Keanehan di syawal
Eid Fitr sekali lagi menjelma buat menggembirakan insan² yang telah selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan. Meskipun realitinya tidak semua umat yang mengaku Islam dapat menyempurnakan puasa penuh selama 30 hari dek kerana alasan uzur, atau malas, atau buat² uzur, namun segala jenis manusia seumpama ini yang kerap mencari² alasan untuk tidak berpuasa sering kelihatan lebih berhari raya daripada orang yang berpuasa penuh.
Sebagaimana yang kerap diceritakan daripada lisan para asatizah, para sahabat Rasulullah SAW menjelang akhir Ramadhan tidaklah mereka disibukkan dengan agenda untuk balik kampung ke Makkah untuk berhari raya. Tidak pula disibukkan dengan acara memasak rendang atau juadah untuk menyambut hari raya. Tidak pula mereka itu menjadi sibuk berbicara mengenai mengaut keuntungan perniagaan menjelang syawal, atau untuk mengadakan lelong di malam hari raya. Para sahabat akan disibukkan dengan menggandakan amal ibadah dan merintih merayu kesedihan disebabkan oleh perginya kekasih mereka yang bernama Ramadhan yang mengandungi kepelbagaian keistimewaan yang tiada sepertinya di bulan² yang lain, hingga Nabi SAW menyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud, "Kalaulah sekiranya kamu tahu akan keistimewaan Ramadhan, nescaya kamu akan mengharapkan Ramadhan itu untuk sepanjang tahun"
Selepas ribuan tahun Nabi SAW dan para sahabat yang mulia meninggalkan kita, maka umat menjadi terumbang-ambing tanpa haluan. Meskipun muncul beberapa mujaddid sebagai penyuluh jalan sepanjang zaman, namun umat, khususnya yang berada di akhir zaman, atau fasa ke empat ini menjadi semakin jauh daripada petunjuk dan sunnah Nabi SAW. Maka muncullah golongan² yang menjadikan budaya hendonisme sebagai satu asas budaya yang wajib dilaksanakan bahkan telah diserapkan atau diasimilasikan ke dalam kebudayaan masyarakat tanpa sedar.
Antara perkara yang paling aneh yang berlaku pada pagi 1 syawal ialah perbezaan ketara jumlah jamaah solat Subuh dan solat sunat Eid Fitr. Jamaah Subuh di mana² masjid dan surau tetap dan istiqamah dengan bilangan sedia ada pada pagi 1 syawal. Walau bagaimanapun, pada waktu solat sunat Eid diadakan, jamaah yang hadir melimpah ruah sehingga terpaksa dibina khemah dan dibentang pula tikar serta permaidani di luar bangunan rumah Allah.
Alangkah indahnya jika semangat Ramadhan dibawa masuk ke dalam perayaan Syawal dengan menjadikan acara solat sunat Eid sebagai pemankin untuk memperkasakan jamaah solat lima waktu. Cuba kita bayangkan jika masjid dan surau kita dilimpahi jamaah setiap waktu mulai daripada waktu solat Eid!!
Juga antara kepelikan yang berlaku ialah sambutan yang dianggap berlebih-lebihan di kalangan orang-orang yang berada di nusantara ini khususnya. Dengan keperlbagaian hidangan dan rumah terbuka yang semakin melebar sehingga akhir syawal, ianya seolah² atu pesta acara makan² yang seolah hampir tidak berkesudahan
Kita akur bahawa acara memberi makan kepada orang lain adalah merupakan satu acara yang tiada tolok banding akan pahalanya di sisi Tuhan. Anjuran untuk menyediakan makanan kepada orang lain adalah merupakan satu amalan yang mulia. Namun, falsafah utama ialah untuk memberikan makanan kepada golongan yang benar² memerlukan. Itulah sebabnya Junjungan SAW memberikan galakan kepada umatnya untuk menyediakan makanan kepada golongan yang berpuasa hingga menyatakan bahawa pahalanya, iaitu yang memberi makan kepada yang berpuasa untuk berbuka, seperti pahala orang yang berpuasa itu sendiri tanpa mengurangi sedikitpun.
Namun anjuran khusus untuk memberi makan di sekitar syawal kerana membesarkan syawal tidak pula kita dapati dari hadith² yang sahih.
Namun ianya bukanlah sesuatu yang dilarang asalkan tidak berlebih-lebihan dan membazir. Namun, adalah lebih dianjurkan jika jamuan makan ini dibuat di sepanjang Ramadhan.
Wallahu a'lam

Ulasan