Air kembali disekat? Salahkah
Sekatan ke atas penggunaan air, atau biasa digunakan istilah penggunaan air berjadual, mula berkuatkuasa di daerah tengah gapura selatan sejak Ahad lepas. Dengan menggunakan alasan yang sama seperti tahun² sebelumnya, penggunaan air mengikut kawasan disekat penggunaannya selama 36 jam. Walau bagaimanapun, apabila keadaan kembali pulih di kawasan takungan air, maka jadual akan segera ditamatkan dan pengguna dijanjikan dengan limpahan penggunaan air sepertimana biasa.
Meskipun dijadualkan hanya dua daerah sahaja yang terlibat, sebagaimana yang dinyatakan di laman sesawang penguasa air negeri, ianya seolah sesuatu yang kelihatan tidak berapa adil untuk penduduk daerah tengah gapura selatan ini.
Hampir setiap tahun, penduduk daerah ini akan berhadapan dengan masalah catuan air berjadual. Namun ianya seperti tidak pernah diendahkan oleh mana² media massa. Kalau adapun, hanya kisah mengenai kerajaan negeri yang dikatakan akan membuat sekatan dan catuan namun ianya tidak berlaku secara realiti. Tiba² tanpa sebarang hebahan awal, negeri yang menjadi benteng pertahanan terakhir pula yang dijadikan mangsa...
Penulis pernah membuat aduan secara bertulis melalui aplikasi maya terus kepada Yang Berkhidmat untuk DUN yang terlibat. Tetapi sebagaimana biasa, jawapan yang diberikan adalah standard dan dijanjikan apabila empangan yang dijangka siap pada 2017 berjaya dilaksanakan, segala masalah berkaitan akan segera berakhir. Adakah itu sahaja yang mampu dilafazkan bagi menjawab persoalan?
Mengapa tiada tindakan yang benar² padu untuk mengatasi masalah ini? Oleh kerana ianya berlaku hampir setiap tahun sejak 2010, maka sudah sepatutnya pihak yang mempunyai autoriti melakukan suatu pelan tindakan atau blue print untuk mengatasi masalah ini. Ianya merupakan masalah kepada rakyat. Adalah tidak munasabah dengan hanya menyalahkan Tuhan yang kurang menurunkan hujan menyebabkan air tadahan terpaksa dicatu. Bukankah empangan banyak bilangannya di dalam negeri ini hingga boleh pula air yang ada dijual atau dieksport kepada negara luar?
Hanya duduk dan menunggu air kembali pulih...?
Wallahu a'lam
Ulasan