Antara kuda kepang, tarian dan walimah
Hujung minggu penulis berpeluang menghadiri sebuah majlis walimah yang diadakan di dewan berlokasi pusat bandar mukim di tengah-tengah negeri gapura selatan. Suasana agak lembab dek kerana hujan yang turun sekali-sekala dalam kuantiti yang agak rendah.
Mencari parkir kereta juga menyebabkan penulis terpaksa membuat dua kali pusingan baharulah dipertemukan dengan lokasi yang agak sesuai dan selamat pada pandangan penulis.
Sebaik masuk ke dalam dewan yang bersuasana suram, gegendang telinga menangkap satu bunyi rentak yang seakan familiar sebelum ini. Tanpa perlu membuat siasatan lanjut, penulis hanya terus menuju ke lokasi hidangan makanan berbantuk buffet dan langsung mengambil pinggan untuk meletakkan nasi dan lauk pauk. Kelihatan juga lauk pauk yang sudah seakan ditinggalkan tanpa penjagaan. Mungkin kerana waktu sudah beransur petang maka pihak penyaji makanan mengambil keputusan untuk tidak lagi memperbaharui hidangan yang hampir habis.
Mencari-cari lokasi untuk duduk makan juga mungkin menjadi satu masalah kerana hampir kesemua meja bulat yang disediakan sudah dipenuhi kuotanya oleh hadirin. Akhirnya, dapat jua melabuhkan punggung selepas hampir 15 minit berdiri menunggu giliran untuk makan...
Di atas meja, disediakan dengan dua batang lilin besar yang boleh kita dapati di lokasi ibadah kaum bukan islam. Tatkala baharu hendak menyuap suapan ke dua, juru acara telah mengumumkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas persembahan kuda kepang sebentar tadi.
Ya....lantunan bunyi itu tadi datangnya dari persembahan kuda kepang. Meskipun Majlis Fatwa Negeri Johor telah mengumumkan akan pengharaman tarian ini (rujuk http://mufti.johor.gov.my/images/uploads/dokumen/terbitan/fatwa_kuda_kepang.pdf) namun ianya masih diamalkan secara meluas khususnya di tapak penemuannya, negeri gapura selatan. Nasib fatwa ini adalah sama dengan fatwa² lain seperti pengharaman vape oleh mufti Wilayah Persekutuan, (http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=465:irsyad-fatwa-ke-63-hukum-penggunaan-rokok-elektronik-vapor&catid=48&Itemid=333) dan juga pengharaman shisa (http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=460:hukum-menghisap-shisha&catid=48:irsyad-fatwa&Itemid=333)
Ada lagi yang lebih menarik dalam majlis tersebut. Tatkala penulis bergerak bersama isteri dan anak untuk menikmati ais krim, ada pengumuman dari pihak pengacara agar bapa dan ibu saudara pengantin bergerak ke hadapan. Kemudian, lagu tarian ala indonesia pun dimainkan. Rupa-rupanya bapa dan ibu saudara pengantin dipaksa menari bersama di hadapan khalayak. Insiden itu berlangsung kira² 10 minit..
Ini majlis pertama yang dihadiri penulis mengandungi dua larangan iaitu kuda kepang dan tarian bersama pasangan. Dah macam sehati berdansa pula...
Apakah faedahnya kepada pengantin?
Hanya menjadi kenangan manis...
Apakah faedahnya kepada hadirin?
Ada yang gembira...seperti wajah dua orang anak gadis yang kelihatan teruja melihat persembahan tarian di tepi lokasi pengambilan ais krim percuma
Ada yang tiada rasa apa-apa..
Ada yang menyampah juga ...
Ya Allah...
Majlis perkahwinan terkini semakin jauh menyimpang. Rindu akan kritikan al alamah Ustaz Ismail Kamus terhadap majlis² perkahwinan ...
Wallahu a'lam
Ulasan