Jumaat Di Pulau : Antara Yang Terbaik

Jumaat pertama di pulau menyaksikan penulis hadir agak awal. Al maklumlah, sebaik selepas Jumaat,akan berhadapan dengan test ekonomi yang merupakan second test sebaik sahaja melalui test pertama pada sebelah pagi. Meskipun ianya bercorak MCQs, namun kalau tiada apa² persediaan awal, bisa tidak nampak sebarang jawapan yang qat'ii.

Tatkala masuk ke perut masjid berhawa dingin yang berusia puluhan tahun itu, jamaah yang hadir masih boleh dikira dengan jari-jemari di kedua-dua tangan. Maklumlah, jam baharu sahaja menunjukkan ke pukul 12.15 tengahari sedangkan waktu zuhur bakal menggelincirkan sang matahari dari istiwaa' sekitar jam 1.30 tengahari.

Menjelang jam 1.00 manusia mula memenuhi rumah Allah. Dan kemudian, azan pun dikumandangkan dengan nada yang penuh sayu dan mendayu memanggil manusia segera meninggalkan segala urusan dan memenuhi panggilannya.

62:9

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Sebaik selesai solat sunat Jumaat, imam terus naik ke mimbar dan sebaik sahaja duduk, sang muazzin terus sahaja mengumandangkan azan kedua. Sebaik selesai azan, imam terus-terusan berkhutbah. Tiada sebarang amalan biasa dimana sang muazzin sibuk hendak membacakan hadis periwayatan sahabat besar si bapa kucing, mengenai larangan berkata² tatkala imam membaca khutbah sebagaimana yang berlaku di keseluruhan masjid di penghujung semenanjung emas. 

Isi khutbah amat padat dan menyentuh isu semasa. Isu perpaduan umat diketengahkan. Khatib pandai memainkan isu dengan mengemukakn pesanan² baginda Rasulullah kepada umatnya. Peri pentingnya untuk melihat kembali lingkaran kedua kecemerlangan tamadun Islam. Namun ianya masih gagal untuk diterjemahkan kembali dalam bentuk fizikal dek kerana kegagalan ummah dalam memahami pesanan² penting sang Rasul. Kehilangan sifat silaturrahim, amanah dan juga satu sifat (penulis terlupa) menyebabkan umat kini menjadi lemah dan tidak bermaya. Perpecahan merata dan bermaharajalela. Musuh semakin rangkus dan mengganas membaham satu demi satu bumi umat Islam tanpa rasa ragu, segan apalagi silu.

Khutbah ini telah membuatkan penulis berada dalam keadaan sangat segar dan bersemangat. Ternyata ianya bukan teks yang ditulis hampir setahun sebelum itu. Ianya ialah nukilan sebenar sang imam yang bebas memberikan pandangan berdasarkan keinsafan dan kecintaan mendalam terhadap islam.

Penulis amat yakin, sekiranya kesemua masjid di benua Islam membenarkan imam berfikiran kreatif dan kritis sebegini dalam menyampaikan khutbah, tanpa sebarang sekatan minda dan sempadan sempit kejumudan mazhab, Islam pastti akan kembali tertegak dan lingkaran kedua Madinah sebagaimana yang dimaksudkan oleh sangkhatib tadi pasti akan semakin hampir untuk berlaku.

Penulis seusia solat bersemangat menuju ke dewan peperiksaan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol