Masih tertahan : mencari sinar bahagia di pulau...

Hari ke sembilan di pulau. Penulis masih belum berpeluang untuk keluar dari kawasan yang dianggap luas ini. Hanya ada sedikit kesempatan selepas kelas petang sementara menunggu masuknya waktu untuk kelas jam 8.00 malam, makan di luar kawasan pagar yang jaraknya tidak sampai pun dua KM dari pos pengawal. Maka nan di gerai luar usaha milik pengusaha Kelantan ini agar menyelerakan dengan harga yang cukup ekonomik.

Semalam merupakan hari yang paling genting di sepanjang hari yang telah dilalui. Mana tidaknya, ujian bertulis bermula se awal jam 8 pagi. Ertinya, kami terpaksa keluar bilik sekitar jam 7.30 pagi untuk mendapatkan khidmat bas pengangkut yang hanya mampu mengangkut kami hingga ke jejantas. Sebaik turun, kami akan berjalan kaki melalui jejantas yang terbentang di atas jalan raya yang agak sibuk menuju ke dataran kawad dan kemudiannya meneruskan perjalanan dengan kaki menuju ke dewan peperiksaan. Itu merupakan bangunan akademik yang paling hampir dengan penginapan sementara kami.

Ujian dimulakan dengan pendengaran dua petikan dan soalan diberikan di atas kertas ialah aneka jawapan. Sebaik selesai kertas satu, kertas dua menyusul dengan oral. Tapi oral ini berlainan sedikit. Kami hanya perlu menyelesaikan petikan dialog yang diberi.

Sebaik selesai, kami bersegera keluar mencari bas untuk menuju ke dewan besar bagi menghadiri kuliah tamadun. Kuliah dijadualkan bermula sekitar jam 10 pagi dan dijangka berakhir sekitar jam 12 tengahari. Seperti beberapa hari sebelum ini, kami memilih untuk duduk di aras atas dewan besar tersebut.

Kuliah hanya berkisar mengenai ujian bertulis yang bakal ditempuh sekitar jam 2 petang sebentar nanti. Seusai kuliah, kami bergegas pulang semula ke penginapan dengan mendapatkan bas pengangkut. Sekitar jam 1.30, sebaik tersedar dari tidur, kami terkocoh-kocoh bersiap. Sebaik masuk ke perut bas, sekitar jam 1.40, pemandu bas masih tenang di tempat pemanduan. Malang sekali kerana beberapa minit kemudian, beliau kelihatan turun dari bas. Wah gawat...test star pukul 2 tepat.

Beberapa penumpang sudah mula gelisah...Tak boleh tahan dengan keadaan ini, beberapa orang dari penumpang turun mencari sang pemandu yang kelihatan rehat di pondok. Daripada beberapa orang saksi, pemandu bas pada mulanya hanya mahu menggolekkan tayar bas tepat jam 2 petang. 

"Kami ada test pukul dua.."

Akhirnya, pemandu beralah dan kami agak lewat masuk ke dewan peperiksaan. Bas biru yang mengangkut kami dari penginapan ke jejantas ini begitu taat kepada jadual masa. Sepatutnya ia perlu melihat masa kami sebagai pelajar.

Mujurlah ujian bertulis agak mudah dan kami berjaya menyelesaikan ujian sekitar 30 minit selepas bermula. Bersegera mendapatkan bas dan kemudian kami turun di kawasan dewan kuliah untuk menghadiri kuliah sekitar jam 4 petang. Menyelesaikan tuntutan selaku hamba Allah, kami mengambil kesempatan untuk berehat sebentar di surau sementara menunggu masuknya waktu kuliah.

Kuliah jam empat diisi oleh pensyarah yang amat menarik. Menarik dari segi gaya persembahan. Meskipun dewan agak panas disebabkan masalah penghawa dingin, ianya bukanlah satu beban yang besar kepada pensyarah tersebut untuk meneruskan kerjanya. Kami mendapat beberapa siri tips yang agak berguna untuk ujian pada sebelah malam. Huh...ujian lagi..

Sebaik pulang dari kuliah, kepada terasa pening sedikit. Mungkin kerana akibat keadaan panas dewan sebentar tadi. Malam ini masih ada test yang perlu dihadapi. Test kedua terakhir..

Sebelum maghrib, kami telah meninggalkan bilik penginapan. Tatkala azan berkumandang, kami berada di perut bas sambil membelek-belek nota. BAs tiba di tangga jejantas sekitar jam 7. 40 petang. Di luar dewan, masih belum ramai yang tiba. Sehingga jam 8 malam, kami masih tertahan di pintu dewan, sementara dewan sebelah sudah memulakan ujian mereka. Sebaik pintu terbuka, kami masuk dan selepas mengisi maklumat penting pada kertas jawapan, kami memulakan upacara menjawab soalan. MAsih dengan aneka jawapan di atas kertas OMR.

Kami berjaya menyelesaikan ujian kira-kira dalam masa kurang dari satu jam. Melangkah keluar dengan penuh bergaya meskipun ada beberapa soalan yang mengusik jiwa. Moga² Allah memberikan kemenangan kepada kami, Insya Allah


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol