Ulangtahun Badar Al kubra
Hari ini 17 Ramadhan 1436 hijrah...merupakan ulangtahun Badar Al Kubra, peperangan pertama di dalam Islam. Hujan membasahi bumi daerah tengah gapura selatan buat pertama kali agak lebat selepas beberapa hari mengharungi kegersangan yang agak bersangatan.
Kuliah Subuh oleh mudir madrasah arabiyyah menyentuh mengenai kepentingan solat subuh. Beliau menyatakan mengenai hadith Nabi SAW mengenai pahala solat sunat subuh seperti dunia dan isinya. Ulamakhilaf mengenai pahala atau ganjaran itu adakah untuk solat subuh atau solat sunat subuh, hinggakan ulama fiqh menyatakan bahawa apabila seseorang itu tertinggal solat sunat subuh, maka ia boleh melaksanakan selepas selesai solat fardhu subuh demi mengejar ganjaran pahala yang dinyatakan.
Tuan guru juga menyatakan bahawa solat subuh merupakan motivasi utama umat ini. Dinyatakan bahawa tatkala tentera Rom hendak menjatuhkan atau melumpuhkan pasukan Islam, telah dihantar mata² di ibukota Madinah semasa pentadbiran Umar Al Khattab. Selepas beberapa bulan mendapatkan maklumat, maka mata² ini pulang menghadap raja Rom. Perkara pertama yang dipertanyakan oleh raja Rom,
"Adakah jamaah solat Subuh mereka di masjid Madinah sama ramai dengan jamaah solat Jumaat?"
"Benar tuanku"
"Oh...jika begitu, kita masih jauh dari kemenangan..."
Tuan guru juga menyebut mengenai kepentingan untuk menyediakan diri bagi melalui 10 malam terakhir dengan mengurangkan tidur. Alangkah ruginya sekiranya kita terlepas akan malam² tersebut.
Tuan guru juga ada menyebutkan mengenai kepentingan membaca surah al mulk setiap malam dimana ianya akan menjadi pembela ketika berada di alam barzakh kelak.
Suasana agak nyaman sepanjang ulangtahun Badr al Kubra ini. Mendung dan dingin. Tentu suasana ini berbeza semasa pertempuran tersebut berlaku sepanjang Jumaat Ramadhan tahun ke 2 hijrah itu...

Ulasan