Paradigma Tauhid : Keliru dan Salah Faham
Paradigma tauhid adalah batu asas yang diletakkan oleh Rasulullah SAW dalam mendepani masyarakat kuffar di Makkah. Keadaan masayarakat Makkah sewaktu diutus Muhammad Rasulullah SAW adalah bergelumang dengan paradigma kesyirikan dengan pemujaan terhadap nafsu dan material dengan berselindung di sebalik nama al Latts dan Al Uzza. Paradigma kesyirikan yang dipimpin oleh Abul Hakkam (sebelum peperangan Badar) serta pimpinan quraisy yang lain seperti Abu Sufyan (Sebelum Fathul Makkah) yang telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat elit makkah pada era tersebut telah membuahkan kebobrokan dan kebejatan moral ketara di kalangan masyarakat dengan berleluasanya fenomena pembunuhan bayi perempuan, pemerdagangan manusia, pelacuran, penindasan terhadap kaum yang lemah dan pelbagai lagi.
Secara mudah, gagasan paradigma tauhid yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah SAW merupakan asas keimanan dan keyakinan manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t (surah al-Ikhlas, ayat 1-3). Mengajak manusia mengakui bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta, Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini (Tauhid Rububiyyah). Dengan itu, Dia sahajalah yang wajib disembah dan ditaati (Tauhid Uluhiyyah).
Berasaskan kepada kedudukan tauhid yang menjadi batu asas kepada kehidupan insan, maka ia diletakkan sebagai falsafah atau acuan kehidupan yang berteraskan kepada Islam, kerana hanya Islam sahajalah satu-satunya agama yang mengesakan Tuhan, tidak yang lain. Maka apabila berbicara mengenai paradigma tauhid, Islam sahaja jalan sebenar yang menuju kepada tauhid yang hakiki.
Apabila tauhid diletakkan sebagai tunjang falsafah atau misi dalam kehidupan atau sesebuah organisasi, maka ianya merupakan satu pendekatan yang meletakkan aspek Rabbaniyyah (Ketuhanan) sebagai paksi atau tunjang yang secara tidak langsung telah menyetujui bahawa Islam dijadikan sebagai asas bagi segala aktiviti berkaitan. Apabila tauhid ini dijadikan tunjang kepada misi sesebuah organisasi misalnya, maka segala aspek lain seperti fiqh dan akhlak akan bernaung di bawahnya, yang membawa natijah bagi segala usaha yang bersangkutan dengan pembangunan sama ada fizikal, mental, keilmuan, politik, dan segala ruang lingkup kehidupan dan aktiviti harian adalah berteraskan atau selari dengan kehendak Islam itu sendiri sebagai jalan tauhid sebenar.

Perletakan tauhid sebagai tunjang kehidupan berteraskan Islam ini adalah berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud “(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedangkan Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dialah Yang mentadbirkan segala-galanya.” (al-An‘am: 101-102)
Tujuan diletakkan tauhid sebagai tunjang berteraskan Islam itu adalah bagi menjadikan pembangunan kehidupan yang diuruskan itu berada dalam lingkungan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah s.w.t (surah al-Nahl ayat 36); tidak terpisah dari tujuan beribadah kepada Allah s.w.t. (surah al-Dhariyat, ayat 56); mematuhi dan menuruti segala peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t (surah al-Isra’, ayat 23-24); dan sentiasa mengesakan Allah s.w.t (urah al-An‘am, ayat 151-153).
Oleh yang demikian apabila kita mengatakan dengan berani bahawa kita ini berada di bawah naungan paradigma tauhid, maka sudah barangpasti tugas pihak yang mempunyai autoriti memastikan bahawa organisasi pimpinan beserta warganya mampu diurus dan dibawa mematuhi kehendak Al Quran sebagaimana yang digariskan dalam surah² yang diletakkan di atas ini, iaitu :-
1. kepatuhan dan ketaatan mutlak kepada Allah - maka tiada lagi sebarang kepatuhan sesama makhluk, tiada ketaatan terhadap perintah berunsur maksiat, tiada wujud lagi perkara lagha di kalangan warga oragnisasi, tidak timbul sebarang persoalan syak berkaitan hukum dalam melaksanakan perintah dan arahan dan sebagainya. Kepatuhan yang diberikan terhadap arahan-arahan adalah didasari kepada ketaatan kepadaNya. Maka apabila seseorang diarahkan untuk merencanakan konsert mega misalnya, maka mudah sahaja yang diarahkan menolak dengan penuh hikmah bahawa ianya bukan dari bentuk yang diredhai olehNya...
2. Tujuan tidak terpisah daripada ibadah kepadaNya - Tujuan setiap aktiviti dan pekerjaan yang dilaksanakan termasuk pembangunan, penggalian ilmu, penyelidikan, pembentukan sahsiah dan sebagainya adalah untuk pengabdian kepadaNya. Maka tiada timbul soal untuk mencari keuntungan dan keglamouran peribadi, tidak timbul soal untuk mengejar pangkat, tidak timbul soal memijak orang lain, tidak timbul soal rasuah dan sebagainya kerana setiap pekerjaan yang dilakukan hanya untuk tujuan pengabdian kepadaNya semata ....
3. Mematuhi dan menuruti segala peraturan yang ditetapkan Allah s.w.t - Apabila ditetapkan berkaitan paradigma tauhid, maka segala aktiviti dan pelaksanaan yang berkaitan perlu selari dengan peraturan yang telah ditetapkan. Maka tidak mungkin akan ada anasir² yang tidak selari dengan peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya yang wujud.
4. Senantiasa mengesakan Allah - Ianya dalah satu perkara utama yang menjadi tunggak utama. Oleh yang demikian, tiada wujud anasir² syirik dalam mendaulatkan tauhid sebagai asas. Oleh yang demikian, ia tidak bermakna organisasi yang berkaitan menolak kepada kepelbagaian anutan dan fahaman agama. Sikap toleransi agama tetap menjadi salah satu cabang yang utama dalam usaha mewujudkan keharmonian kehidupan bermasyarakat yang juga menjadi tuntutan Islam. Namun, tiada kompromi terhadap sebarang anasir yang dilihat bersalahan dengan tuntutan tauhid dan mengarah kepada syirik seperti kepercayaan karut, merayakan majlis khurafat dan sebagainya. Tiada sebarang kompromi terhadap kepercayaan kepada bomoh hujan misalnya untuk menahan atau mengalih hujan bagi menjayakan majlis yang bercampur aduk diantara doa dan maksiat yang tidak jelas dan sebagainya.
Wallahu a'lam.
Ulasan