Pejabat kosong : ada isu ke?

Masuk ke pejabat sekitar jam 8.15 pagi....suasana masih lengang. Tiada seorang pun staf yang kelihatan kecuali si pembuka pintu sahaja. Kebanyakan sedang menikmati sarapan pagi.

GAMBAR HIASAN

Menjelang jam 8.45 baharulah muncul wajah-wajah penghuni tetap pejabat berkenaan untuk memulakan kerja saban hari sehingga jam 5 petang.
Sekitar jam 1 petang, suasana kembali suram. Penghuni pejabat akan muncul semula sekitar jam 2 ke 2.30 petang.

Fenomena ini tidak diambil peduli oleh penguasa pejabat. Baginya, cukuplah jika kerja siap.

GAMBAR HIASAN

Masuk ke pejabat yang lain, seawal jam 8 tepat, penghuni pejabat sudah berada di hadapan pc. Sama ada sedang memulakan kerja, menyemak e mail atau up date FB itu bukan persoalan pokok. Yang penting jam 8 tepat, sudah berada di hadapan PC.

Ada juga dikalangan staf di pejabat tersebut yang mengamalkan waktu masuk kerja ikut iklim bank. Jam 9 barulah muncul. Tapi hairan. Apabila disemak pada kedatangan, diketik sebelum jam 8 pagi setiap hari tanpa kecuali.

Seawal jam 12, pekerja ala bank tadi kerap menghilangkan diri dengan multi alasan. Sehingga selepas jam 2.30 maka baharulah muncul kembali. Namun, tepat jam 5 petang, sudah berada di hadapan mesin pencatat waktu untuk mengetik keluar pejabat. Ironinya, staf ala bank ini mampu pula menjadi penyebuk apabila dilihat rakan2 yang biasa datang awal dan terpacak di pejabat saban masa, tiba2 menghilangkan diri atau bermain silap mata.....

Ada juga kalangan staf yang memang setia dihadapan PC seawal jam 8 pagi, namun selepas jam 9 hilang untuk makan pagi dan seterusnya kerap hilang tanpa dapat dikesan. Kadang2 sahaja staf seumpama ini akan ada di pejabat dan pada pandangan rakan sepejabat, itu satu fenomena luar biasa tetapi bukan luar tabii. !!

Namun yang agak aneh, perlakuan ini tidak pernah mendapat keteguran dari pihak yang memegang kuasa...

Diantara dua keadaan pejabat yang disiarkan ini, pada pandangan penulis, adalah lebih baik pada pejabat yang pertama. ,meskipun mereka gagal hadir awal, tetapi kerja mereka beres. Mereka boleh ditemui dengan mudah di kerusi dan meja mereka selepas jam 8.45, sebelum jam 1 dan selepas jam 2.30 petang. Mereka bukan jenis yang suka membuat aksi silap mata pejabat. Kerja tip top dan mengkagumkan...berbanding pejabat yang menampung beban staf yang ala-ala pegawai bank namun tiada sebarang output yang diberikan untuk satu hari. Kalau adapun, mungkin seminggu tidak mencapai 30% pun....

Pejabat Penguasa Agung satu ketika dahulu agak gemar memerangkap pejabat yang berkeadaan seperti pejabat pertama yang diceritakan. Mereka suka datang dan bertanya-tanyaan  kepada yang ada kemana gerangan yanh belum muncul? Jika jawapannya hanya seqadar pergi minum, maka ia mungkin mengundang bala.


Namun untuk fenomena pejabat kedua, jarang sekali pihak pejabat tersebut mahu mengadakan rondaan dan serbuan. Selalunya pihak yang kerap melakukan kesalahan jarang sekali tertangkap. Namun yang sekali sekali atau cuba-cuba hendak menyalahi peraturan sesekali, itulah yang kerap ditangkap...


Ya....walau jam berapapun hendak masuk ke pejabat, pastikan bahawa anda mudah untuk dihubungi melalui perantara mudah capai terkini. Ini dah lah susah hendak duduk di meja kerusi sendiri. Pabila dihubungi melalui telefon, sukar untuk dijawab. Pabila dihantar mesej pesanan ringkas, juga tidak dibalas. Dihantar pula mesej melalui kemudahan Whats Up...pun tiada tanda dibaca...


Maka apa maknanya juga kalau setiap pagi masuk jam 8 ... keluar jam 5...tanpa sebarang produktiviti? Hanya duduk update FB dan baca dinding rakan maya. Surat yang disuruh taip mengambil masa dua minit menjadi dua minggu untuk disiapkan. Di hujung tahun, tatkala sang penilai merendahkan markah, maka dibukakan kisah ke seluruh maya pada melalui perantara Muka Buku. Kunun bos tidak prihatin. Kunun bos tiada rasa ehsan di dada. Namun pekung sendiri terlupa untuk dijaga.

Maka untuk itu bersederhanalah. Cubalah untuk masuk ke pejabat seawal mungkin. Kalaupun terpaksa untuk berurusan diluar, pastikan anda senang untuk dihubungi oleh pihak pejabat. Jika boleh, tinggalkan pesanan awal bahawa anda ada urusan di luar. Jangan sesekali jadikan kebiasan untuk masuk lewat ke pejabat. Nanti kita bakal dicop sebagai pencuri tulang. 

Wallahu a'lam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol