Pengembaraan kecil : Darussalam menyambut hangat
Sekitar jam 9.00 pagi, penulis bertolak dari pintu tol bersama rakan setugas menuju ke KLIA2 untuk menaiki pesawat terbang milik syarikat penerbangan yang memakai warna merah selaku warna koperat kebanggan mereka menuju ke sebuah negara kecil yang dikatakan kaya yang dimiliki pemerintahannya oleh keluarga diraja.
Kami tiba di sebuah Rehat dan Rawat untuk menikmati hidangan pagi selepas kira-kira dua jam perjalanan tanpa henti merentasi jaluran lebuhraya. Sekitar 40 minit kemudian, kami tiba di hadapan KLIA2 , lapangan terbang yang tidaklah sebesar KLIA. Selepas menurunkan bagasi, kami bergerak masuk untuk check in dan mendapatkan tiket. Sebaik sahaja tiket berada di tangan, kami bersegera menuju ke kaunter pertukaran wang atau penggurup wang.
Kami kemudian bergerak mengarah ke pintu 7. Pergerakan ke pintu no 7 memakan masa yang agak panjang dek kerana jarak yang agak jauh. Tetapi mungkin kerana keadaan lapangan terbang yang tidak dimasuki walau senano cahaya mentari pun maka keadaan menjadi agak dingin dan nyaman. Akhirnya setelah berjalan dengan jarak yang agak jauh, kami tiba di seksyen pemeriksaan pihak polis di mana segala barangan elektronik, besi dan sebagainya, termasuk tali pinggang perlu dikeluarkan dari tubuh badan. Kami selamat mendarat di pintu no 7 setelah hampir 40 minit berjalan kaki dari kaunter penggurup wang yang sah.
Pesawat kenaikan kami membenarkan kami melabuhkan pinggul di atas kerusi empuk miliknya sekitar jam 1.15 tengahari. Sekitar jam 1.40, seperti yang dijanjikan seperti yang tertera di atas tiket, pesawat mula bergerak perlahan meninggalkan terminal. Pesawat berjaya take off sekitar jam 1.50 tengahari dan penulis merasa agak gementar. Sememangnya saat yang paling menggentarkan ialah saat tatkala hendak take off sehinggalah pesawat stabil di atas udara. Teringat akan firman Allah yang
Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Perkara pertama yang dibuat oleh para pramugari berpakaian sut merah itu sebaik sahaja pesawat telah stabil ialah mereka menyediakan makanan untuk dijual kepada para penumpang. Meskipun kami telah disediakan makanan lebih awal, tidak perlu membeli sebaik sahaja ditawarkan. Kami tetap membuat pembelian air teh botol dan juga air tin dengan harga sekitar RM4 satu item. Sekitar setengah jam kemudian, keadaan cuaca tidak berapa baik menyebabkan juruterbang membuat pengumuman agar penumpang memakai semula tali keselamatan. Kami juga dilarang untuk ke tandas buat sementara waktu untuk mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini di dalam tandas. Mungkin khuatir terjatuh di dalam tandas mungkin...
Sekitar jam 3.30, kami telah mula melalui perairan milik kerajaan Brunei. Sudah kelihatan deretan kapal di lautan dan pesawat mula menurunkan tahap ketinggian pesawat merah. Pesawat semakin merendah dan arahan pemakaian semula tali keselamatan sekali lagi dikeluarkan. Saat-saat mendarat juga merupakan saat yang agak menakutkan penulis. Kegelisahan ini berjaya dipendamkan di dalam dada dengan serapat-rapatnya. Apabila terlihat pesawat mencondongkan badannya, kegelisahan seolah hendak terpacul keluar dari dada yang semakin menyesak. Telinga pula semakin terpengap dan seolah seorang yang hampir mengalami kepekakan dek kerana tekanan udara yang berlaku.
Mahu atau tidak, suka atau tidak, terpaksa juga melalui saat-saat cemas pendaratan sebuah pesawat terbang kembali ke tanah tempat berasal. Sebaik tayar mencecah landasan, pesawat seolah terhoyong-hayang dan dibrek dengan agak kuat....Akhirnya, alhamdulilla kami selamat...Mungkin dengan berkat beberapa orang penumpang yang kedengaran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci sepanjang beberapa minit terakhir penerbangan.
Sebaik sahaja pesawat berhenti, penumpang sudah mula agak berasak untu keluar. Meskipun pintu pesawat masih tertutup rapat, penumpang sudah berdiri dan bersiap dengan beg yang sudah berada di tangan.
Kami melangkah masuk ke lapangan terbang negara brunei darussalam...bandar seri begawan...apa yang menarik, perkataan pertama yang dibaca di pintu masuk ialah perkataan selamat datang dan disulami dengan tulisan jawi...sesuatu yang tidak pernah kelihatan di bumi sendiri.
Lapangan terbang antarabangsa ini tidak sesibuk lapangan terbang di negara sendiri. Kelihatan hanya sebuah sahaja pesawat yang baru tiba. Kami terpaksa berjalan agak jauh seolah bertawaf di sekeliling bangunan besar itu. Masuk ke pusat pemeriksaan imigresen, borang kami yang diisi di dalam pesawat dimajukan. Selesai disitu, satu lagi laluan pemeriksaan dibuat. Dalam hati, kalau di dunia ini nak keluar negara dan masuk negara lain terpaksa melalui beberapa sekatan untuk diperiksa apa yang dibawa, bagaimana pula ketika hendak masuk ke negara akhirat kelak...terpaksa melalui sekatan di barzakh dan kemudian terpaksa melalui sekatan di alam mahsyar, hisab, penerimaan kitab amalan dan sebagainya, barulah dapat melepasi untuk dilempar ke jahannam atau pun mungkin merangkak perlahan ke pintu jannah...
Berbalik ke lapangan terbang, sebaik berjaya melalui sekatan imigresen, kami bergerak ke surau yang terletak bersebelahan KFC yang juga ditulis dengan tulisan jawi. Selesai menunaikan kewajipan, kami mencari teksi untuk menuju ke hotel.
Teksi yang ditemui hanya mahu menghantar kami sekiranya kami membuat bayaran sebanyak BND25.00 yang bersamaan dengan RM66.00 . Kenderaan exora yang merupakan kenderaan negara tercinta yang satu-satunya muncul di bumi darussalam ini bergerak membawa kami ke hotel melalui jalan yang dihiasi di kiri kanannya dengan panorama awal mengenai Bandar Seri Begawan. Kami melalui beberapa bangunan indah milik pentadbiran negara dan juga deretan rumah. Tidak semua rumah di sini berupa banglo atau yang lebih rendah sedikit darinya. Terdapat juga rumah-rumah pangsa di sini. Maka tidak betul kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan orang di sini kaya-kaya belaka.
Kami tiba di hotel yang telah ditempah lebih awal melalui talian internet. Kami disambut dengan minuman di hadapan kaunter. Kami ditempatkan di bilik-bilik yang berasingan. Keadaan bilik penginapan sememangnya amat kondusif. Tingkap menghadap ke kolam renang yang tertutup dan diatasnya ialah pokok-pokok hijau manakala dikanannya dihiasi dengan apartment mungkin.
Apabila di belek-belek akan brosur yang diberikan di kaunter, didapati terdapat bas shutter untuk berkunjung ke tiga kawasan. Ianya adalah percuma. Masanya sekitar jam 7 petang. Bermakna satu jam dari sekarang. Jam 6 petang, azan maghrib kedengaran dari android ... memang benar, waktu maghrib di sini lebih awal dari bumi semenanjung sejarak satu jam lebih kurang. Sayangnya, kami tidak diperkenalkan dengan suara azan secara live. Mungkin masjid terletak agak jauh dari bangunan hotel.
Sekitar jam 7 malam, kami bergerak bersama kenderaan shutter menuju ke pusat beli belah The Mall Gadong. Jarak agak jauh ..walau sebenarnya agak dekat. Mungkin faktor hari malam dan juga kami bukan orang sini menyumbang kepada kejauhan itu...
Kami tiba buat pertama kalinya di pusat membeli belah itu yang sebenarnya besebelahan dengan hotel yang pernah kami temui di laman maya tetapi kami tidak memilihnya kerana terpengaruh dengan iklan dan komen pelanggan hotel yang dihuni oleh kami sehingga Jumaat. Kalaulah kami menginap di sini, sudah tentu selesai separuh dari Bandar Seri Begawan kami jelajahi sendiri.
Pusat membeli belah ini agak asing kerana tidak ramai yang mahu berkunjung ke sini. Ini boleh dilihat dari suasana lengang yang berlaku. Kalau di negara kita, pantang ada pusat membeli belah pasti akan menjadi tumpuan, khususnya golongan muda-mudi yang sedang hangat dilamun cinta. Anehnya disini, tidak kelihatan pula mana-mana pemudi dan pemuda yang berjalan berduaan untuk bercouple. Yang wujud ialah kumpulan pemuda berjalan beramai-ramai sahaja. Mungkin ini dilihat aneh oleh sesetengah pihak yang telah terbiasa dengan panorama couple di negara sendiri.
Kami menikmati hidangan makan malam di bahagian atas kompleks yang menyajikan pelbagai masakan melayu dan juga arab serta jepun. Kami memilih makanan arab dan juga makanan segera. Ianya bukan KFC atau Mc D atau pizza hut. Ianya adalah ayam goreng yang mungkin hanya ditemui di negara ini sahaja. Ayam goreng Jollibee...
Besar kan no menunggu...
Kenderaan pengangkut memenuhi janji dengan menantikan kami di jalan utama berhadapan pintu masuk kompleks sekitar jam 10 malam. Kami kemudian bergerak pulang dan berehat di penginapan.
Ulasan