Edisi Terjah : surau ni memang benar² berhantu...

Jika kita memasang nawaitu untuk ke pasaraya Econsave yang terletak di ibu daerah tengah gapura selatan, apabila kita melalui jalan belakang untuk pulang selepas selesai bertawaf wida sambil mengendong barangan keperluan, kita akan melalui sebuah bangunan usang yang kelihatan amat daif. Kalau tidak kerana papan tanda yang wujud, kita pun tidak tahu bahawa ianya adalah sebuah bangunan bertaraf surau...

Agak sedih dan menyayat hati melihat keadaan surau atau rumah Allah yang pernah suatu ketika dahulu melalui zaman kegemilangannya. Sudah barang pastii dahulunya ia didirikan oleh para ahli qaryah dengan memasang nawaitu pengimarahan tiap waktu.

Penulis kurang arif mengenai latar rumah Allah yang usang dan kelihatan seperti berhantu, kalau tidak kerana adanya nama bangunan suci ini. Ianya kelihatan begitu terasing dan ditinggal sepi oleh anak qaryahnya. Hendak dikatakan anak qaryah kesemuanya telah pupus, kelihatan masih ada rumah-rumah yang pada zahirnya milik muslim berhampiran dengan bangunan surau uzur itu. Hendak dikatakan ianya jauh dari pusat pentadbiran daerah, adalah sangat tidak logik bahkan jika berjalan kaki sahaja tidak sampai setengah hari para pengurus rumah Allah di pejabat pentadbiran dan urusan hal ehwal agama daerah boleh tiba di bangunan ini.

Persoalannya, mengapa ianya ditinggalkan? Apa tidak bolehkah para pekerja econsave yang muslim, atau para pengunjungnya menjadi manusia beriman yang akan memakmurkannya?

Ataukah ianya sudah ditutup oleh pemerintah dan digantikan ke lokasi lain? Setahu penulis, kerja itu tidak semudah biasa kerana ianya melibatkan hal ehwal tanah wakaf.

Hanya sang pentadbir agama sahaja yang tahu...

Wallahu a'lam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol