Inilah BR1M

Pagi Ahad, permulaan hari bekerja bagi negeri2 di persekutuan yang telah mengisytiharkan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu. Sepucuk surat yang diterima memberi panduan agar penerima BR1M memungut baucer di pejabat daerah sepanjang hari bekerja minggu hadapan.

Maka berduyunlah ummat yang hadir pada pagi itu. Penulis menyangkakan bahawa penulis dan adik penulis tidak akan menemui umat yang ramai. Al maklumlah, pagi hari pertama. Tentu suci dan murni bumi itu dari kalangan manusia. Rupa-rupanya penulis sangat tersilap. 



Khemah yang dibangunkan di antara dua bangunan kelihatan indah zahirnya. Dengan hiasan berwarna lembut seolah majlis walimah. Terpasang di perut khemah akan kipas, namun ianya tidak langsung dihidupkan fungsinya. Hanya tergantung sepi. Mujurlah pagi masih muda. Namun jumlah yang hadir menyempitkan ruang nafas dan kegunaan oksigen...

Mengikut surat, tertera waktu bermula jam 8.30 pagi. Namun hakikatnya, jam 8.40 pagi baharulah muncul seorang dua petugas yang membawa bersamanya beberapa peralatan. Beberapa minit berlalu. Berdiri seorang lelaki agak muda membuat pengumuman. Malangnya, suara beliau terlalu kerdil di tengah manusia yang semakin menyesak dan ramai. Mana perginya sang pembesar suara?

Dan kemudian, kami difahamkan perlu beratur mengikut parlimen dan dun sebagaimana yang tertera pada surat. Begitupun, yang hadir seperti hilang arah dan pedoman. Meja yang disediakan di setiap kaunter hanya satu. Ertinya ada tiga DUN, satu DUN satu kaunter. Bila agaknya hendak selesai?



Di meja kaunter, rupanya kena serahkan kad pengenalan dan surat panggilan untuk semakan. Kemudian menunggu agar nama dipanggil.

Alhamdulilla, tidak sampi lima minit,nama adik penulis telah diserukan. Namun khabarnya agak malang..

"Nama tak ada di sini...sila semak di pejabat dalam..."

Fuhh...ok...kami berjalan masuk ke perut pejabat. Dikaunter, seorang lelaki muda sedang menjawab panggilan telefon. Tiada kesesakan di kaunter.

"Encik...pihak luar kata nama tak ada. So kena semak di dalam..."

"Eh...DUN encik ni ada di luar.."

Aduhai...

"Eh...takan saya jadi macam bola. Orang sana suruh semak di dalam. Encik suruh semak semula di luar.."

"Kalau disemak pun, nama DUN encik ada di luar..."

Pergh..terpaksa melangkah keluar dan masuk semula ke perut khemah yang menempatkan kaunter. 

"Saya semak di dalam..orang di dalam suruh semak di luar..." Penulis semakin berangin pagi itu..

Alhamdulilla...ada rupanya namanya itu di sini...Adus...berat sungguh sistem mereka ini.

Apalah salahnya kalau dibuat sistem kaunter berdasarkan huruf abjad permulaan nama. Mungkin keadaan akan menjadi lebih teratur..

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol