Seronoknya bercouple?

Amalan bercouple atau diistilahkan sebagai hubungan yang berlaku di antara lelaki dan perempuan bukan mahram sebelum bernikah secara sah telah menjadi suatu trend yang muncul di negara kita, mungkin seawal zaman kerajaan kedah tua lagi, atau lebih awal dari itu lagi. Cuma kaedah pelaksanaan amalan tersebut mungkin berbeza dan mengalami proses evolusi yang amat panjang.

Sejak zaman berzaman, proses bercouple itu mengalami evolusi yang panjang, daripada hubungan cinta di sebalik perasaan malu yang amat menebal serta pengamalan budaya yang agak melarang keras hubungan antara dua jantina tanpa sebarang hubungan yang sah, hinggalah ke suatu zaman di mana seorang gadis yang menutup wajahnya dengan niqab tetapi masih mampu berbual melalui tulisan dengan seorang lelaki berjanggut sejemput meskipun dipisahkan oleh jarak dan juga lokasi.

Dimana-mana sahaja kini, kita akan mampu menyaksikan golongan pengamal couple ini berada. Mereka bukan sahaja berada di taman-taman bunga seperti yang kerap dipaparkan oleh filem-filem arahan P. Ramlee, tetapi boleh di dapati di shopping2 kompleks, kedai makanan segera, warung mamak, bahkan dimana-mana sahaja.

Mungkin tidak begitu sukar untuk mengenalpasti golongan ini. Sepasang manusia yang duduk berhadap-hadapan dan berbual dengan begitu mesra hingga melupakan orang yang lalu-lalang atau memerhatikan mereka.

Meskipun pasangan tersebut duduk di tengah khalayak dan berkelakuan sopan (?) namun ianya tetap dilihat sebagai suatu perbuatan salah di sisi akhlak Islam. Benar, masyarakat moden kini melihat kedudukan couple dari kacamata dajjal yang telah berjaya menyerongkan pandangan umum hingga langsung tidak mempedulikan golongan ini bahkan menganggapnya sebagai satu kebiasaan yang menghampiri kesucian dalam peradaban kemanusiaan moden!!

Melihat pasangan menaiki motor bersama tanpa hubungan dan ikatan yang sah di sisi syarak, dilihat perkara biasa..

Melihat pasangan duduk berduaan dengan bermodalkan buku, dianggap belajar bersama.

Ironinya, pabila anak-anak remaja kita yang berada di pusat pengajian tinggi turut terjebak dengan palitan najis ini, walhal merekalah harapan yang bakal dinobatkan sebagai pemimpin masa hadapan sesebuah negara..

Di IPT, bukan sekadar pelajar biasa yang jauh dari masjid terpalit dengan cebisan najis couple ini, bahkan mereka yang kununnya menganut fahaman yang agak keras dalam perkara syariah turut meraikan program couple ini. Mereka ini acapkali dihidangkan dengan tujahan² kata, seperti bila hendak kahwin, siapakah bakal imamku, siapakah bakal makmumku, siapakah bakal bidadariku, bahkan kumpulan nasyid yang dianggap berselindung dengan syair dan kiasan juga kadangkala secara tidak langsung telah mengenengahkan budaya cinta-cintaan ini yang merupakan asas kepada anutan faham coupling ini. Maka nanti timbul pula islamic couple dalam istilah hangat yang cuba ditopengkan oleh dajjal yang cukup licin untuk memperdayakan umat Muhammad SAW.

Kebejatan penyakit coupling ini semakin membarah di kalangan pelajar IPT apabila mereka lebih risau memikirkan mengapa diri belum disunting dan belum berpunya sedangkan sudah berada di tahun akhir pengajian, berbanding sahabat² lain yang sudah memulakan langkah pertama, walau dengan sepucuk surat salam perkenalan.

Maka akibat dan kejayaan dajjal mempromosi budaya ini, menghasilkan para pelajar yang hanya sibuk untuk mencari dan memburu cinta semata². Sudah tidak kedengaran lagi pelajar di IPT mahui membicarakan, apa akan jadi terhadap masa depan negara? Apa akan terjadi terhadap masyarakat pada masa hadapan? Siapakah yang mampu meneruskan keberadaan Islam di negara sendiri. Hingga kadang-kadang medan usrah telah menjadi salah satu kelopak mekar yang boleh membuahkan cinta...

Jika pelajar di IPT sendiri sudah sebati dan dimabukkan dengan cinta, apalah yang hendak dikatakan pula terhadap pelajar di peringkat sekolah? Bahkan di kalangan pelajar darjah satu sendiri sudah mula mengungkapkan perkataan² yang menggambarkan kecenderungan untuk menyukai pasangan ...

Benar seperti kata sesetengah pakar motivasi, adalah normal, bagi seorang yang merangkak ke usia remaja untuk menyintai dan menyukai pasangan berlainan jantina. Namun, perlu diingat, ianya memerlukan bimbingan dan aturan yang amat ketat dari pihak penjaga dan juga guru, bahkan pihak pemerintah sekalipun....

Adalah sesuatu yang maha pelik, untuk memikirkan ke manakah arah tujuan dan objektif coupling itu? Adakah ianya benar terarah kepada membina keluarga mawaddah atau seqadar menjurus ke lorong² syahwat dan serakah semata?

Dengan ledakan media sosial, mereka yang menjadi penganut faham coupling ini tanpa segan silu menjaja dan mempamerkan perlakuan mereka bersama couple masing² tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bahkan ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk meraikan valentine day bersama pasangan di hotel mahal bagi mengelakkan serbuan pihak penguasa agama.

Penyakit apakah sebenarnya ini? Kita yang semakin disibukkan dengan pelbagai isu besar hari ini, rupanya semakin menipis akal budinya untuk memperhalusi penyakit misteri sebenar di dalam masyarakat yang merosakkan struktur sosial di peringkat dalaman.

Mungkin ada yang berpendapat, alah...ni perkara kecil. Banyak lagi agenda besar yang harus difikirkan untuk mencapai wawasan...Tetapi tahukah kita, kerana masalah kecil dan mikro inilah, yang mengundang bala dari Tuhan dan bertimpa² ke atas keseluruhan masyarakat tanpa ada tanda hentinya?


Pernahkah sahabat² junjungan terlibat dengan budaya couple? Pernahkah pejuang jihad terlibat dengannya? Mereka lebih menyukai perkahwinan secara sah terlebih dahulu. Penulis berpandangan, sekiranya sahabat² muda seperti Usamah bin Zaid yang dilantik sebagai panglima perang tatkala berusia 17 tahun memikirkan tentang couple, nescaya beliau tidak mampu untuk berangkat pergi memimpin pasukan tentera sebagaimana yang diarahkan oleh junjungan besar, kerana sibuk memikirkan akan ehwal kekasihnya.

Dek kerana couple, ramai diantara pelajar IPT yang tercicir CGPA nya. Dek kerana couple, ramai pelajar IPT yang bermasalah hingga terpaksa digantung pengajiannya. Dek kerana couple, ramai di kalangan adik² usrah kita dihanyutkan dan dilalaikan dari tuntutan sebenar mereka berada di dalam usrah ini. 


Pemerintah, para ulama , guru dan penjaga perlu sepakat dalam hal ini untuk membanteras penyakit ini daripada terus menjadi barah yang membunuh kekuatan ummah dan penghalang kepada lingkaran kedua kegemilangan Islam di muka bumi.

Ulama yang berada di sekitar IPT perlu bangkit membenteras budaya ini dengan lebih serius. Tidak perlulah asyik bertengkar sesama sendiri mengenai permasalahan kefaahaman dan mazhab yang sememangnya sudah terang mereka ini menjurus kepada Allah dan Rasul, sedangkan sang dajjal terus memainkan peranan mereka memerangkap anak muda kita...

Tidak perlulah ulama ini terlalu asyik melayan politik murahan dan membiarkan masalah ummah terus membelit ...

Ulama di IPT khususnya perlu bangkit dari lena yang panjang...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol