Kembara kecil: Dari BSB ke Miri Rahsia Keagungan & Keadilan Seorang Sultan

INI BUKAN DI BRUNEI...INI DI MIRI

MEE KOLO

JAME MIRI



Sebaik melangkah ke Maktab Kejuruteraan Jefry Bolkiah, kami seolah berada di sebuah sekolah lama sekitar tahun 90 an, meskipun ianya sebuah institusi pengajian tinggi. Mujurlah ada bangunan baru yang menempat perpustakaan utama, maka ianya agak layak untuk dipandang sebagai sebuah institusi berprestij yang duduk dan bangun sama taraf selaku sebuah institusi. Menjejaki lantai tangga yang boleh dianggap kurang dijaga, kami melangkah masuk ke dalam perpustakaan yang mungkin hanya seluas sebuah perpustakaan sekolah rendah di negara kita.



Sebaik selesai berurusan, kami meneruskan perjalanan ke Miri. Kami menemui miri sekitar jam 1 tengahari. Rupanya rakyat Brunei ini memang kerap masuk ke Miri untuk berbelanja.

"Kalau hujung minggu lagi ramai yang masuk. Di sini, sektor awam akan bercuti pada Jumaat dan Ahad, manakala Sabtu adalah hari bekerja...."

"Disini, pembekal terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkan bayaran bagi bekalan....enam bulan paling cepat, setahun pun kadang-kadang masih belum selesai.." kata kenalan tersebut sambil menikmati makan tengahari...

Enam bulan? Keluar Pesanan Tempatan, bekalkan barang, bayaran selepas enam bulan...

"Selalunya bayaran akan sangkut di pejabat pemohon..." begitu keluhnya.

Wah...alangkah bersyukurnya sang pembekal di negara sendiri. Sebulan pun dianggap sudah terlalu lewat...

Miri sebuah pekan yang dianggap besar oleh warga Brunei. Segala-galanya boleh dibeli di pekan ini. Apa yang menarik, tatkala Brunei sedang giat memperkukuhkan penggunaan bahasa melayu dengan meletakkan tulisan-tulisan jawi di setiap bangunan dan papantanda, Miri yang berpaksikan kepada Putrajaya masih memakai nama dalam tulisan asing pada papan tanda dan juga kedai-kedainya. 


SEBUAH PAPAN TANDA DI BRUNEI



CONTOH PAPAN TANDA DI MIRI

" Di Brunei...tiada sebarang cukai dikenakan, kecuali cukai kereta...atau road tax.."

"Kadarnya tinggi tak?"

"Kalau kereta saya enjin 3.2 tak sampai BND 100 bah.."

Wau...terperanjat beruk penulis mendengarnya...di negara harapan kita, road tax untuk kereta kapasiti 2.0 sudah mencecah RM300.00!!

Sahabat Brunei juga agak terperanjat mendengarnya...

"kereta di sini juga murah bah....contoh honda jazz baru 18K  BND sahaja......"

Di negara kita...mencecah 100K...tapi itu kan RM...

Sendiri mau kira...

"Tol juga tak nda di sini bah..."

"Uishh..lebuhraya terbentang luas dan canggih ni tak de tol?"

"Tiada bah..."

"Hanya ada dua ...satu di pintu masuk jalan Miri...satu lagi selepas melepasi Miri..."

Untuk makluman, lebuhraya mereka siap dipasang dengan lampu di sepanjang jalan hingga tiba ke Bandar Seri Begawan yang mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit. Kiri-kanan jalan dipenuhi dengan hutan sahaja. Kalau orang Johor, ianya seolah jalan yang dilalui dari Kluang ke Mersing...Tetapi dalam bentuk lebuhraya dan dilengkapi dengan lampu di sepanjang jalan. Kita hanya menemui lebuhraya dengan lampu terpasang dari Seremban hinggalah ke tol keluar Sungai Besi sahaja. Selebihnya pengguna dibiarkan dalam kegelapan..

"Kalau berlampu..peluang untuk kemalangan akan semakin tipis. Kereta bermasalah akan dapat berhenti di tepi jalan dengan lebih selesa dan tidak berada dalam ketakutan. Mata akan menjadi lebih terang..."


SUASANA DI PINTU MASUK KASTAM DAN IMIGRESEN BRUNEI DARI MIRI


PINTU MASUK DARI MIRI



Ketika singgah untuk makan rojak yang dikatakan terenak di seantero Brunei, lelaki kenalan tadi menambah kejutan kami..

"Kanak-kanak seawal 5 tahun telah masuk ke darjah satu. Mereka akan masuk ke sekolah mennegah seawal selesai peperiksaan PSR darjah enam. Kemudian masuk ke sekolah menengah selama lima tahun hingga peperiksaan o level. Kemudian masuk peperiksaan A level dan kemudian akan ke universiti..."

"Tiada sebarang bayaran dikenakan sepanjang persekolahan...kecuali jika bersekolah swasta.."

Kenyataan ini menyebabkan kami tercengang-cengang...benarlah sebuah kerajaan melayu moden mampu menanggung keseluruhan modal pengajian rakyat mereka? Tak takut muflis ke?

"Apabila masuk ke universiti atau kolej kerajaan juga kerajaan akan bantu dan diberi elaun bahkan tiada sebarang bayaran yuran dikenakan...Pelajar asing bahkan dibantu sepenuhnya..."

Hebat kerajaan kesultanan melayu kecil ini...Tapi jangan lupa mereka ada hasil minyak...

"Rakyat Brunei lebih gembira bekerja dengan kerajaan berbanding swasta. Ini kerana banyak kelebihan yang diberikan. Sebagai contoh, kakitangan awam hanya perlu membayar ansuran bulanan rumah untuk pembelian rumah serendah BND200 sebulan!!"

Ini macam tak masuk akal. Tapi itulah hakikatnya!!

"Bahasa pengantar yang digunakan dalam sistem pendidikan ialah bahasa Inggeris..."

Semakin pelik tetapi benar...

Brunei sememangnya aman dan berkat...

"Ada sahabat saya yang bekerja di Brunei...dia orang Malaysia. Beli kereta di Brunei dan isi minyak di sini. Rumahnya di Limbang Sarawak. .."

Ingin rasanya hijrah ke sana...jika diizinkan Tuhan...


"Penduduk kami sekitar 400 ribu orang...70 % melayu-Islam...selebihnya 20% cina dan selebihnya suku kaum lain..."

Apa yang menarik, tv brunei yang melekat di sisi dinding hotel ini menjadi saksi bahawa kerajaan beraja ini begitu bersungguh-sungguh untuk mendaulatkan hukum syariah hinggakan iklan di tv kerap disiarkan berkenaan pelaksanaan dan pemahaman mengenai hukum tersebut...

Peringatan mengenai pelaksanaan solat jumaat juga kerap dikeluarkan di peti televisyen sebagai peringatan kepada orang ramai untuk mengerjakan solat Jumaat...

Negara ini berkeadaan aman dan selesa ... meskipun kita akan mendapati selepas jam 6 petang, ibukota negara itu lumpuh dan mati dan kebanyakan bandar lain turut lumpuh selepas jam 10 malam...

Penulis suka mengatakan bahawa suasana di sini seolah di Saudi. Segala kemudahan infrastruktur untuk rakyat disediakan tetapi seqadarnya dan bukan untuk bermewah, berlebih-lebihan, menunjuk-nunjuk tetapi kosong dan sebagainya. Kita dapat merasakan keikhlasan seorang pemerintah menyediakan kemudahan seumpama ini untuk rakyatnya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol