Balada seorang PPT
Ini kisah seorang PPT. Bukan seorang pegawai besar. Tetapi bukan pula seorang kerani ... PPT ini singkatan kepada satu bentuk jawatan. Nak masuk kerja dengan gred dan gelaran jawatan ini cukup dengan mengemukakan sekeping salinan diploma. Kalaupun tidak ada salinan ini, sesalinan keputusan peperiksaan kenaikan pangkat, sekiranya sedang berkhidmat sebagai kerani. Pabila dilantik akan diberikan gred 27.
Di beberapa jabatan di peringkat daerah misalnya, PPT memiliki kuasa yang agak besar, dengan ruang kerja juga yang agak melebar. Di suatu jabatan di daerah sebuah negeri beraja, pakcik dan makcik nak masuk jumpa CC je pun dah menggigil. CC dah dianggap 'orang besar' dalam sesuatu jabatan. Apalagi hendak bertemu dengan PPT. Lagilah menggelabah. CC tu ape pulak? CC tu singkatan kepada perkataan orang putih...yang menjajah tanah melayu. Kalau dalam alih bahasa disebut sebagai kerani besar, atau sesetengah lokasi pejabat memanggil akan dia ketua kerani. Nanti akan diceritakan di edisi lain...tu kena tajuk khas.
PPT mampu melompat tiga pangkat ke atas sebelum tersadai di pintu pegawai. Dari gred lantikan akan menuju ke gred 32. Kemudian, jika berkaki lebar akan dilantik pula ke gred 36. Disesetengah organisasi, ada yang dilantik ke gred 38. Ada juga akhirnya akan mencapai gred 40. Tetapi itu amat jarang berlaku. Paling ramai tersangkut di gred 32. Boleh juga kita gelar mereka ini tersungkur di pintu 32.
Apabila dilantik sebagai PPT di sebuah organisasi tersohor, berlatar belakang pendidikan, akan wujud puluhan gred lantikan. Hampir kesemua sub jabatan dalam organisasi ini memiliki jawatan lantikan ini. Apabila maju dan berjaya membangun bersama organisasi dengan jayanya hingga mencecah 13 tahun berkhidmat, selalunya akan dianugerahi gred 32. Ini bukan hanya untuk sang PPT sahaja. Sang kerani, sang penolong jurutera, dan pelbagai gred jawatan lagi pasti akan merasai detik keemasan itu. Detik yang ditunggu akhirnya tiba jua. Meskipun selama 13 tahun itu pelbagai rintangan menanti. Dalam menelusuri detik 13 tahun, ramai juga yang tersungkur di pintu 27, ramai juga yang berhijrah, ramai juga rakan yang dilantik ke gred 32, namun bagi PPT atau sesiapa sahaja, bahkan pegawai lantikan 41 juga pasti akan menikmati gred baru selepas melalui detik 13...
Tiga belas tahun bukanlah jangkamasa yang singkat.
Baru² ini tersebar berite yang difahami bahawa untuk para pentadbir kelas 41 ada berita hangat dan menggumbirekan. Dikatakan selepas berkhidmat 8 tahun, akan dilantik ke gred 44 dan kemudian selepas berkhidmat 6 tahun, bahkan dilantik ke gred 48 dan selepas berkhidmat 6 tahun lagi bakal merasai gaji di tangga gred 52. Ertinya, sang pegawai tadbir tidak perlu risau lagi. Paling teruk, mereka takkan tersungkur di pintu 41 lagi. Mereka mampu berada di gred jawatan 52 walaupun hanya sehari sahaja dan kemudian esoknya menemui si pencen...
Apa yang hangat tu..
Sebelum tu mari kita tanya sang PPT. Kita tanya mereka di organisasi tersohor itu. Di mana² sub jabatan yang tiada dilantik akan pegawai tadbir, maka sang PPT lah yang akan melaksanakan segala tugasan yang sama beban tugasnya dengan seorang pegawai tadbir. Manakala di mana² premis jabatan yang wujud pegawai tadbir di situ, maka PPT akan acap kali terpaksa melaksanakan role selaku pegawai tadbir dan kadang² selaku kerani dan kadang² selaku budak pejabat.
Ini bermakna role yang dimainkan oleh sang PPT di pejabat yang ketiadaan pegawai tadbir adalah sama.
Kenapa ...tak percaya?
Jika tidak percaya tanyakan kepada mereka. Silakan bertanya...
Pegawai tadbir sama menikmati kenaikan gred dengan lain² staf yang dipanggil si pelaksana ... dulu dipanggil kumpulan sokongan, selepas 13 tahun berkhidmat.
Tetapi apabila skim baru ini diwujudkan..sayangnya hanya sang pegawai sahaja yang merasainya. Sang PPT rupenye tidak layak.
Tapi kami kerja macam mereka. Kadang² kami menjadi kerani..kadang² kami menjadi budak pejabat, kadang² kami terpaksa menjadi pegawai tadbir...
Oh...begitu...tapi kamu semua tetap pelaksana...tidak mungkin dapat masuk ke pintu 41. Bahkan ramai yang tersungkur di situ. Meskipun ada ijazah di tangan...tapi dianggap tidak memenuhi tapisan, meskipun ada sijil mainan kenaikan pangkat, tetap dianggap tidak berketrampilan..
Tulah...sape suruh tak belajar pandai²?
Masih nak bergurau senda lagi rupenye..
Siapa suruh tak join sindiket..
Alah..masa join pun dulu tak berapa nak dipeduli...dah keluar lagilah tak disukai. Jangan jadi lalat...Dok sibuk terbang ke muka masa orang nak makan...akibatnya ditepuk hingga leyek ke tanah...
Oh PPT...apa sudah jadi...?
Tunggulah angka 13...
Dan bersyukur...?
Full stop...
Ulasan