Melaka...Disini Segalanya bermula..
Tajuk yang agak menarik. Sebenarnya penulis berpeluang untuk menyertai hari keluarga anjuran organisasi orang rumah. Lokasi adalah salah sebuah hotel atau resort di Melaka. Kami memulakan perjalanan sekitar jam 9.15 pagi dan menikmati sarapan pagi di warung tepi jalan dalam kawasan Ayer Hitam. Warung ini menawarkan sate selaku sarapan di pagi hari bersama menu lain seperti lontong, mee rebus dan sebagainya. Sudah agak lama penulis berhajat untuk singgah di warung tersebut namun baru kali ini hajat itu dikabulkan.
Selesai sarapan, kami memecut menuju ke MITC Melaka. Kami tiba sekitar jam 11 pagi di kawasan aktiviti utama untuk acara bowling. Acara tersebut hampir berakhir tatkala kami tiba. Penulis telah kena pau dengan putera penulis dek permainan yang menyilaukan matanya...
Kami kemudian bergerak ke Mydin Ayer Keroh. Ya...itu adalah kali pertama penulis menjejak kaki ke sana. Sebaik menurunkan isteri dan anak², penulis bersegera menuju ke Masjid Alami yang berhampiran. Sempat penulis menikmati rojak buah berharga RM5 dan kemudian masuk untuk mandi sunat di masjid. Kemudian, masuk keperut masjid dengan niat untuk menghabiskan bacaan surah al kahfi yang masih berbaki. Tatkala melangkah masuk, bertemu dengan meja jualan habatuss saudah dan minyak zaitun yang menawarkan harga RM60.00 sebotol. Kedengaran suara kuliah sebelum Jumaat yang disampaikan oleh ustaz yang seperti agak tersohor dan dikenali suaranya.
Sebaik masukm, maka betul tekaan penulis. Ustaz yang sedang menyampaikan kuliah ialah Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang. Seusai menunaikan solat sunat tahiyyat masjid dengan kadar seringkas mungkin, berpeluang mendengar tazkirah beliau. Antara perkara yang disentuhnya ialah pesanan Junjungan terhadap seorang sahabat yang meminta nasihat dari baginda. Baginda menjawab, jangan marah. Maka dipohon lagi tambahan nasihat, maka dijawab oleh baginda, jangan marah, dan dipohon lagi tambahan, maka dijawab juga, jangan marah.
Ustaz memberikan nasihat agar apabila hendak marah, maka segera baca taawuz, mohon perlindungan dari syaitan. Dia membacakan satu kisah dimana seorang lelaki yang pemarah telah disuruh oleh ibunya agar mengetuk satu paku di dinding setiap kali marah. Maka perkara itu dilakukannya. Di hujung hari, dia menghadap ibunya dan mengkhabarkan jumlah paku yang telah dipukul ke dinding. Ibunya menyuruh ia meneruskan lagi sehinggalah selepas beberapa hari, bilangan paku itu semakin berkurangan dan akhirnya dia menghadap ibunya dan berkata, hari ini hanya satu sahaja paku yang diketuk ke dinding. Maka ibunya pula memberi pesanan, selepas ini, setiap kali kamu tidak marah, maka cabutlah satu paku dari dinding tersebut. Perkara ini dilakukannya sehinggalah habis segala paku tersebut dicabut mengikut bilangan peristiwa yang tidak menyebabkan ia menjadi marah. Akhirnya, sang ibu datang ke rumah anaknya itu dan apabila ditunjukkan ke sudut dimana paku tersebut dipaku dan dicabut, ibunya berkata, "Anakku...lihatlah pada bekas-bekas paku itu. Meskipun kamu sudah melupakan kemarahan terhadap seseorang, namun bekasnya masih ada di hati yang kena marah, sama seperti bekas paku di dinding itu..."
Khutbah pada hari itu dibaca oleh beliau juga yang berkisar mengenai kepentingan solat. Alangkah beruntung warga jamaah masjid tersebut disajikan dengan khutbah oleh seorang ulama muda yang bersemangat. Adakah ia boleh berlaku di negeri kelahiran penulis?
Seusai solat, penulis kembali ke Mydin. Di sana, rupanya banyak kedai yang menawarkan pelbagai barangan. Kemudian, kami check in di Puteri Resort Melaka. Acara sukanenka yang dijadualkan sekitar jam 5 petang ditangguhkan dek kerana hujan lebat dan petir berdentum.
Acara malam ialah makan sea food di Umbai Melaka. Ini adalah pengalaman pertama penulis. Sekitar jam 8, kumpulan ini bergerak dengan kereta masing² menuju ke lokasi yang terletak agak jauh dari penginapan. Sebaik tiba di kawasan letak kereta, terpaksa berjalan kaki beberapa meter menuju ke kedai yang telah pun ditempah lebih awal. Kedai terletak paling hujung dan boleh kelihatan laut yang hampir. Ianya menempati kawasan yang agak luas. Menu yang ditempah ialah ikan jenahak, sotong goreng tepung, lala, kerang bakar, sayur, kerabu, telur dan air satu jug. Agak² berapa harganya? Mencecah RM115.00
Acara makan berakhir sekitar jam 11 malam dan kembali ke penginapan.
Keesokkan harinya sekitar jam 7.00 pagi ialah acara sarapan. Kemudian jam 7.45 berkumpul . Anak² penulis telah memulakan aktiviti mandian di dalam kolam. Resort ini menawarkan kawasan kolam mandi yang agak luas dan amat selesa. Acara sukaneka bermula dan berakhir sekitar jam 11 pagi. Kemudian meneruskan acara mandi dan berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.
Selepas zuhur, bergerak menuju ke rumah rakan isteri atas undangan perkahwinan. Kami disajikan dengan alunan ghazal dari negeri gapura selatan. Seusai majlis, kami bergerak kembali menuju ke MP. Kawasan agak sesak dengan kenderaan. Setibanya di ruang legar, lokasi pertama yang dicari ialah tandas!!
Kemudian, kami bergerak ke kedai buku. Tujuan utama untuk membelanjakan baucer buku...beberapa buku yang menarik telah diambil dari rak..
Kami kemudian bergerak balik sekitar jam 10.00 malam. Mata terlalu mengantuk. Luar biasa mengantuknya...terpaksa berhenti di R n R Pagoh. Tidur sebentar dan mencari sesuatu untuk dikunyah...
Syukur, akhirnya selamat tiba di pintu tol keluar sekitar jam 11.30 malam.
Kemudian, kami bergerak ke kedai buku. Tujuan utama untuk membelanjakan baucer buku...beberapa buku yang menarik telah diambil dari rak..
Kami kemudian bergerak balik sekitar jam 10.00 malam. Mata terlalu mengantuk. Luar biasa mengantuknya...terpaksa berhenti di R n R Pagoh. Tidur sebentar dan mencari sesuatu untuk dikunyah...
Syukur, akhirnya selamat tiba di pintu tol keluar sekitar jam 11.30 malam.
Ulasan