Konvokesyen : antara meraikan kecemerlangan dan kecelaruan penganjur

Rata² kebanyakan universiti di dalam negara sedang sibuk menghadapi demam konvokesyen. Demam tahunan itu biasanya akan menyerang warga universiti di segenap peringkat, daripada Pekerja Rendah Awam hinggalah kepada pengurusan tertinggi.


Dek kerana demam yang melanda inilah, maka akan terhamburlah kepelbagaian idea untuk mengisi setiap babak dan adengan di segenap ruang konvokesyen, dengan nawaitu mulia, untuk meraikan kemenangan sang siswazah dan memberikan impak paling maksimum dalam sejarah kehidupan mereka..


Kerana demam ini jualah, maka tiada lagi dipinta sebarang nasihat daripada para cendekiawan, bahkan tiada mahu ia untuk mendapatkan nasihat dan pandangan itu dari mereka, dan juga para cendekiawan pula hanya diam membantu ketandusan idea, kecuali seqadar menfokuskan diri untuk persiapan membaca skrip permohonan kepada Yang Maha Kuasa, agar terselamatlah hendaknya majlis ini sepanjang perjalanan dengan begitu selamat dan sempurna hendaknya, sebagaimana kehendak sang penguasa. Tiada perlu ia menoleh lagi apakah ada liku² yang telah disalahguna dan diseleweng oleh puak² yang amat rakus serta dahagakan seteguk glamour yang tidak mengenal jalan putih atau hitam lagi.

Maka tiada siapapun yang mahu mengambil peran untuk menegur secalit dua kegelinciran atas nama meraikan, maka tergeleng² kepala sang dara di tengah pacuan sebilangan mata, kunun buat mengisi kekosongan layar agar segar emosi yang menunggu lenguh dan mengantuk.


Terlepas juga sebilangan jagoan bergelar artis sama ada picisan atau pernah memikul gelaran di tapak pesta konvo segelintir menara gading, mungkin tanpa sedar, atau dirancang dibawah minda sedar, ataupun senghaja tidak disedarkan. Mengatasnamakan nawaitu suci, buat meraikan siswazah tersohor, agar nanti nama² mereka terus terjulang di mata sang kapitalis untuk diambil upah buat mengisi sarung perut yang kerap berkeroncong.


Demam yang semakin menggila kadang² menyebabkan emosi sang penganjur turut tidak dapat menimbang dengan akal yang lebih sihat. Kita kerap menutup mulut dan melihat sebelah mata akan sebarang aktiviti hiburan bagi warga kampus. Tetapi kemudian, apabila pertambahan bilangan penganut faham hendonisme bercambah serentak dengan teori domino, iaitu percambahan anak luar nikah, masalah keluarga, pecah amanah dan penyelewengan berleluasa, kita mula menunding jari kepada ibu -bapa. Walhal, budaya dan penyuburan kepelbagaian benih kejahatan itu senantiasa dibaja dan ditajai dari peringkat tadika hinggalah ke menara gading menyebabkan para graduan kadang² keliru, sebaik melangkah di Minggu Orientasi telah disirami dengan tarian dan nyanyian hinggalah pada hari terakhir di bumi menara gading - oh..agaknya kena teruskan tarian, nyanyian dan segala hembusan hendonisme ini dengan topeng warisan budaya bangsa semasa di alam pekerjaan..nah..maka ianya akan diteruskan dan diwariskan. Apa dipedulikan mengenai kemiskinan dan masalah jurang ekonomi yang semakin meluas. Apa dipedulikan mengenai masalah keboborokan moral masyarakat. Apa hendak ditangiskan dengan lonjakan graf kelahiran anak tidak sah taraf...yang penting hiburan, liburan dan keseronokan...

Kecemerlangan apa yang diraikan saban tahun?

Kecelaruan apa pula yang terus dipaksakan dan didendang?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol