Kalau hadir mesyuarat kena buat perkara ini!!
Mungkin ada di kalangan kita yang biasa hadir untuk mesyuarat. Sama ada sebagai wakil bos, ataupun sebagai wakil pejabat, ataupun selaku wakil organisasi, ataupun sememangnya itu merupakan tugas hakiki kita.
Tidak dinafikan ramai di kalangan kita yang kurang gembira untuk hadir mesyuarat. Lebih-lebih lagi jika kita dipaksa untuk mewakili bos kita. Bos pula jenis suka berwakil wali tanpa mengira jenis mesyuarat. Kalau mesyuarat tersebut antara orang biasa yang selevel jawatan atau lebih kurang dari kita, atau tinggi sedikit sahaja dari kita, mungkin hati tidak terlalu gusar. Tetapi pabila kita diminta mewakili bos yang dihadiri oleh ketua-ketua jabatan dan dipengerusikan oleh yang nombor wahid dalam organisasi, rasa cemas dan risau juga. Cemas kerana di kalangan ahli mesyuarat, semuanya adalah dari kalangan bos-bos sahaja. Tiada yang berjawatan selevel kita. Kedua, jika ditanya oleh pengerusi akan sesuatu yang diluar jangkaan.Tentu berpeluh seluar untuk menjawabnya.
Apa pun dalam mesyuarat kita akan akan berhadapan dengan pelbagai jenis ahli yang ada. Ada kalangan ahli yang baru beberapa minit mesyuarat bermula, dia juga telah memulakan tidur. Ada di kalangan ahli yang mewujudkan grup mesyuarat sendiri dihujung meja. Ada kalangan ahli mesyuarat yang sibuk melayan gajet semata-mata. Ada dikalangan ahli mesyuarat yang kelihatan seperti menekuni agenda, tetapi sebenarnya kepala dan fikiran melayang entah ke mana. Ada ahli mesyuarat yang gemar bercakap. Hanya idea dan buah fikirannya sahaja yang dilontarkan apabila pengerusi meminta pandangan. Ada ahli mesyuarat yang bersikap bodek pengerusi. Tidak sudah memuji dan membesarkan sang pengerusi. Ada juga ahli mesyuarat yang hanya duduk diam membantu dan mendengar semata-mata.
Dalam pelbagai watak yang dikenalpasti, penulis teringat akan pesanan bos penulis.
"Jika kami hadir mesyuarat sekurang-kurangnya kena lakukan salah satu dari dua perkara ..."
"Sama ada kita bertanya soalan ... ataupun di akhirnya kita bersalaman dengan pengerusi mesyuarat sebelum kita melangkah keluar dari bilik mesyuarat"
"Untuk apa agaknya bos?"
"Supaya pengerusi sedar akan kehadiran kita..."
Idea itu mungkin kelihatan seperti membodek. Tetapi selepas di amalkan oleh penulis untuk beberapa siri mesyuarat. Ianya bukanlah untuk membodek. Ianya lebih kepada mewujudkan satu bentuk perkenalan akalau tidak sebuah hubungan. Agar pengerusi mesyuarat tahu siapa kita. Mungkin sepanjang mesyuarat, sang pengerusi tertanya-tanya siapakah kita yang hanya duduk membatu di sudut. Apabila sebelum melangkah pergi kita dapat bersalaman dengannya, sekurang-kurangnya dia akan tersenyum dan kita akan berbalas senyuman, Bukankah itu akan membekalkan pahala?
Wallahu a'lam
Ulasan