Aku memikirkan tentang darah haid semasa solat tadi.....

Suatu ketika, Al Imam Al Ghazali menunaikan solat berjamaah bersama ibu dan adiknya. Seusai solat, sang ibu berkata,

"Saudaramu tadi telah mufaraqah dari solat...."


Terfikir sejenak sang imam, mengapa saudaranya bermufaraqah darinya..adakah kerana kesilapan dirinya selaku imam solat atau ada sesuatu yang lain kerana masalah peribadi?

Maka dipertanyakanlah oleh si abang akan adiknya perihal mufaraqah akan dia dari berjamaah sebentar tadi. Pada awalnya sang adik tidak mahu menjawab. Namun setelah didesak dan diasak beberapa ketika, adik lalu mengalah dan menceritakan,

"Tadi aku melihat pakaianmu berlumuran darah..maka aku meningglakanmu...."

Wah....bila masa pula pakaiannya berlumuran darah? Setelah difikir sejenak, maka baru ia teringat, ketika solat tadi, dia terfikir bahawa ibunya yang sedang solat bersamanya adalah wanita biasa. Bagaimana kalau ketika sedang solat tiba-tiba keluar darah haid, adakah batal solatnya?

Adakah kerana fikiran yang melintas itu diketahui oleh sang adik...

"Siapakah gurumu wahai adikku? Ternyata kamu lebih tinggi maqam dan darjatmu di sisiNya..?

Seperti tadi, pada awalnya, sang adik juga enggan untuk memberitahu. Tatakala itu, Al Ghazali merupakan salah seorang tenaga pengajar di Universiti Nizamiyyah Baghdad, salah sebuah institusi terkemuka dalam daerah kota keagungan dan kemakmuran Islam tatkala itu. Mungkin kalau diukur kini, boleh jadi Al Ghazali tatkala itu sudah berpangkat Profesor...

Berbalik kepada kisah tadi, setelah didesak beberapa kali, maka sang adik pun mengalah...

"Guruku hanya seorang tukang kasut di hujung kota Baghdad..."

Maka bersegeralah Al Ghazali mencari sang guru yang dimaksudkan. Setelah beberapa ketika, maka bertemulah ia dengan tukang kasut tersebut...

"Wahai guru...bolehkah aku ini menjadi muridmu.?" Tanpa sabar selepas berbual beberapa ketika, terus sahaja dinyatakan akan hajatnya.

Dengan agak terperanjat, sang guru berkata, "Bagaimana mungkin seorang tukang kasut boleh menjadi guru kepada seorang ilmuan terbilang di kota ini?"

Al Ghazali terus mendesak dan mendesak serta merayu, hingga akhirnya si tukang kasut pun mengalah lantas memberikan syarat..

"Sebutkan sahaja apa syaratnya, asal aku boleh menjadi anak muridmu..."

"Di belakang rumahku ada kandang kuda. Engkau perlu membersihkannya terlebih dahulu..."

Dengans senang hati, Al Ghazali berjalan menuju ke lokasi kandang kuda yang dimaksudkan oleh si tukang kasut. Dalam perjalanan itu, terlintas di fikirannya..

"Aku ini seorang ilmuan besar di Nizamiyyah. Bagaimana kalau tatkala aku sedang membersihkan kandang tersebut ada yang terpandang akan aku? Tentu malu jadinya..."

Namun dia terus meneruskan langkanya. Belum sampai ke lokasi, si tukang kasut telah memanggilnya kembali...

Sebaik tiba menyahut seruan si tukang kasut,

"Engkau belum layak untuk menjadi muridku..."

Maka pulanglah Al Ghazali dengan hampa. Keesokan harinya, Al Ghazali kembali lagi menemui si tukang kasut. Dia sekali lagi merayu dan memohon agar diperkenankan menjadi muridnya. Si Tukang kasut memberikan syarat yang sama.

Tatkala dia berlari menuju ke kandang kuda, terlintas lagi di fikirannya

"Aku memakai baju putih hari ini. Kalau aku bersihkan kandang kuda, tentu habis pakaianku kotor.." Belum pun habis menamatkan lintasan tersebut, sudah kedengaran suara si tukang kasut melaung memanggil namanya. Seperti semalam, dia kembali mendapatkan si tukang kasut...


"Engkau belum layak untuk menjadi muridku..."

Al; Ghazali pulang kembali ke rumah dengan sesalan yang besar. Semalaman dia memikirkan mengenai dirinya. Akhirnya dia bertaubat dan membersihkan segala sifat bangga diri dan membesarkan diri serta membesarkan makhluk...

Keesokan harinya, dia kembali menemui si tukang kasut, "Nah hari ini kamu sudah layak untuk menjadi muridku..."

Dan sejak daripada hari itu, Al Ghazali mula condong kepada perjalanan tasawwuf. Sebelum itu, Al Ghazali disibukkan dengan pembelajaran falsafah...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol