Bila tahlil, solat hajat dan konsert seiring...

Ini perkara yang semakin hari semakin biasa dalam masyarakat kini. Trend yang semakin galak di mana-mana institusi. Apabila berhajat kepada sesuatu perkara, maka segera dikumpulkan semua muslimin untuk mengadakan solat hajat dan juga tahlil dengan nawaitu agar diturunkan keselamatan dan kesejahteraan agar majlis dalam berjalan dengan penuh lancar dan selamat.



Namun, selepas itu, majlis konsert tetap diwujudkan. Sama ada program bersifat kebangsaan, kenegerian mahupun organisasi. Kesenian dan konsert serta doa tidak mampu dipisahkan dari minda manusia bergelar melayu. 


Hendak dikata tidak tahu agama, eh, kami dah buat solat hajat beserta tahlilan lagi..

Hendak dikata kolot, kami juga adakan konsert...

Hendak dikata keterlaluan, kami hanya adakan konsert dari artis dalam negara sahaja. Kami tidak mahu kepada konsert rakus bawaan barat dan juga korea...


Kalau tidak kepada konsert rock kapak, kami bawa penyanyi sopan dan berpakaian tidak mencolok mata. Kami adakan konsert tarian melayu dan kebudayaan silam....

Setidak-tidaknya bawalah konsert ya hananan...meskipun ada perbezaan pandangan ulama, namun ianya tetap membawa umah kepada fenomena mencintai junjungan.


Pelik juga apa peranan institusi agama. Adalah hanya menunggu terhantuk baru tengadah. Usai konsert, baru bergerak membuat tangkapan di hotel sana-sini sambil mengaut sesuap untung melalui tuntutan OT? Apakah benar tugas seperti itu, atau mereka sepatutnya membuat teguran lebih awal di peringkat sebelum ianya berjaya dijelmakan, iaitu semasa mesyuarat pelaksanaan?


Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol