SIS dan IS : sama mengundang bahaya

Gerakan Islamic State atau IS yang begitu popular di media kini amat ditakuti oleh mana² pemerintah. Pemerintah daulah semenanjung emas dan kepulauan borneo misalnya dengan begitu tegas dan beriltizam memerangi anasir IS yang dikatakan semakin menular di kalangan rakyat jelata yang terpengaruh dengan propaganda jihadis yang dikobarkan. Saban hari medan media songsang kita pasti akan memutarkan slot berita mengenai kejayaan, kezaliman atau apa sahaja yang berkait dengan gerakan IS, guna untuk melemahkan semangat palsu kaum jihadis yang mula berkobaran di serata alam.



IS dikatakan bertindak begitu ganas terhadap musuh mereka. Sesuatu yang sangat bertentangan dengan norma Islam sebenar. Kemunculan Abu Bakar Al Baghdadi selaku khalifah yang cuba menguasai wilayah Iraq dan Syria serta menyatukannya dilihat agak kurang mendapat dokongan dan sokongan apatah lagi telah tersebar di media sosial mengenai hubungan kumpulan ini dengan pihak zionis dan juga US. Mereka ini adalah kumpulan jihad palsu yang senghaja direka oleh dajjal untuk mengaburi mata umat Islam mengenai konsep jihad. 

Dunia akhirnya hampir berjaya dikaburi dengan silap mata dajjal. Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang sahabat penulis, apabila nanti telah nyata muncul imam mahadi sebenar di kota Makkah, maka tidakmustahil para ulama dan pentadbir agama di negara akan berkokok bermati-matian mengatakan ianya adalah palsu...tidak mustahil bukan?



Satu lagi gerakan yang menjadi nadi zionis dalam diam adalah SIS atau Sister In Islam. Dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan dangkal yang mengelirukan, SIS telah berjaya memporak-perandakan nilai beragama masyarakat negara semenanjung emas dan kepulaun borneo.

Antara kenyataan yang mengelirukan dan boleh mengharu-birukan nilai beragama masyarakat yang dikeluarkan ialah :

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.
Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.
"Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya.Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.
"Islam bukanlah agama jalan sehala," kata Suri.
Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.
Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya.
Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim.
Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang.
Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad.
Dengan mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya.
Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).MI

1. Menolak fatwa kebangsaan berkaitan dengan isu YogaPengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga. "Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?"
2. Menyokong IFCBersama-sama dengan golongan Kuffar menyokong IFC Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) yang bertujuan meletakkan lunas perlembangaan Islam setara dengan agama lain di Malaysia. Ia akan menjadi kesan kemudharatan paling besar dalam sejarah akidah umat Islam Malaysia sekiranya permintaan mereka dipenuhi.
3. Menyokong Imam wanita dalam solat SIS telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada April 2005 berbunyi “Adakah konsep perempuan mengimami solat jamaah yang terdiri lelaki dan perempuan itu bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah serta tidak pernah berlaku langsung dalam sejarah Islam? Katanya, yang nyata, tiada ayat Al-Qur'an yang melarang perempuan menjadi imam solat yang jamaahnya terdiri dari lelaki dan perempuan. Kesemua ulama klasik dan ulama masakini secara majoritinya bersetuju tentang perkara ini. Tambahnya lagi, Khalifah Walid II dari Bani Umayyah telah mewatikahkan serban baginda kepada seorang perempuan di masjid Damsyik dan menitahkan perempuan itu untuk mengimamkan sembahyang Jumaat. Kisah ini tersebut dalam sejarah Damsyik dan telah dipetik oleh beberapa ulama Islam. (Justice Syed Ameer Ali, Short History of Saraceans Page No. 196). Rujuk artikel http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=440&Itemid=194
4. Melantik wanita sebagai hakim dalam mahkamah syariahMenyokong pelantikan wanita sebagai Hakim di dalam mahkamah Syariah berdasar dalil tiada arahan dan dalil yang jelas di dalam Al-quran dan Sunnah dan ianya hanyalah berpandukan percanggahan pendapat di kalangan jumhur ulama.
23 June 1999 - “Sisters in Islam support the appointment of women as judges for the following reasons:There is no specific and direct injuction in the Qur’an and Sunnah concerning this matter. There are only conflicting opinions of the jurists.”http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=442&Itemid=194
5. Menentang hukum memakai tudung bagi Kes SMK Teluk SentangSIS telah menjadi pembela kepada kes individu-individu yang melanggar tatasusila aurat muslim dan mengaggapnya hak invidu.
27 February 2006 – “Sisters in Islam is opposed to any attempt by any government, public institution or the private sector, to force girls and/or women to cover or uncover their heads. In reference to the two recent cases of an employee of a five-star hotel’s decision to wear the tudung and the cutting of the schoolgirls’ tudungs in SMK Teluk Sentang, Kuala Krau, Temerloh, SIS maintains that the personal choices of the girls and women must be respected and no punitive measure or harsh treatment should be imposed.”Rujukhttp://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=400&Itemid=194
6. Menentang pandangan Ulama – Ust Abu Hassan Din Al-Hafiz apabila mengemukakan pandangan penggunaan cawat besi bagi mengelakkan rogol16 February 2007 – “Sisters in Islam is shocked at recent comments by high-profile religious leaders this week blaming women for the allegedly uncontrollable sexual desires of men. Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz is recommending the use of chastity belts to prevent rape. What we are amazed with is that even Datuk Abu Hassan acknowledges not all men are potential rapists and that the majority of men out there are actually civilized and good.”
7. Menyokong Ayah Pin dan menentang hukuman yang dikenakan kepada Ayah Pin dan pengikutnya atas dasar kebebasan beragama!27 July 2005 – “Sisters in Islam views with concern the punitive action taken by the Malaysian authorities on Ayah Pin and members of the Sky Kingdom. This attempt has resulted in detention of the 48 followers - including a three-year-old boy -without bail pending re-mention of their case on July 28th, and a state-wide police search for Ayah Pin. In addition, some quarters - including religious leaders and politicians - have even called for the use of detention without trial on the followers.” http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=402&Itemid=194
8. Menafsirkan hukum poligami berdasarkan pandangan bertentangan dengan Al-quran dan as-sunnah8 January 2002 - Sisters in Islam (SIS) wish to point out that Islam neither invented nor encouraged polygamy. Unlimited polygamy was a pre-existing practice prior to the revelations of the Qur'an. The Qur'anic revelations relating to polygamy are clearly restrictive rather than permissive. http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=420&Itemid=194
9. Memohon hak kesamarataan gender dalam semua hal yang bertentangan dengan hukum syarak13 Dis 2005 - Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) mengalu-alukan sikap Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri dan Kabinet yang begitu peka dan prihatin terhadap suara rakyat, terutamanya golongan wanita, dalam isu Pindaan Rang Undang-Undang Keluarga Islam 2005 ini. Maka kami menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang perlunya sistem Shariah dikaji semula bagi memastikan ianya selari dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender (Star 13 hb Dis 2005).
10. Menentang tindakan JAIS dalam isu penangkapan pelayan bar 24 June 2000 - The decision of JAIS to charge a pub singer for insulting the religion of Islam by being in a premise that servers alcohol reflects the problem of using laws as a means to regulate the person's conscience, faith and lifestyle. Section 10 of the Selangor Syariah Criminal Offences Enactment that makes it a crime for any person to insult Islam opens itself to abuse because it is a "catch all" provision that gives wide discretion for interpretation to enforcement officers. From the JAIS action, it appears that any Muslim, found in premises where sins are committed by other Muslims or non-Muslims, could be charged for "insulting Islam". As has been pointed out, does this mean that a Muslim who is in an airplane or a restaurant or a hotel where alcohol is served or in a supermarket where alcohol and pork are sold is "insulting Islam"? Could it also mean that it is an offence for Muslims to live with non-Muslims housemates whose belief and lifestyle could be regarded as sinful in Islam?http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=429&Itemid=194
11. Membenarkan hukum perayaan Kongsi-Raya dan meminta Ulama’ Malaysia mempromosikannya!16 June 2006 - SISTERS in Islam wish to urge the ulama in Malaysia to play an active role as bridge-builders among people of different faiths. They should take heed of Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi's personal commitment that as a Muslim Malaysian leader, he is responsible not just to fellow Muslims, but also to Malaysians who profess other religions as well.http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=431&Itemid=194
12. Terlibat dalam banyak forum-forum luar tajaan Barat yang bertentangan dengan etika sebuah organisasi MuslimSIS juga banyak terlibat dengan organisasi-organisasi luar, forum-forum antarabangsa yang mempromosikan agenda kesamarataan gender atas dasar hak asasi manusia yang bertentangan dengan prinsip Islam yang qati'e dalam al-quran. ia juga menjadi duri dalam daging masyarakat Islam Malaysia apabila menjadi penentang utama dalam isu bertudung di Malaysia sejak pertengahan 90-an. Walaupun wanita UMNO tidak serius dalam isu aurat, ia tidak sampai mengeluarkan kenyataan rasmi menghalang organisasi kerajaan mengamalkan pemakaian muslim.
Oleh yang demikian, http://khairulrijal.wordpress.com/ menyeru para pengibar perjuangan ini mendokong sepenuhnya tindakan PAS agar tindakan tegas dan segera perlu diambil dengan serta-merta. Tindakan sewajarnya seperti menukar nama pertubuhan atau mengharamkan adalah disokong.
Selain itu, sekiranya tindakan kenyataan SIS sebelum ini terkeluar dari akidah Islam dan Ahli sunnah wal jamaah, maka hukuman setimpal berdasarkan peruntukan yang ada perlu dilaksanakan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat Islam seluruhnya
13. Masalah pakaian wanita memang selalu merupakan perkara yang penting dalam pelaksanaan Syariah Islam, baik di negara ini mahupun di luar negara. Malah ada pihak-pihak tertentu secara berlebih-lebihan menganggap cara berpakaian tertentu itu mencerminkan iman seseorang.
14. Salah satu kesan obsesi yang demikian itu adalah banyaknya usaha yang dilakukan bagi menguatkuasakan keimanan melalui cara-cara kuku besi. "Paksaan bercanggah dengan semangat al-Quran yang menyatakan bahawa tidak terdapat paksaan di dalam agama (Surah al-Baqarah, 2:256; Surah Yunus, 10:99-100; Surah al-Ghashiyah, 88:22)".
15. Kaum wanita telah diberitahu bahawa suatu cara berpakaian yang tertentu akan melindungi mereka dari kejahatan. "Namun hakikat sosial menunjukkan bahawa cara berpakaian tidaklah mampu melindungi kaum wanita dari keganasan nafsu lelaki". (petikan penuh dalam www.sisterislam.org.my)
Tidakkah SIS juga boleh dilabel sebagai "pengganas" dari segi memberikan pandangan sangat liberal yang kelihatan ada motif jahat yang tersembunyi? Kalau IS dengan jalan keganasannya, SIS dengan jalan islam liberalnya yang juga amat merbahaya. Penguasa juga perlu memberikan tindakan sama terhadap mereka sebagaimana yang mereka kuatkuasakan kepada sesiapa yang disyaki membantu IS...

Para pengurusa agama pula apa khabar?

Takkan masih sibuk dengan urusan anjing lagi?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol