Hari Raya di Organisasi - tapau lagi



Sambutan hari raya masih lagi berlegar² di sekeliling kita. Keindahan syawal yang sudah semakin tua umurnya itu tetap menggembirakan hati muslimin, khususnya dari kalangan bani jawi. Bukti utama, hampir setiap rumah dan juga pejabat serta organisasi akan mengadakan acara sambutan rasmi. Seolah tiada sah akan sambutan hari raya itu tanpa adanya sambutan rasmi. Dari istana terbuka hinggalah kepada rumah terbuka, ianya terus diraikan ..


Tidak ketinggalan acara sambutan di organisasi tersohor. Meskipun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, acara sambutan tetap diteruskan, walaupun negara baru sahaja meratapi berita terkini berkaitan kehilangan pesawat MHS, kemeriahan syawal tetap didambakan. Meskipun RM jatuh dengan SANGAT TERUK hingga ke paras 3.91 sedolar, majlis yang diatur tetap mewah dengan pelbagai makanan.

Sejak seawal jam 8 pagi lagi, para petugas sudah berpusu² menuju ke lokasi program. Acara formal bermula jam 11 pagi dengan ketibaan dif jemputan di pihak pengurusan. 


Apa yang menghairankan ialah tabiat untuk tapau tidak pernah lekang dari jiwa tulus warga organisasi tersohor itu. Jamuan belum bermula, tapau sudah dibuat dengan alasan kununnya untuk rakan² yang tidak berkesempatan hadir. 

Malang sekali kerana apabila ada warga yang hadir agak terlewat, lantas didapati makan telah habis, sedangkan jika insan² tadi tidak bertindak membungkus lebih awal, maka sudah barang pasti pihak yang terlewat hadir akan dapat menikmati makanan tadi.


Persoalannya, benarkah apa yang ditapau untuk rakan yang tidak hadir...atau yang ditapau untuk yang ada di rumah. Diperbolehkan untuk menapau tetapi biarlah selepas majlis berakhir dan penganjur mengumumkan, diperbolehkan untuk tapau mana² yang terlebih dari membazir. Bukan kita sewenang-wenangnya menapau untuk diri dan keluarga, langsung menafikan hak orang lain...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol