Akhirnya kembali ke tanah besar
Selepas beberapa hari 'terperangkap' di pulau ini, akhirnya penulis berjaya menyelesaikan peperiksaan berterusan terakhir, subjek etika profesional yang diuji merangkumi tiga bab utama, dengan soalan objektif sebanyak dua puluh soalan sahaja. Ramai di antara ahli kelas yang keluar sangat awal, seawal 15 ninit selepas masa ujian bermula. Ujian dilaksanakan di dalam dewan kuliah. Tentu sahaja para pembaca dapat bayangkan kedudukan dewan kuliah yang membukit. Orang belakang amat mudah untuk melihat jawapan di atas kertas objektif calon yang duduk di hadapan.
Selepas sekitar 15 minit, penulis juga keluar dari dewan selepas berjaya menghitamkan jawapan untuk kesemua soalan. Sebaik, keluar, penulis melangkah menuju ke bangunan HEP untuk mengambil baucer buku. Ya...selaku seorang pelajar, meskipun bertaraf PJJ, layak menerima baucer buku bernilai RM250.00...
Sebaik tiba di kawasan tersebut, sudah agak ramai pelajar yang berada di dalam barisan yang dibahagikan mengikut abjad nama. Dalam hati merasa rugi kerana majoriti pelajar adalah memulakan nama mereka dengan huruf M yang mempunyai barisan yang agak panjang.
Sebaik selesai, kami berjalan untuk mendapatkan bas. Bas terakhir kami untuk tahun ini di kampus yang sudah agak berusia.
Penulis telah mengikat janji untuk menumpang kenderaan salah seorang pelajar yang berkebetulan sekampung juga satu kumpulan untuk menyelesaikan dua buah esaimen yang perlu dihantar pada penghujung Fabruari dan juga penghujung Mac.
Meskipun hanya sampai ke KL sahaja, ianya sudah memadai bagi penulis. Penulis agak serik semasa mengambil bas untuk pulang semasa minggu orientasi pada awal Ogos tahun sebelumnya. Bas hanya bergerak selepas jam 3.30 petang dan hanya sampai ke Seremban. Di sana, terpaksa menumpang bas yang lain pula. Mujurlah semasa itu penulis bersama sepupu. Jika keseorangan, pening jua..
Kami hanya memulakan perjalanan kami dari kampus sekitar jam 3 petang. Pemandu begitu bersemangat untuk mendapatkan ole-ole buat kelurga menyebabkan kami hanya masuk ke perjalanan ke KL sekitar jam 5 petang. Mode pemanduan beliau agak laju dan penulis agak kecut untuk tidur. Ditambah lagi beliau pada awalnya kelihatan agak mengantuk.
Kami tiba di TBS sekitar jam 8.30 malam. Amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan sahabat. Apabila tiba di kaunter, penulis dapat bas ke selatan pada jam 9.30 malam. Dalam jangkaan, ertinya sekitar jam 12.30 Insya Allah akan tiba. Namun, manusia hanya mampu merancang. Penetapan adalah dariNya. Meskipun penulis terpaksa mengorbankan masa makan di tingkat atas, walau perut hanya diisi dengan sarapan kuey teow sahaja pada jam 9.00 pagi tadi, ianya rupanya satu pengirbanan sia-sia. Bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Hanya sekitar jam 11 malam, barulah bas bergerak. Kununnya bas 9.30 yang telah terjual tiketnye itu sebenarnya tidak wujud. Dek kerana ianya telah terjual, terpaksa mencari pemandu lain yang sepatutnya bergerak pada jam 8 pagi esoknya. Maka terpaksa penulis tiba di kota kediaman sekitar jam 2 pagi. Mujurlah masih ada teksi di perhentian...
Ulasan