kebisingan jamaah cilik
Jumaat 22 zulhijjah, waktu zawaal yang tiba tatkala penulis berada di dalam perut masjid besar kampung. Masjid yang agak berusia yang mula kukenali sejak berpindah ke kampung tersebut sejak 1987 sudah beberapa kali mengalami proses pembaikan. Kali pertama yang penulis lihat dengan mata kepada sendiri ialah semasa awal² penulis berpindah ke sini dari Ipoh Perak. tatkala itu, kami terpaksa solat di kawasan yang masih belum ada simen. Terpaksa membawa sejadah sendiri. Itu semasa proses pembesaran masjid.
Kini masjid tersebut sudah moden. Dengan bangunan dua tingkat, ruang atas memuatkan dewan solat manakala ruang bawah adalah dewan untuk kegunaan aktiviti masyarakat setempat.
Sebaik sahaja imam selesai membacakan tazkirah, sepertimana biasa, pengerusi akan memberikan pengumuman. Kali ini berkaitan aktiviti pada sambutan maal hijrah.
Seusai azan, majoriti jamaah solat dua rakaat sebelum Jumaat. Meskipun ada perbahasan yang agak panjang di kalangan para ulama mengenai hukum solat ini, namun kebanyakan jamaah mengambil jalan mudah, perkara ini sudah diamalkan sejak zaman datuk mereka lagi. Tak mungkin bersalahan, apalagi berdosa?
Namun bagi penulis, setelah mendengar, membaca, mempelajari, menghayati perbahasan para ulama dan ustaz, telah memilih untuk tidak mendahului Nabi SAW dalam perkara², khususnya bab ibadah. Adalah malu untuk menyalahi Nabi SAW dalam perkara ini.
Sebelum keseluruhan jamaah menyelesaikan solat sunat, secara tiba² kedengaran suara pengerusi dengan nada yang agak keras memarahi anak² yang memang kedengaran agak bising. Sudah beberapa kali Jumaat sebenarnya anak² ini mengadakan kuliah dan perbahasan di kalangan mereka dengan nada yang agak mengganggu ketenteraman dan kekhusyu'an ahli jamaah. Namun nampaknya pada tengahari ini, sang pengerusi telah hilang kesabaran.
Mungkin sang pengerusi telah memendam rasa untuk beberapa ketika. Namun hari ini, segalanya berlaku...Maka terdiamlah sang ahlikorum anak² cilik.
Namun seperti kebiasaan, ada sahaja ahli jamaah yang tidak berpuas hati. Hal itu mungkin nanti akan menghambat anak² ini dari perut masjid. Nanti ada dikalangan mereka yang mula enggan untuk ikut sang ayah, atau sang datuk yang saban Jumaat memujuk anak² ini untuk ke masjid bagi melatih mereka mendirikan solat berjamaah, khususnya solat Jumaat. Lebih parah jika mereka mengikuti jejak sang senior berpeleseran di kawasan berhampiran, lengkap berbaju melayu tetapi tidak masuk untuk solat Jumaat. Bila jamaah mula bersurai, mereka juga bersurai seolah sudah selesai Jumaat, walhal sejak imam masuk ke masjid, mereka hanya duduk berbual di luar kawasan masjid hinggalah imam selesai memberi salam.
Jadi siapa pula yang perlu mengawal selia ruang dalaman masjid agar tidak dicemari dengan hingar?
Jawatankuasa sebenarnya perlu memasukkan perkara ini dalam agenda mesyuarat. Jangan hanya memasukkan agenda pengagihan daging korban, pelantikan petugas korban, atau gotong -royong sahaja dalam mesyuarat. Hal keadaan kanak² perlu juga diambil perhatian sewajarnya.
Adalah molek jika khatib dapat menarik perhatian anak² ini. Beri peringatan pada awal khutbah kepada mereka. Tegur mereka sekiranya mereka masih membuat halaqah sendiri. Imam sebenarnya memainkan peranan yang besar. Khatib adalah pemegang acara Jumaat. Bukan tuan pengerusi.
Wallahu a'lam

Ulasan