Kisah Komuniti Turki di Jerman
Malam sudah semakin melarut. Namun hati penulis seperti tidak senang selagi belum mencatat sebuah kisah terpenting. Kisah ini sudah beberapa kali disampaikan ke telinga penulis. Namun pada hari ini, kisah ini disebut lebih detail dan panjang. Ianya merupakan pengkisahan salah seorang mentor penulis.
Diriwayatkan bahawa tatkala mentor penulis berada di Jerman, beliau telah menemui sebuah komuniti Turki yang telah berjaya membina sebuah masjid lima tingkat. Terdapat bangunan pejabat, sekolah, sekolah tahfiz dan dewan dan juga ruang solat. Setiap malam nisfu syaaban, jemaah muasjid ini akan beramai-ramai mendirikan solat sunat tasbih, mengumpulkan jamaah dari setiap lapisan umur dan jantina. Berbeza dengan negara kita yang masih belum mampu menarik khalayak untuk bersama membaca yasinan tiga kali pada malam yang sama. Saban tahun, yang hadir hanyalah muka yang sama sahaja di apruang solat seusai wirid Maghrib, malam ke 15 dalam bulan Syaaban.
Mentor melahirkan kekaguman nya terhadap komuniti ini yang mampu membangun dan yang penting bersatu demi Islam dalam sebuah negara yang tidak mengenali syahadah kepada Ilah nya..
Negara kita yang kununnya mendakwa sebuah negara Islam, saban hari semakin jauh dan dipesonakan dengan keduniaan. Umat Islam semakin diliarkan dengan ajaran agama. Pelbagai isu diperbesarkan, dari isu salafi-wahabi-syiah-sunni. Golongan pengajian pondok dan golongan pengajian moden. Secara separa sedar, umat Islam di negara kita cuba dipecah-pecahkan..
Menyorot kembali perpecahan yang mula berlaku sebaik kemunculan Lawrence Of Arabia yang telah berjaya mendoktrinkan agar berlakunya perpecahan dan kemunculan golongan Wahabi yang didukung oleh King Saud, hingga berlakunya penguasaan golongan ini ke atas Hijaz yang mengakibatkan keluarnya daerah ini daripada empayar agung Islam Turki. Pelbagai teori pembidaahan direkacipta dan diproses sebagai salah satu senjata mempengeruhi ummah agar mereka bersatu menentang Uthmaniyyah yang kununnya bergelumang dengan unsur khurafat dan syirik serta bid'ah.
Akhirnya , wujud Saudi dan Empayar Uthmaniyyah terus melemah dan kehilangan satu persatu wilayah Islam yang kununnya ingin merdeka. Mereka telah berjaya. Namun hati mereka masih belum puas.
Mutakhir isu perpecahan dan perbezaan mazhab semakin dilebar luaskan. Maka berlakulah peperangan saudara di Syria yang semakin hangat tanpa ada tanda penyelesaian. Muncul golongan IS yang kununnya membawa suara jihad tetapi sebenarnya bikinan barat untuk mengelabui mata ummah.
Negara Semenanjung Emas mula terusik dengan isu yang sama. Isu untuk melepaskan dan memerdekan wilayah tertentu dari genggaman persekutuan, kununnya kerana pemerintah yang tidak adil, isu perpecahan fahaman politik, isu perpecahan mazhab yang semakin hari semakin diperbesarkan, isu sunni dan wahabi serta banyak lagi. Adakah semenanjung emas sudah bersedia untuk menjadi Syria kedua? Adakah semenanjung emas semakin lemas dengan permainan tangan² ghaib Fremason dan Illuminati?
Bukankah penulis pernah berkisah mengenai bahaya golongan ini yang jauh lebih jahat dari Syiah. Jauh lebih berbahay dari Salafi, Jauh lebih busuk dari IS bahkan dari mana² puak sekalipun. Golongan ini sebenarnya telah bertapak lama di muka bumi semenanjung emas dan berfungsi sebagaimana apa yang telah berjaya dilakukan oleh Lawrence of Arabia..
Sayang sekali, para ulama masih tertidur dan sesekali terbawa² dengan permainan licik ini, atau adakah ulama juga telah mula mendekati pertubuhan freemason bahkan mengganggotainya?
Wallahu a'lam.
Ulasan