?
Tidak semena² penulis teringat kisah epik umar the series yang ditonton di dalam you tube. Kisah itu adalah adaptasi dari riwayat sirah kehidupan beliau sejak zaman sebelum islam, kemudian selepas islam, kemudian hingga wafatnya junjungan, sehingga ke zaman kekhalifahan Abu Bakr hinggalah ke zaman kekhalifahan beliau dan akhirnya terbunuh akibat tikaman Abu Lu'luah di suatu subuh..
Amirul Mu'minin dikatakan akan senantiasa membuat lawatan dan tinjauan hampir setiap malam untuk melihat keadaan kaum muslimin. Hasil lawatan malamnya, antara dapatan yang diperolehi;
1.keadaan kesusahan sebuah keluarga yang kebuluran di pinggir kota hingga terpaksa merebus batu bagi menenangkan anak yang menangis kelaparan, hingga Amirul Mu'minin sendiri memikul gandum dan memasak makanan untuk keluarga tersebut;
2. Rintihan seorang wanita yang ditinggalkan suami yang pergi berjuang di Syam, hingga akhirnya Amirul Mu'minin membuat satu peraturan, tentera akan diganti di perbatasan untuk tempoh setiap empat bulan;
3. Percubaan seorang wanita penjual susu yang memaksa anak gadisnya menambah air ke dalam susu, tetapi ditolak oleh gadis tersebut menyebabkan beliau diperisterikan kepada anak amirul mu'minin sendiri;
dan banyak lagi untuk diceritakan di sini..
Kalaulah pimpinan kita sekarang berbuat seperti Umar, penulis fikir banyak perkara negatif di waktu malam akan berkurangan. Bayangkan ADUN kawasan meronda bersama pembantunya saban malam di segenap ceruk kampung dan perumahan, tentu banyak maklumat yang boleh diperolehi. Tentu banyak lagi perkara negatif dan tidak betul boleh diperbetulkan dengan hasil siasatan YB sendiri. '
Kalaulah DO atau paling kurang, Ketua Kampung, yang memiliki kawasan agak kecil, mampu saban malam bergerak dan meronda di persekitaran, penulis percaya banyak perkara salah boleh diperbetulkan.
Kalau Ketua kampung selaku ketua diperingkat akar umbi juga berperangai melewati seorang MB,hanya mahu mencari dan mengutip peluang menambah khazanah kekayaan peribadi semata², negara mungkin akan terus dengan kemajuan, namun warganya akan terus dihantui kepapaan dek kerana hutang.
Negara mungkin semakin maju,namun pemuda dan pemudinya makin terkebelakang dan senantiasa bergelumang dengan gejala sosial dan kebejatan akhlak..
Ya Allah...kurniakan kepada kami seorang Umar....
Ulasan