Kalaulah punch kad hanya sekali sehari

Setiap pagi berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin pengetik atau perakam kedatangan. Sebelum jam 8 bagi penjawat awam dan sebelum jam 9 bagi staf swasta. Itu waktu standard bagi mereka.

Adakah majikan pernah sedar dan membuat kajian, berapa ramai yang mengetik sebelum jam  8 pagi dan kemudiannya hanya duduk di meja kerja mulai jam 8.30 pagi atau lebih lewat lagi?



Pernahkah majikan membuat sebarang kajian berapa ramai staf yang terpaksa memandu laju hampir setiap pagi, melanggar beberapa peraturan seperti had laju dan lampu merah, hanya semata² untuk menyelamatkan kedatangannya daripada tercalar?

Mungkin pelaksanaan sistem ini perlu dikaji semula. 

Tetapi kadangkala aneh kerana ada juga staf penjawat awam yang tidak perlu mengetik untuk merakam kehadiran mereka pada waktu masuk dan pulang. Mereka hanya perlu mengetik sekali sahaja sebagai menandakan bahawa mereka wujud di pejabat mereka. Dan ini adalah benar. Bukan dongeng orang dahulu kala.



Sekiranya staf biasa dibenarkan mengetik hanya sekali sahaja, maka antara kebaikan yang bakal diperoleh ialah :-

1. Staf akan menjadi lebih berintegriti - tidak perlu berpura-pura merakam waktu masuk sebelum jam 8 dan kemudian hilang sehingga jam 10 pagi;

2. Waktu bekerja tetap bermula jam 8 pagi tetapi ini tidak bermakna staf PERLU hadir sebelum jam 8 pagi, kecuali untuk tugas kritikal yang melibatkan kaunter dan urusan rasmi lain yang memerlukan;

3. Staf tidak tertekan untuk mengejar waktu mengetik masuk jam 8.00 pagi;



Namun antara keburukannya pula adalah :-

1. Staf akan masuk ke pejabat sesuka hati tanpa mengira waktu sepatutnya - kalau kena ketik kad jam 8.00 pun kemudian sukar ditemui, apalagi jika langsung tidak mengetik kad sebelum jam 8.00!!!

2. Sukar untuk mengira bayaran kerja lebih masa. Staf yang mengaku melaksanakan kerja lebih masa sukar untuk dibuat bayaran kerana masa kerja tidak dapat dikesan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, penyelia perlu mengambil tindakan sewajarnya dan pada ketika ini, penyelia memainkan peranan yang amat besar.



Walau bagaimanapun, penulis menyokong penuh pelaksanaan kerja dengan hanya direkodkan sekali sahaja kehadiran staf agar staf mampu belajar menjadi seorang yang berintegriti. Kawalan iman dan akhlak yang ampuh sahaja yang mampu menjadikan staf lebih dinamik dan progresif...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol