Selepas Lapan Belas Hari...

Hari ini merupakan hari ke lapan belas umat Islam melalui bulan Ramadhan. Cuaca di daerah tengah gapura selatan agak hangat. Kakitangan awam di gapura selatan pulang lebih awal dari khamis di luar Ramadhan. Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada staf muslim dan muslimat membuat persiapan awal untuk menyambut iftaar. 

Program² iftaar semakin rancak di adakan di sana sini, sama ada dalam bentuk rasmi mahupun tidak rasmi. Daripada geng motor hinggalah kepada geng koperat, semuanya telah memasukkan jadual iftaar bersama rakan sejawat sekurang² nya sekali dalam era Ramadhan 1437...

Malam seusai iftaar, kelihatan jamaah ini lebih senang berpusu-pusu memakmurkan Ramadhan dengan mengimarahkan bazaar² yang penuh bercahaya dan bergemerlapan, seolah-olah sang kalkatu yang mabuk cahaya. Jamaah masjid kelihatan mula mengecil, tidak seperti minggu awal Ramadhan yang mengembang dengan sangat mendadak!!

Lagu² sambutan syawal semakin bersemarak dengan gema penuh kekuatan dan semangat bagi menarik jamaah ke bazaar yang menjanjikan kepelbagaian jualan. Ada jamaah yang hadir hanya seqadar menjamu mata selepas penat berpuasa di siangnya(?). Ada jamaah yang hadir kerna dipaksa oleh pasangan masing². Ada jamaah yang memang mengambil kesempatan untuk membeli beberapa peralatan dan keperluan guna menyambut tamatnya Ramadhan mubarak...

Mentaliti kebanyak dari kita umat Islam di negara dambaan umat Islam sedunia ini masih sama. Puasa adalah medium untuk menggapai kemeriahan syawal. Tanpa dinafikan,kita sememangnya telah disosialisasikan untuk meraikan detik syawal dengan segala kegembiraan, persiapan dan persediaan semaksimum mungkin. Oleh kerana itulah maka hari raya kita akan dipenuhi dengan kepelbagaian juadah dan kuih muih, berbeza dengan negara² lain...namun di penghujung Ramadhan, masjid negara lain dilimpahi jamaah tetapi masjid kita semakin terasing, mula lesu dan lemah, bahkan kadang kala imam tahfiz yang mengetuai jamaah tarawih sejak malam pertama ramadhan juga mulai beransur dan hilang, diganti dengan imam senior yang seperti hari biasa. Maka momentum jamaah yang mungkin baru hendak berjinak dengan masjid atas asbab terpesona dengan bacaan sang imam tahfiz, mula mengendor dan kembali berpaling ...

Mari kita bawa pemikiran dan semangat baru dalam Ramadhan tahun ini untuk disebar luaskan, agar kita memperuntukkan masa semaksimum mungkin buat menggapai kemeriahan dan tawaran luas lagi luar biasa di sepanjang Ramadhan 1437. 

Siapa tahu, boleh jadi ini akan menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita dan siapa tahu, ianya juga mungkin menjadi Ramadhan terakhir buat kita..

Adakah masih ada Ramadhan buatku esok?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol