Majlis rasmi : mengapa touch n Go?

Di organisasi tersohor, satu majlis rasmi diadakan untuk mendengar amanat ulung dari pemimpin unggul. Kehadiran kesemua ahli organisasi diwajibkan. Ertinya disini, sekiranya ahli organisasi tidak hadir, tanpa sesuatu sebab yang dibenarkan, maka dihukumkan berdosa kerana ingkar arahan. Mematuhi arahan ketua atau pihak berwajib adalah merupakan satu tuntutan terhadap seorang muslim. Bukankah Rasul sering memberikan ingatan berkaitan ketaatan ini

Rasulullah s.a.w bersabda “Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat.” (HR. Bukhori dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi” (Riwayat Ahmad Dan Muslim)
Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Dengar dan Taatlah jika dilantik ke atas kamu (sebagai pemerintah) hamba habsyah yang kepalanya seakan-akan buah anggur selama mana dia menegakkan Kitab Allah’. Dan dalam riwayat yang lain: ‘Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepada Abu Zarr r.a: ‘Dengar dan Taatlah walaupun kepada seorang Habsyi yang kepalanya seperti anggur’. [Hadis dikeluarkan: al-Bukhari, Ibn Majah, dan Ahmad].

Oleh yang demikian, tiadalah jalan bagi kita mengingkari segala arahan yang diberikan. Bagaimanapun perasaan kita terhadap pimpinan, hak untuk mentaati mereka adalah benar.

Walau bagaimanapun, majlis yang berlangsung di organisasi tersebut, di dalam dewan yang sejuk dan canggih serta kerusi yang selesa bagi seorang manusia normal, ianya tetap tidak menjustifikasinya kehadiran keseluruhan warga kerja yang ada. Masih ada jua sisi² atau ruang alasan yang menggagalkan kehadiran mereka. Meskipun mesin pengimbas kedatangan menjadi saksi bisu terhadap kehadiran warga organisasi tersebut, namun ianya hanya mampu mempotretkan kehadiran pada saat pertemuan kad pekerja dan pengimbas itu sahaja. Masa selepas itu tidak dapat dirakamkan lagi, adakah pemegang kad masih mampu duduk di kerusi menanti dan mendengar, atau mereka sekadar datang dan mencecah sahaja kad tersebut dan kemudian keluar menghilangkan diri.

Mungkin organisasi terpaksa menangung kos yang agak besar saban waktu apabila majlis yang dianjurkan kerap menjadi medan kekurangan pendengar dan penanti setia. Mungkin juga organisasi tersebut perlu melaksanakan satu kaedah terkini yang lain dari yang lain..

Organisasi tersebut mungkin boleh mencuba kaedah dengan mengadakan sidang video. Ya...pemidato boleh memberikan ucapan secara langsung dari bilik dan meja beliau manakala semua staf akan dapat melihat dan mendengar ucapan beliau melalui PC masing². Pemegang kuasa IT di organisasi tersebut mungkin boleh memikirkan satu kaedah dimana dalam jangkamasa waktu penayangan acara secara langsung itu, kesemua PC yang berada di meja di dalam pejabat tidak mempu mengaktifkan program lain selain hanya siaran secara langsung itu sahaja.

Mungkin dengan kaedah ini, kos pemasangan penghawa dingin dan penyalaan lampu di dewan besar milik organisasi boleh diminimumkan dan ada kemungkinan keseluruhan warga organisasi terpaksa mendengar sama ada suka atau tidak akan butiran yang mahu disampaikan...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol