kembalikan sistem monarki

Sistem monarki adalah sistem yang tertua yang pernah wujud dalam pemerintahan. Dipercayai bahawa ianya sudah wujud sejak 3000 tahun dahulu. Kesemua tamadun awal manusia seperti tamadun mesopotamia, indus, mesir dan china mengamalkan sistem ini.

Di rantau asia, sistem monarki sememangnya telah lama wujud dan berdiri dengan elemen hindu buddha. Raja-raja dianggap dewa dan ketaatan terhadap mereka amat dituntut. Menderhaka terhadap mereka dianggap satu dosa yang hanya boleh dihapuskan dengan jalan hukuman bunuh. Di sesetengah tempat, seperti China, bukan hanya pesalah yang dibunuh, tetapi ahli keluarga mereka juga turut dihapuskan...

Ottoman Sultans

Kewujudan sistem monarki di dalam Islam diterajui dan diungguli oleh Khalifah Muawiyah B Abi Sufyan yang mengasaskan Dinasti Umawi sebaik berjaya mendapatkan keabsahan perjawatan khalifah daripada Al Hassan Bin Ali Bin Abi Talib. Berselindung disebalik jawatan khilafah, sistem monarki ini berterusan dan bertukar-tukar tangan daripada Umawi kepada Abbasiyah, Mamluk, Fathimiyah dan pecahan-pecahan kecil seperti Moghul, Muwahidun dan sebagainya. Sistem monarki yang didakwa berteraskan sistem khilafah ini berakhir pada tahun 1924 selepas daulah Ottoman tunduk dibawah tekanan bebanan riba bank-bank yang dikuasai oleh pengaruh Rosthchild yang dipercayai merupakan para pemimpin kanan The Anti Christ yang semakin hari semakin dekat dengan hari kemunculan dan kemahkotaan agungnya.

Meskipun begitu, sistem monarki-Islam ini kelihatan masih lagi diteruskan di kawasan-kawasan perairan bani jawi meskipun induk-khilafah Turki telah tersungkur. Kerajaan monarki Islam yang berasal dari monarki Hindu-Buddha di rantau perairan Jawi ini masih lagi mempunyai kekuatan daulah dan spritual yang kuat. Memandangkan para penjilat Dajjal sememangnya amat benci kepada kekuatan monarki yang dilihat mampu menggugat perancangan New World Order, maka mereka melalui saluran penjajahan telah mencuba sedaya upaya untuk turut menguburkan sistem ini daripada masyarakat bani jawi di rantau ini. 

Tragedi di Sumatera adalah merupakan satu contoh penghapusan etnik dari kalangan monarki dan bangsawan yang menggunakan nama revolusi rakyat dan akhirnya hanya melahirkan sebuah negara yang terpaksa bergabung di bawah pentadbiran kelompok majoriti di pulau Jawa.

Semenanjung emas yang dahulunya begitu gah dengan empayar monarki Melaka juga tidak lepas daripada cubaan golongan pencinta Dajjal, namun ianya lebih bernasib baik. Perancangan untuk penubuhan Malayan Union yang mana antara perkara atau asas utamanya untuk memencilkan peranan raja-raja melayu  telah berjaya dibantah sepenuhnya. Walaupun begitu, peranan raja-raja melayu tetap mengecil berbanding peranan sebelum perang dunia kedua. Nampaknya para tentera dajjal telah meraih kemenangan...

Meskipun sistem monarki dalam dunia melayu-islam di semenanjung emas lebih lazim diceritakan mengenai kekayaan dan kemewahan mereka, namun sebenarnya mereka adalah benteng utama umat Melayu-Islam. Kejayaan kerajaan Brunei Darussalam mengekalkan kedaulatan sistem monarki telah membuahkan hasil dimana kedaulatan Islam semakin mengambil alih dengan kejayaan mengumumkan pelaksanaan undang-undang al quran dan hadith.

Kerajaan Brunei meskipun pernah dipelawa untuk menyertai Persekutuan, namun menolaknya gara² beberapa tuntutan yang tidak dapat dipenuhi oleh penaja dan juga penentangan rakyat negaranya. Namun keputusan sultan Brunei semasa itu adalah sebenarnya amat baik memandangkan negara tersebut sekarang berjaya mengekalkan harga petrol pada paras yang amat rendah untuk rakyatnya. 

Jika semenanjung emas dan kepulauan borneo kembali kepada sistem monarki, maka beberapa kelebihan akan berlaku diantaranya;

1. Hanya sultan sahaja yang mempunyai kuasa mutlak di setiap negeri manakala YDPA pula berkuasa mutlak di peringkat pusat dan juga negeri² yang tidak mempunyai sultan.

2. Kedudukan PM hanya akan sama tarafnya dengan Bendahara Melaka suatu ketika dahulu iaitu sebagai penasihat;

3. Kedudukan orang Melayu akan kembali kuat dan terjamin;

4. Kedudukan bangsa selain Melayu tetap akan terjamin dan lebih aman serta selamat;

5. Pelaksanaan undang² Islam bakal menjadi kenyataan;

6. Tidak wujud lagi masalah politik dan perbalahan atas sebab parti. Rakyat akan bersatu di bawah Raja² Melayu. Menderhaka kepada raja hanya akan mengakibatkan hukuman balas setimpal kepada hukum bughah;

7. Islam akan dikembalikan ke tempat asalnya tanpa bantahan sesiapa pun dek kerana kemutlakan kuasa raja;

8. Masalah pembangunan negara hanya perlu difikirkan oleh Raja dan pembesar negara sahaja.

Kelemahan yang mungkin timbul;

1. Wujud sultan yang beraja di mata bersultan di hati;

2. Berkemungkinan wujud pembesar yang tamak dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib rakyat jelata;

3. Rakyat kehilangan hak bersuara;

4. Masalah negara hanya boleh diselesaikan oleh sultan dan pembesar negara sahaja. Rakyat hanya perlu patuh dan taat;

5. Akan muncul sultan bersifat boneka apabila ia berkeadaan lemah dan dihantui oleh Bendahara;

Kembalinya pemerintahan kepada monarki hanya boleh dilaksanakan jika istana tunduk kepada al quran dan sunnah dan ini akhirnya akan mewujudkan sistem khilafah monarki sebagaimana yang pernah wujud paling mutakhir semasa empayar ottoman. Namun jika pihak istana tidak mengikat dan menjadikan ulama sebagai penasihat utama, kerajaan monarki akan menjadi lebih teruk daripada segala kerajaan yang wujud di dunia ini..



Akhir kalam, dalam konteks Raja Berpelembagaan sebagaimana yang sedia diamalkan kini, adalah menjadi tanggungjawab para sultan untuk memastikan Islam terus menjadi teras pentadbiran dan menegur perkara² kemungkaran yang dilihat mula meresapi kepimpinan negara.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol