Melayu Masih Layu
Tatkala bersembang² semasa makan tengahari kerana menghadiri sebuah kursus dalaman, salah seorang ahli panel, pakar perubatan di sebuah organisasi tersohor mengisahkan mengenai anak-anak melayu yang sudah ribuan tahun menghuni semenanjung emas, tetapi nasib yang masih kurang terbela.
Menurutnya, masih wujud anak-anak melayu yang mencapai 8 A dalam SPM lepas namun masih termanggu² untuk meneruskan kehidupan dek kerana masalah kewangan yang menghimpit...
Adalah menjadi tanggungjawab partai politik yang berteraskan Islam-Melayu di tanah air untuk membela nasib golongan seumpama ini...yang sepatutnya mempu mengejar cita-cita namun terbantut dek kerana masalah kewangan yang mencengkam...
Orang Melayu masih lagi bertakuk lama. Dihimpit masalah kewangan yang serius meskipun dasar DEB yang diberi peluang berdiri lama di kalangan bangsanya, namun ianya hanya mampu mengkayakan serta mengeyangkan beberapa kerat dari kalangan Melayu yang 'bernasib baik' dan terus menenggelamkan rakan melayu lain ke dalam lautan ganas kemiskinan yang memuncak.
Apa yang hendak dikisahkan? Bukankah sudah ada pelbagai pinjaman dan biasiswa yang ditawarkan? Adakah benar Melayu semamngnya layu kerana kewangan. Atau kerana perasaan malas yang terus bersarang dan diwarisi turun temurun?
Benarkah guru di sekolah tidak memainkan peranan untuk kerjaya murid dan pelajar?
Benarkah anak-anak melayu masih terbiar tanpa bantuan untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi atau melayu itu sendiri yang tidak mahu dibantu dan tidak mahu meneruskan kecemerlangan kerjaya?
Apa pula fungsi pimpinan akar umbi dalam menyelesaikan kemelut ini? Adakah pimpinan yang parti yang menjadi kerajaan senantiasa disibukkan dengan usaha mempertahankan takhta hingga lupa masih ada anak bangsa yang terpaksa merempat dek kerana mewarisi kemisikinan? Kemana pergi kunun jaguan dari parti belum memerintah? Adakah sibuk dengan perbalahan dalaman sesama sendiri?
Tapi sayang...kisah melayu masih miskin sudah semakin jarang kedengaran. Sama ada di media massa, akhbar, apalagi khutbah Jumaat. Melayu semakin disibukkan dengan perbalahan mengenai kaum muda dan kaum tua. Para ulama dan ustaz serta ustazah mereka lebih gemar menuduh dan berbincang mengenai habaib, syiah dan wahabi. Drama dan filem mutakhir lebih seronok memaparkan gaya hidup melayu kaya dan juga cinta serta seram. Maka tiada siapa yang mahu memikirkan masalah sebenar bangsanya.
Kasihan...

Ulasan