Pecutan terakhir Ramadhan .. perlumbaan dan pencarian itu bermula

Telah masuk hari ke 20 daripada hari² Ramadhan hari ini. Umat Islam telah mula memasuki gelanggang akhir Ramadhan. Gelanggang akhir ini bakal menentukan sama ada berjaya atau tidak individu atau calon² yang dipilih menyertai madrasah Ramadhan untuk meraih anugerah taqwa dan seterusnya kembali kepada fitrah, seolah seorang bayi yang baru dilahirkan tanpa secalit dosapun pada 1 Syawal.

Namun keghairahan sesetengah dari kita untuk meraih keseronokan syawal yang belum tentu ditemui telah berjaya mengalahkan tawaran Tuhan kepada para hambaNya. Syawal masih dilihat sebagai matlamat akhir puasa ramadhan, bukan taqwa. Walhal al quran jelas menyatakan bahawa matlamat akhir berpuasa ialah buat meraih taqwa, bukan hari raya.


2:183

"Wahai orang² yang beriman! Difardhukan atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan ke atas orang² sebelum kamu, agar kamu bertaqwa " Al Baqarah : 183

Malam² akhir Ramadhan di negara Arab akan membuatkan hati menjadi sayu dan lunak pabila jamaah berbondong² memenuhi ruang masjid. Berbeza dengan negaraku di mana jamaah berbondong² memenuhi ruang masjid pada awal ramadhan sahaja... Akhir Ramadhan banyak dihabiskan untuk mencari pelbagai persiapan buat menyambut syawal.

Maka ada dikalangan kita yang sanggup menghabiskan waktu malamnya di bazaar Ramadhan berjalan dari hujung ke hujung dan pulang tatkala jam menjejak jam 11 ke 12 malam. Badan menjadi letih dan kelesuan. Malam yang sepatutnya diguna untuk rehat dan kemudian bangun awal buat ibadah dihabiskan dengan tidur hingga ada yang kehilangan waktu sahur.


Kegembiraan untuk meninggalkan Ramadhan jelas kelihatan pada wajah² bani jawi berbeza dengan wajah sedih dan sayu para pencinta Tuhan untuk keluar dari Ramadhan yang mulia.

Adakah para malaikat yang dijanjikan turun pada malam al qadar akan turut turun merahmati pada pengunjung bazaar ramadhan atau mereka hanya melihat golongan yang bersungguh untuk beribadah pada malam tersebut?

Masa masih ada. Mari kita ubah Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna. Tentu kita akan lebih menikmati Syawal yang indah berbeza dari tahun sebelumnya. Ayuh...teruskan dan tingkatkan ibadahmu mulai malam ini!!

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol