Edisi terjah : Kepelikan acara solat Jumaat yang terus diulang

Setiap lelaki mukallaf dari kalangan kita pasti ada pengalaman mengerjakan solat Jumaat, tanpa mengira apa darjat dan keturunan, pangkat dan jawatan, gred gaji dan juga pendapatan perkapita, asal dilahirkan sebagai muslim lelaki, tentu pernah mengerjakan solat Jumaat. Cuma yang membezakan kita sama ada dilakukan setiap Jumaat, atau setiap dua minggu sekali, atau mungkin sebulan sekali, atau mungkin setahun sekali, atau mungkin seumur hidup sekali, atau semasa zaman kanak² kerana mengikut rakan taulan.


Acara solat Jumaat di masjid² dalam darul islam semenanjung emas dan juga kepulauan borneo  biasanya akan berlaku dengan perkara² berikut;

1. Bacaan yang dipanggil tazkir, yang mana ianya berlainan daripada bacaan tarhim sebelum solat Subuh (hanya di nusantara). Teks bacaan boleh dirujuk daripada buku atau biasa dipanggil kitab yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama gapura selatan. Ianya dibaca dengan kuat di corong² masjid beberapa ketika sebelum azan pertama;


2. Membaca 

33:56

sebelum imam naik ke mimbar. Selalunya dibuat sebagai isyarat agar imam bangun atau keluar untuk membaca khutbah;

3.  Mengumandangkan azan kedua di sebelah mimbar selepas imam masuk dan duduk di mimbar. Azan biasanya tidak dikuatkan atau dipasang kepada alat pembesar suara di luar. Hanya azan pertama sahaja yang dikumandangkan melalui alat pembesar suara di menara;



4. Memberikan peringatan kepada jamaah agar meninggalkan percakapan semasa khatib sedang membaca khutbah dengan membaca hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah yang bermaksud, "barangsiapa berkata² semasa khatib sedang membaca khutbah, walau dengan berkata diam sekalipun, nescaya luputlah pahala jumaatnya"

5. Bilal membaca doa dengan lafaz yang kuat melalui pembesar suara semasa imam duduk diantara dua khutbah;

6.  Jamaah mengaminkan bacaan doa dalam khutbah kedua, dan mengangkat tangan, namun kebanyakan khatib TIDAK mengangkat tangan mereka;

Mari kita telek dan membuat sedikit kajian adakah acara selitan ini memang wujud sejak zaman Junjungan Muhammad SAW atau senghaja diselit oleh golongan yang kununnya ingin membawa evolusi dan transformasi dalam agama agar kununnya menjadi lebih berkah, cantik dan suchi..

Perkara 1 

Tiada pernah berlaku pada zaman Nabi SAW, mahupun pada zaman sahabat, Tabi' tabi'in, zaman kegemilangan Islam dan kekhalifahan sejak umawi hinggalah kepada empayar moghul di India. Tiada maklumat dari mana timbulnya. Mungkin diilhamkan sebagai satu cara untuk memanggil atau mengingatkan masyarakat agar bersegera meninggalkan pekerjaan duniawi dan bersegera ke masjid. Jika begitu, apa pula gunanya azan sehingga dua kali yang diperkenalkan pada zaman kekhalifahan Uthman di pasar Madina?


Perkara 2

Tiada ditemui atau belum ditemui akan asalnya. Wujud perbincangan dalam kitab Fiqh dan Perundangan Islam Jilid II karangan Wahbah Al Zuhaili terjemahan Md Akhir Haji Yaakob terbitan DBP tahun 1999, mukasurat 315 bab Turqiyyah ketika khatib di atas mimbar, bukan sebelum khatib naik ke mimbar. Alangkah baik jika khatib yang tiba, terus sahaja naik ke atas mimbar dan menunggu azan kedua dikumandangkan.

Perkara 3


Al Bukhari meriwayatkan perkataan daripada Sa'ib Bin Yazid, "Pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakr dan Umar, azan pertama pada hari Jumaat ialah setelah imam duduk di atas mimbar. Manakala pada zaman Uthman, apabila orang bertambah ramai ditambah azan ketiga di al Zawra. Pada zaman Nabi SAW hanya seorang bilal sahaja"

Mungkin yang berlaku pada hari ini hampir menyerupai apa yang berlaku pada zaman Uthman atau himpunan antara zaman uthman dan zaman sebelumnya.

Perkara 4

Mungkin jika dilaksanakan bukan setiap minggu adalah lebih baik kerana ianya seolah termasuk dalam acara solat Jumaat dan khutbah. Ianya tidak pula berlaku di masjidil haraam dan juga masjid nabawi. Alangkah moleknya jika penguasa agama dapat memasukkan teks tersebut ke dalam khutbah jumaat itu sendiri agar khatib dapat memberikan penekanan terhadap perkara tersebut yang lebih serius.

Perkara 5

Adalah perkara yang paling aneh namun tetap diulang setiap minggu. Mungkin mereka bersandarkan kepada pandangan dari riwayat Abi Burdah dalam sahih muslim dalam mencari waktu afdal pada hari Jumaat , "Waktunya ialah di antara masa imam duduk di mimbar sehinggalah selesai solat Jumaat"

Sekalipun begitu, apa perlunya ia dibaca dengan suara yang keras dan kini memakai pembesar suara seolah menolak orang lain dari berdoa akan hajat masing² pula?

Perkara 6

عمارة بن رويبة: “أنه رأى بشر بن مروان يرفع يديه، فأنكر ذلك، وقال: “قبح الله هاتين اليدين، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ما يزيد على أن يقول بيده هكذا”، وأشار بإصبعه المسبحة.

“Dari ‘Umaarah ibn Ru’aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan dan mengingkari pekara yang dilakukan oleh Bishr ibn Marwaan dan berkata :’Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.” Diriwayatkan oleh Muslim 874.

An Nawaawi berkata : “Dalam hadits itu ada penjelasan bahwa yang namanya sunnah adalah tidak mengangkat kedua tangannya ketika berkhutbah. Ini adalah pendapatnya Imam Malik, sahabat-sahabatnya, dan selain mereka. Al Qadhi menceritakan dari beberapa orang terdahulu dan dari sebagian pengikut Imam Malik, bahwa mengangkat tangan adalah boleh, dengan dalil karena nabi pernah mengangkat kedua tangannya dalam khutbah Jum’at ketika meminta turun hujan. Tapi pendapat ini dijawab oleh pendapat yang mengatakan tidak boleh, bahwa beliau mengangkat kedua tangan karena adanya sebuah alasan. ” (Syarah Muslim oleh An Nawawi 5/411).
Asy Syaukani berkata : “Hadits ini menunjukkan ttg dibencinya perbuatan mengangkat tangan sewaktu berada di atas mimbar dan ketika berdo’a dan bahkan itu adalah bid’ah. (Nailul Authar 3/308). Dinukil dari Hasyiah Ar Raudhah dari Al Majd bin Taimiyyah bahwa mengangkat kedua tangan dalam keadaan seperti itu adalah bid’ah. (Hasyiah Ar Raudh oleh Ibnu Qosim 2/458 dan lihat Syarh Tsalaatsiyat Musnad Al Imam Ahmad)

Dalam Al Ba’its, Abu Syamah mengatakan ketika menjelaskan macam-macam bid’ah yang terjadi sekitar sholat Jum’at, “Adapun mengangkat tangan ketika berdo’a adalah bid’ah yang sudah lama.” Pendapat ini diikuti oleh As Suyuthi dalam kitabnya Al Amru bi Al Ittiba’ wa An Nahyu ‘an Al Ibtida’. (Al Ba’its hal : 142 dan Al Amru bi Al Ittiba’ hal : 247).

Ibnu Taimiyyah dalam Ikhtiyaraat-nya meyebutkan, “Hukumnya makruh bagi sang imam untuk mengangkat kedua tangan ketika berdo’a dalam khutbahnya dan ini jawaban yang paling shahih dari dua pilihan yang ada pada sahabat-sahabat kami, karena nabi selalu memberikan isyarat dengan jari telunjuknya apabila berdo’a . Adapun dalam do’a istisqo`, beliau mengangkat kedua tangannya, yaitu sewaktu minta hujan dan di atas mimbar. (Al Ikhtiaraat hal : 80 dan lihat Fathul Bari 2/412). Wallaahu a’lam.
(Rujukan: Shahih Muslim, Syarh Tsalaatsiyat Musnad Al Imam Ahmad dan Fathul Bari)

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol