Meluat lah dok pejabat nih....
"Tak best la dok kat pejabat nih.."
Kita terbiasa mendengar rungutan yang seumpama ini dari rakan-rakan sepejabat, khususnya yang baru dipindahkan ke pejabat baru. Biasanya apabila staf yang sudah berakar umbi (istilah penulis untuk staf yang duduk terlalu lama disesebuah pejabat), apabila dipindahkan ke jabatan lain, akan dapat merasai aura yang berbeza. Jika sebelum ini dia berada di pejabat yang sangat menyamankannya, maka apabila dipindahkan ke pejabat lain yang agak kurang nyaman, rakan yang berbeza, saiz pejabat yang berbeza dan kepelbagaian perbezaan lain akan dapat merasai pelbagai rasa kurang enak.
Ada kalanya rasa kurang enak itu akan sedikit demi sedikit hilang apabila rakan-rakan yang sedia wujud di pejabat baru dapat disekufukan. Namun ada juga kalanya perasaan itu semakin hari semakin mendongkol, ditambah dengan pelbagai perisa rakan² baru yang kelihatan jelik. Apabila perasaan kurang enak itu semakin gagal dikawal, maka akhirnya akan meletusnya segala apa yang dipendam.
Menurut pakar-pakar motivasi, seperti Prof Muhaya sebagai dipetik dalam kata-katanya di dalam sedutan kapsul di Ikim.fm, apabila kita dipertemukan, atau ditempatkan di kalangan orang² yang berbeza dengan kita, mungkin menjelikkan, maka adalah itu merupakan kehendakNya jua dan tentunya kita ini tergolong dari salah satu keadaan berikut;
a. kita 'diutus' sebagai orang yang akan membawa perubahan di kalangan manusia tersebut. Mungkin di pejabat baru, kita sebenarnya dihantar olehNya untuk membetulkan keadaan yang tidak berapa betul atau lurus yang berlaku, maka bersyukurlah kerana kita ada misi besar di situ;
b. Sebagai satu kaedah pengampunan dosa dan mengangkat darjat kita di sisiNya. Apabila kita menemui orang yang kita rasakan kurang betul, kurang baik, kurang berakhlak, kurang itu dan ini, maka kita sebenarnya perlu menilai diri kita, apakah sebenarnya kita ini lebih baik dari mereka atau sebenarnya lebih teruk dari mereka. Kita berada di situ adalah sebagai ujian dariNya untuk melihat siapa kita sebenarnya;
c. Atau sebenarnya kita adalah setaraf dengan mereka dan oleh itu kita dihantar agar menyertai mereka, dan ini adalah kategori yang paling buruk.
Bersyukur kerana masih ketara mendapat nikmat dariNya. Berjuanglah sekiranya kita rasa ada perkara salah yang perlu diperbetulkan. Pedulikan akan kata nista yang mungkin terhambur oleh rakan baru kerana Nabi SAW diuji dengan lebih berat dari tu, dituduh gila, ahli sihir dan sebagainya, tapi baginda teruskan dakwah untuk memperbetulkan kaum quraish pada masa itu..
"itukan Nabi...kita biasa je..bukan nabi..."
Kalau kita tidak mahu mencontohi Nabi, manusia biasa yang berkelakuan seperti manusia juga, berjalan di pasar, makan, minum, ketawa, tersenyum, tidur dan sebagainya. Bukankah nabi itu diutus untuk menjadi ikutan yang baik kepada umat?
Wallahu a'lam
Ulasan