Pengembaraan kecil : Darussalam menggamit rasa
Pagi hari kedua di bumi darussalam mengejutkan sang musafir untuk menunaikan solat subuh seawal jam 4.55 pagi. Teringat saat tatkala berada dalam kembara suci di tanah suci, seawal 3.30 pagi kami perlu bangun untuk menyertai jamaah subuh di masjidil haraam.
Itu kisah di tanah suci. Ini kisah di darussalam. Adakah ada persamaan di antara keduanya?
Hari kedua menyaksikan penulis menunggu di bilik hingga menjejak jam 8.30 pagi kerana ada urusan untuk membuat pinjaman kenderaan bagi melaksanakan misi kami..menuju ke Institut Teknologi Brunei (ITB) yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari hotel penginapan. Rundingan awal dengan pihak pemilik kenderaan telah gagal disebabkan harga yang dianggap tidak berapa menguntungkan. Kami menghubungi pihak lobi dimana adakah terdapat kereta sewa atau teksi yang mampu menawarkan harga yang lebih murah. Akhirnya, kami berjaya menemui sebuah teksi yang menawarkan harga yang boleh dianggap agak ekonomik. Satu jam disewa dengan harga BND30.00. Setelah selesai, kenderaan muncul sekitar 10 minit kemudian. Sebuah kereta innova yang dipandu oleh seorang tiong hua brunei.
Dek kerana desakan perut dan bisikan nafsu yang cukup liar serta tidak dapat bertahan dengan kelaparan, kami mengasak pemandu untuk mencari kedai makan. Kami diberi tempoh untuk menikmati sedikit hidangan pagi di kopitiam. Pelanggan agak ramai dan kami diminta layan diri. Kami menikmati roti dan telur rebus 3/4 masak beserta kue teow goreng yang agak menyelerakan.
Sepanjang perjalanan kami cuba mendapatkan sebayak maklumat mengenai negara monarki ini.
"Rumah di sini mahal tak?"
"Rumah di sini agak mahal....Paling murah BND200k"
"petrol pula macammana?"
"Harga petrol murah....satu liter 50 sen sahaja..."
50 sen? kalau ditukar matawang malaysia lebih kurang RM1.33 sahaja... Brunei adalah pengeluar petroleum dunia. Apa kurangnya di Malaysia
Brunei mengamalkan pemerintahan monarki. Dikatakan tiada demokrasi di sana. Parlimen hanya alat untuk mengesahkan atau mengabsahkan perintah sang raja sahaja. Di Malaysia demokrasi. Demokrasi tetapi bagaimana?
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang telah ditetapkan. Kami tiba di destinasi tersebut sekitar jam 10 pagi dan terus menuju ke bangunan utama. Kami dimaklumkan bahawa perpustakaan terletak di bangunan lain. Kami bersegera ke sana juga dengan bantuan teksi.
Setibanya di sana, kami dapati pegawai tertinggi tiada kerana menghadiri mesyuarat. Kami diminta menunggu sebentar. Beberapa minit kemudian, yang dinanti muncul di muka pintu. kami berbincang agak lama bersama beliau untuk mendapatkan maklumat beberapa perkara.
ITB bukanlah sebuah institusi besar. Pelajar adalah seramai lebih kurang 2000 orang. Perpustakaan agak besar dan merupakan bangunan baru.
Di akhir pertemuan, kami menyerahkan cenderamata kenang-kenangan kepada pegawai tersebut.
Kembali ke hotel agak petang. Walau bagaimanapun, kami sempat menyertai kenderaan shutter menuju ke lokasi kedua juga merupakan sebuah pasaraya. Sebagaimana semalam, keadaannya agak lengang dek kerana ketiadaan ramai pelanggan. Kami membeli sedikit bekalan untuk makan malam. Sebelum itu, kami sempat menikmati juadah di sebuah kedai makan milik india muslim atau seorang lelaki arab, agak sukar untuk dipastikan. Kami menikmati nasi sambal sotong dan juga daging kambing black paper.

Ulasan