Kisah Pencuri kain kafan
Dikatakan bahawa terdapat satu profesion yang agak terkenal suatu ketika itu, iaitu selaku pencuri kain kafan. Tujuan pencurian itu ialah untuk menjual semula kain tersebut kepada keluarga si mati pada keesokkan harinya. Dengan harga yang dibayara, itulah yang menampung kehidupan sang pencuri.
Suatu ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang pencuri kain kafan yang terkenal telah dipanggil oleh seorang alim. Tatakala tiba, si alim berkata,
"Bukankah engkau ini pencuri kain kafan yang terkenal di kota ini?"
"Benar wahai tuan guru"
"Berapakah harga kain kafan yang engkau curi dan kemudian jula itu?"
"sekitar 40 dirham wahai tuan guru"
"Oh jika begitu, ambillah ini 160 dirham, tetapi dengan syarat apabila aku meninggal kelak, janganlah engkau mencuri kain kafan ku.."
Masa sang pencuri pun bersetuju dengan syarat tersebut.
Selang beberapa ketika, maka tersebarlah berita akan kematian tuan guru tersebut. Seluruh kota menjadi sayu dan menangisi pemergian ulama tersohor itu, termasuklah sang pencuri kain kafan.
Meskipun dia telah pun berjanji untuk tidak mencuri kain kafan si tuan guru, namun akhirnya ia tewas jua. Ini pada fikirannya peluang untuk mendapat harga yang mahal. Al maklumlah kain kafan seorang alim...
Pada pada malam hari kematian, sang pencuri pun mendatangi kubur tuan guru tersebut. Pabila cangkulnya sudah menemui papan penutup liang lahad, bersegera ia membuka papan tersebut.
Alangkah terperanjatnya ia kerana didapati lahad tersebut terlalu dalam.
"Sungguh dalam lahad tuan guru ini..."
Maka ia memutuskan untuk menggunakan tali lalu turun ke dalam lobang tersebut. Semakin jauh masuk ke dalam dan semakin dalam. Akhirnya ia tiba ke dalam satu kawasan yang agak luas. Maka didapati tuan guru tersebut sedang terbaring di suatu sudut dan sedang mengelak-elak daripada sesuatu. Apabila diamati, rupa-rupanya tuan guru tersebut sedang mengelak dari gangguan seekor ular yang mahu mematukkanya. Apabila menyedari kehadiran sang pencuri kain kafan, keadaan mula menjadi seperti sediakala.
Tuan guru tersebut lantas duduk dan memanggil sang pencuri.
"Wahai sang pencuri kain kafan, tentu kamu ini datang untuk mencuri kain kafanku. Ambillah. Aku serahkan kepadamu..."
Sambil mengambil kain tersebut, si pencuri memberanikan diri untuk bertanya,
"Tuan guru...apakah maksud semua perkara yang kulihat tadi?"
"Wahai sang pencuri, suatu ketika dahulu aku pernah menghadiri jamuan yang dikelolakan oleh seorang wanita. Setelah menikmati jamuan yang diberikan, maka aku dapati terdapat daging yang melekat pada gigiku ini. Tatkala aku tercari-cari alat untuk melepaskan daging itu, maka aku terpandang pada bahagian dinding rumah wanita yang membuat jamuan akan bahagian yang terkopak. Maka aku mengambil sebilah kayu kecil darinya untuk membersihkan bahagian gigiku ini. Ternyata, aku tidak pernah meminta izin dari wanita tersbut. Wahai sang pencuri,pergilah ke rumah wanita itu dan mohon agar dihalalkan akan kayu itu untukku. Ular itu telah menggangguku sejak petang tadi..."
Maka setelah selesai bersalaman, sang pencuri naik kembali ke atas melalui tali. Maka sebaik ia tiba diatas, dilihat jenazah tuan guru seperti sediakala di dalam liang kubur yang seperti waktu dikebumikan pada petang tadi.
Maka keesokan harinya, sang pencuri kain kafan itu berusaha mencari wanita yang dimaksudkan dengan tujuan untuk mendapatkan penghalalan ke atas apa yang diambil oleh tuan guru. Sebaik ditemui, maka disampaikan apa yang dilihatnya tadi serta permohonan halal dari tuan guru tersebut.
Maka si pencuri kain kafan juga akhirnya bertaubat...
Kisah ini diadaptasi dari riwayat yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah Al Amin, dalam rancangan Pesona di Zahrah, pada Isnin 23 Feb. 2015.

Ulasan