Terkenang semasa dulu : Permainan galah panjang

Suatu ketika dahulu, sebaik sahaja selesai menikmati minum pagi di tepi longkang bangunan sekolah, sekumpulan pelajar darjah satu akan berkumpul di suatu kawasan tepi padang untuk bermain galah panjang.

Galah panjang ialah sebuah permainan tradisional, dimana beberapa peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar. Satu kumpulan akan bertindak sebagai defend manakala satu kumpulan lagi akan menyerang. Objektif utama permainan penyerang ialah untuk tiba di garis penamat dan mendapat seberapa ramai rakan dalam kumpulan yang berjaya. Pasukan defender pula akan cuba menghalang cita-cita pasukan lawan daripada berlaku. 


Terdapat beberapa garisan yang perlu dilalui sehingga ke garisan penamat dan kemudian pemain penyerang akan mencuba sekali lagi untuk balik ke garisan permulaan. 

Penyerang boleh bergerak secara veramai-ramai atau perseorangan bergantung kepada persetujuan awal. Sekiarnya penyerang terkeluar dari garisan atau tapak yang ditentukan, penyerang akan dikira terbatal dan mati.

Maka apabila pasukan penyerang dapat dipegang atau disentuh sahaja oleh pihak pertahanan, maka ia akan dianggap mati dan habis peranan. Maka terpaksa duduk pula memerhatikan pasukan rakan untuk mencuba hingga tiba ke garis penamat.



Permainan selalu dilakukan di kawasan yang agak redup di tepi padang.Ada kalanya, kana-kanak ini akan ke belakang sekolah menuju ke sungai kecil yang jernih airnya. Air juga agak cetek. Bila ada kesempatan, ada yang turun ke dalam anak sungai untuk meraduk ikan. Tetapi ianya dilakukan dengan penuh hati². Jangan sampai dikesan oleh cikgu. Tentu sahaja buruk padahnya.

Permainan galah panjang mungkin diadaptasi daripada permainan bola sepak. Bezanya ialah, tiada sebarang objek bulat yang direbutkan oleh pemain galah panjang ini. Namun ianya tidak dikormesialkan sepertimana nasib permainan bola sepak.

Boleh jadi kini, di era tahun 2015, era globalisasi dan era penantian "New World Order" permainan ini sudah tidak relevan lagi. 

Tetapi hingga kini juga, tiada siapa di kalangan mantan hero dan heroin permainan ini dahulu mahu mengenengahkannya semula di kalangan kanak² milinium kini. 

Mungkin suatu ketika kelak, ianya hanya masuk dalam buku sejarah permainan yang ditinggalkan, ataupun sekadar bahan bacaan yang menjadi lagenda semata-mata...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol