Khutbah Jumaat : tak sudah menganjing
Solat Jumaat 14 muharram di tapak masjid tua kampung rizab kepunyaan bumiputera, di tengah daerah dalam negeri gapura selatan, hujung semenanjung emas. Suasana agak nyaman dek kerana mendung yang berarak lalu. Sang imam adalah antara yang termuda, meskipun bukan yang paling muda di kalangan saf imam di masjid tua ini.
Seusai pengumuman oleh bilal dengan membacakan hadis riwayat Abu Hurairah, sang imam berdiri di dalam kotak mimbar untuk membaca teks khutbah. Teks pada Jumaat ini masih berkisar mengenai isu anjing-anjingan. Tak sudah² para ulama di pejabat pengurusan agama rasmi mempromosi isu ini yang kunun seperti tidak akan berkesudahan. Rasanya minggu ini isu yang paling sensasi ialah isu berkaitan pengharaman SIS oleh majlis fatwa negeri Selangor. Selangor lagi....biarlah itu di Selangor, kata seseorang. Aihh...bukan ke isu anjing ini juga turut berlaku di sana? Maka rasanya lebih enak kalau teks khutbah berkisar mengenai bahaya SIS yang condong kepada islam liberal dan didokong pula oleh MP parti agamawan. Aneh sungguh. Tapi ini boleh jadi modal jua. Modal untuk juak² yang selama ini memang menjadi "die hard fan" kelab pembenci partai agama.
Berbalik kepada teks yang dibaca oleh sang khatib di atas mimbar yang mempunyai teduhan itu. Antara isi yang diperkatakan ialah, ISLAM MENGHARAMKAN MENYENTUH ANJING...mana pula datang hukum haram sama sekali menyentuh anjing itu? Rasanya berfahaman liberal itu lebih keji dan bernajis dari menyentuh bulu² anjing. Sekurang-kurangnya bulu itu boleh di sertu oleh sang penyenyuh. Aqidah liberal tak siapa yang mampu menyucikannya bahkan al quran beranggapan bahawa aqidah yang membawa kepada lorong syirik, ianya najis dan kotor.
Namun kita masih mahu melupakan manusia dengan islam liberal. Kita masih mahu menjadikan perkara khilafiah selaku modal. Modal untuk memecah belahkah ummah. Begitu ketakutan terhadap anjing terus dipupuk dan ditanam serta dipaku erat ke dalam minda ummah. Tetapi bahaya islam liberal tidak pula diketengahkan. Tiada pula khatib yang sukarela menyentuh isu tersebut...
Adakah pada minggu hadapan, teks khutbah akan menceritakan mengenai keputusan mahkamah sivil yang membatalkan enakmen undang² syariah NS yang melarang lelaki berpakaian wanita dan sebaliknya?
Kita tunggu dan lihat. Untuk mendengar khatib membaca teks berkaitan tuduhan liwat ...mustahil sekali. Jarang khutbah kita up date perkara atau isu semasa setempat mahupun global. Kalau adapun hanya perkara yang menguntungkan seperti isu pengganas ataupun isu pembayaran atau kutip[an zakat sahaja. Hendak menegur pimpinan jauh sekali...
Maka jadilah khutbah jumaat selaku alat tempat melepas kewajipan sahaja. Khatib tidak malu membaca teks berkaitan kempen kebersihan sungai, atau kempen anti dadah...tetapi takut untuk membaca teks selain yang dihantar oleh pejabat pengurusan agama. Takut nanti dilucutkan jawatan selaku imam. Takut hilang nikmat dunia. Takut dicabut keseronokan dan keglamouran...
Wallahu a'lam

Ulasan