Bila harga petrol menurun

Sekitar jam 1.05 pagi, penulis membawa kenderaan masuk ke sebuah stesen pam minyak. Sebaik turun dan menghulurkan not RM100.00, penulis bertanya, "minyak turun ke?"
Si gadis penjaga stesen hanya mengangguk dan tersenyum....

Kalau ikut apa yang dipaparkan dan diviralkan di media sosial siang tadi,dinyatakan bahawa petrol akan turun sebanyak 20 sen menjelang tengahmalam 1 Mac 2016.

Bersegera penulis menuju ke pam dan menarik keluar penutup petrol kereta lantas memasukkan pam berupa pistol itu ke dalam mulut lohong petrol kereta. Terpapar di skrin harga terkini RM1.65...kurang 10 sen daripada hari sebelumnya...Ya...minyak turun lagi...

Sebaik selesai mengisi petrol, penulis masuk ke tempat duduk pemanduan dan menutup pintu lantas meneruskan perjalanan pulang ke rumah. 

Terbayang di kotak pemikiran penulis, kalaulah esok semua harga barang turun tentu seronok. Penulis cuba membayangkan akan harga kuih yang biasanya RM2.00 untuk lima ketul bertukar atau kembali kepada RM1.00 tiga ketul. Seronoknya jika harga mee goreng di pasar malam yang pada tahun sebelumnya hanya RM2.00 tetapi telah naik RM0.50 lagi tiba-tiba pada minggu hadapan telah kembali ke harga asal...


Sekarang jika membawa RM50.00 ke pasar malam hanya mampu membeli empat bungkus makanan berupa nasi goreng kosong, sebungkus nasi lemak ayam goreng, dua bungkus air, sebungkus bubur dan hanya berbaki RM20 sahaja...Kalau sebelum ini rasanya boleh tambah lagi dengan buah-buahan dan yong tau fu...termasuk jagung rebus, baki masih RM20 juga

Harga petrol turun, pengusaha petrol akan bersungut...rakyat bersyukur, namun para peniaga masih mengaut untung. Dulu naik harga barang atas alasan petrol naik. Kini selepas beberapa kali diturunkan, harga barang masih di takuk lama juga...

Pemerintah seolah tidak mempunyai kuasa langsung untuk mengawal harga barang. Agak pelik kerana meraka memiliki sebuah kerajaan tetapi seolah hilang kawalan terhadap tindakan para peniaga yang gila dan tamakkan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial. 

Apalah gunanya dibangunkan sebuah pasar yang gak bangunannya, namun peniaganya tamak dan gila keuntungan, manakala pemerintah hanya tahu memberi amaran sahaja tanpa sebarang tindakan yang lebih drastik...

Apa khabar petrol di Brunei?



Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol