Temuduga terancang?

Dalam debaran menantikan keputusan sebuah temuduga, terlalu banyak gosip liar yang bertebaran oleh kilang² penyebaran khabar angin. Sebagaimana sesi² sebelum ini, kilang khabar angin yang tidak diketahui punca asalnya dari mana, tetap akan menyebarkan serta menyiarkan surat khabar angin ini dan peliknya, ianya begitu laku dan seolah² diketahui oleh seantero penduduk lagaknya..

Tidak perlulah penulis menulis satu persatu akan peri khabar angin tersebut. Nanti tergolong pula penulis ke dalam golongan yang menyebarkan sesuatu yang berbantuk sangka-sangkaan sedangkan bersangka-sangka itu kebanyakkannya adalah dosa...



Pengalaman selepas temuduga...ia sepertimana calon² lain..tentu sahaj merasa akulah sebenarnya yang terbaik dan terlayak dari yang lain-lain..tetapi pada kali ini, penulis merasa amat berbeza. Terasa diri penulis begitu kerdil dan terlalu jauh dari jawatan yang dipohon berbanding belasan yang hadir dan berjaya sampai hingga ke final.

Sejujurnya, sebelum menghadiri temuduga lisan ini, para calon telah menghadiri satu sesi pemilihan di mana calon diuji dari segi kerja berpasukan dan kemahiran pembentangan dan menyiapkan tugasan dalam jangka waktu yang agak singkat.

Setiap calon diletakkan dalam satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang calon. Kesemua mereka diminta berbincang mengenai tugasan yang diberikan, Ironinya, sesi pembentangan hanya dibuat secara individu sahaja.

Selepas hampir tiga minggu, calon yang berjaya dan terunggul (?) akan dipanggil untuk sesi temuduga seterusnya dimana disebutkan calon yang akan berjaya hanya seramai lima sahaja kekosongan.

Dan sewaktu temuduga, ternyata penulis melihat diri penulis sangat lemah, kerdil dan kecil diantara rakan-rakan lain yang menyertai temuduga.

Sehari selepas sesi, kedengaran berita bahawa kekosongan adalah lebih daripada yang diberitakan.



Secara umumnya, kita berpandangan bahawa setiap calon yang berjaya hingga ke pemilihan akhir seharusnya bersyukur kerana mereka adalah yang terbaik dikalangan calon lain yang telah gugur di peringkat saringan awal. Namun, mungkin atas sebab kekosongan yang sedikit dengan calon yang layak melebihi kekosongan, pemilihan perlu berlaku.

Calon juga mungkin memahami semasa sesi temuduga, calon yang berjaya memikat hati ahli panel itulah sahaja yang akan dijulang nama dan diangkat markahnya hingga mendorong kepada terbitnya sebuah surat tawaran berlakri.

Calon juga perlu memahami, khususnya penulis, bahawa pemegang sijil peperiksaan khas sudah barang pasti amat jauh peluang untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemegang segulung ijazah, kecuali di dalam bilik temuduga. Itulah yang dikatakan oleh salah seorang senior,



"Mereka berhempas pulas tiga ke empat tahun untuk meraih segulung ijazah, engkau ambil periksa open book tiga hari dah lulus dan layak untuk dilantik..."

Dan sesungguhnya yang menggerakkan hati perasaan dan tangan panel untuk memilih siapakah yang akan berjaya tidak lain dan tidak bukan adalah pemilik sekelian alam, Allah Azza Wajalla!!

Bak kata seorang sahabat, jika telah tertulis di lauh mahfuz bahawa kau akan dapat jawatan tersebut, maka pasti kau akan mendapatnya, meskipun ianya bukan hari ini. Dan sekiranya sudah tertulis bahawa kau tidak dapat menjawat jawatan tersebut seumur hidup dan perkhidmatan kau, maka tiadalah engkau akan mendapatnya, meskipun engkau mendakwa bahawa engkau telah melalui ribuan temuduga...

Sesungguhnya kadang² harapan itu timbul dari hati yang sudah tidak punya harapan, hanya kerana ia yakin bahawa janji Allah pasti datang...

Tulisan penyembuh jiwa ... 

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol