Hari ini dalam sejarah
16 Mac 2016 merupakan tarikh keramat kelahiran blok pakatan baru pembangkang dengan termeterainya persefahaman antara Parti Agama dan Parti Ikatan - yang merupakan juga serpihan parti pemerintah yang dipimpin oleh salah seorang bekas menteri kabinet zaman keemasan pemerintahan pemerintah.
Pemimpin Parti Agama dalam menyifatkan pakatan itu menyebutkan sebuah pakatan pembangkang yang tidak bersifat agresif.
"Menyokong kerajaan dalam perkara kebaikan...dan menentang sekiranya berlaku yang tidak baik.."
Pimpinan Ikatan juga menyatakan persetujuan mengenai hudud yang belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
"Pembentangan di parlimen adalah untuk memperkukuhkan mahkamah syariah sahaja.." antara intipati petikan wawancara dengan presiden ikatan.
Bagaimana parti agama rela mendiamkan hudud yang menjadi asas perjuangan tika ingin bermutaah dengan ikatan namun mewar-warkan pelaksanaannya sejurus sebelum muktamar dan pemilihan agung serta menjadikannya bahan untuk membakar kemarahan DAP, rakan mutaah yang telah ditalak untuk kali kedua?
Apakah sebenarnya yang diingini oleh parti agama ini?
Adakah perkahwinan mutaah dengan IKATAN seqadar untuk menunjukkan jaguhnya kepada Pakatan Harapan, atau serpihannya, Amanah? Ataukah untuk menutup malu kepada jandanya DAP yang dua kali tertalak selepas dua kali mutaah?
Parti agama juga menolak untuk menyokong deklarasi rakyat tempoh hari. Mungkin pada firasatnya, dilihat deklarasi ini terlalu lemah untuk menjatuhkan seorang PM. Jadi mungkin ianya hanya sebuah retorik seorang pimpinan purbawara semata-mata. Oleh itu, untuk turut sama terlibat seolah membuang masa sahaja. Namun kemunculan beberapa pimpinan dari parti tersebut yang sanggup semeja dengan rakan² pembangkang lain serta tokoh yang menjadi lagenda kepada penentangan berterusan mereka dilihat secara lebih terbuka oleh timbaalan presiden parti agama yang menyatakan bahawa mereka mendapat perkenan khas dari tuan presideng...
Jalan semakin berliku untuk parti agama. Namun, dalam politik segalanya boleh berubah. Moga kelak di saat akhir sebelum pilihanraya umum, segalanya berubah. Moga kemunculan pemimpin yang mampu menyatukan mereka segera berlaku kembali.
Deklarasi rakyat tidak lebih daripada 'ugutan' seorang tua terhadap anak didiknya semata-mata, tidak lebih dari itu. Tun tentu sahaja lebih arif dengan sepak terajang politik dalaman parti pemerintah dan juga negara. Mungkin sahaja deklarasi itu adalah sebagai satu umpan untuk melihat sejauh mana kekuatan pembangkang sebenarnya...
Parti agama ini juga akhirnya terpaksa akur dalam sistem demokrasi Malaysia, undi daripada non muslim adalah penting untuk menjayakan sebuah kemenangan. Oleh kerana itu, mereka tidak pernah meninggalkan PKR yang berbilang bangsa penganutnya. Namun entah mengapa, mereka tidak pernah mahu untuk terus bersama dengan DAP. Ku Li pernah menyatukan kedua-dua parti ini tetapi dalam keadaan yang tidak begitu selesa. Ada kemunkinan situasi yang sama akan berulang untuk pilihanraya ke 14 kelak.
Walau bagaimanapun...tahniah kepada parti agama. Nampaknya jalan mereka semakin jauh berundur ke belakang. Mungkin mereka akan kembali seperti asal di tahun-tahun 80an dahulu...Jika mereka masih mahu beruzlah sendiri menuju PRU 14. Hanya Tuhan sahaja yang tahu...
Wallahu a'lam

Ulasan