Terhenti-henti....
Sekitar Julai, kami sekeluarga baru sahaja pulang daripada majlis walimatul urus di negeri Hang Tuah. Menjelang Maghrib, tatkala ingin singgah di salah sebuah masjid di tepi jalan, kereta yang dikenderai mula buat hal. Kereta ini bukan kereta lama. Ini kereta yang baru sahaja berusia 3 tahun. Jika ianya manusia, masih anak-anak lagi.
Ada nyalaan pada bahagian dashboard yang menyebabkan enjin kereta tidak mempu memberikan respon pabila pedal minyak ditekan. Suara ngauman enjin tidak berlaku, apalagi untuk bergerak.
Ini menyebabkan hati gundah gulana. Sebagai manusia biasa yang jauh dari taraf kewalian, ianya amat mengganggu solat jama dan qasar yang dilaksanakan.
Seusai solat, enjin cuba dihidupkan. Selepas beberapa kali dicuba, masalah seolah selesai. Kami segera keluar dari lokasi parkir masjid. Belum sempat sampai di pintu pagar ianya berlaku. lagi.
Sebenarnya, ia sudah mula dikesan berlaku pada siang hari tadi. Namun, apabila penulis restart semula enjin, iaitu mematikan dan menghidupkan semula, ianya boleh bergerak seperti biasa. Namun kejadian maghrib ini agak lain daripada yang berlaku petang tadi. Kali ini, meskipun sudah restart enjin, lampu check masih menyala dengan gahnya.
Beberapa minit kemudian, kenderaan tersebut berjaya berjalan semula. Namun, apabila tiba dikawasan lampu isyarat yang berwarna merah dan kereta berhenti, nyalaan itu berlaku lagi dan menyebabkan penulis cuba untuk restart enjin. Syukur juga masih berjaya. Penghawa dingin sudah ditutup kerana mengesyaki ia menjadi punca berlakunya perkara tersebut.
Namun sebaik masuk ke lebuh AMJ, yang merupakan lebuhraya paling banyak lampu isyarat di dunia, ianya kembali dan kali ini lebih parah. Meskipun enjin restart, ianya masih menyala dan pedal minyak tidak memberikan sebarang respon pabila ianya ditekan...
Maka kami tersadai di tepi lampu isyarat hingga menyebabkan kereta peronda polis yang berkebetulan berada di belakang kenderaan kami turut berhenti..
"Apahal encik.." sapa sang polis muda.
"Kereta saya ni, lampu di dashboard menyala dan enjin tidak mati tetapi tidak boleh berfungsi. Tiada sebarang respon meskipun pedal minyak ditekan.."
"Mungkin masalah minyak hitam atau air di tangki radiator?" Sang polis cuba mengangak, seolah pomen amatur..
"Ok...encik tunggu dulu dalam beberapa minit...cuba check dulu minyak hitam dan air dalam tangki..." selepas itu mereka pergi. Pergi meninggalkan penulis termanggu-manggu di tepi lebuh AMJ...
Ditaqdirkan Allah, akhirnya keadaan seperti pulih seperti biasa. Maka dengan segera penulis mengenderai kenderaan tersebut dan memandu agak laju, cuba mengejar lampu isyarat yang dianggap punca berlaku keadaan tersebut. Lampu pertama...lepas kerana hijau. Lampu kedua...lepas...di lampu ketiga, berwarna merah. Terpaksa berhenti...dan akibatnya, lampu itu menyala lagi di dashboard...
Kereta kami tersadai di tepi jalan. Lampu hijau dan merah silih berganti dengan kepelbagaian kenderaan yang lalu lalang. Akhirnya, seorang lelaki cina bermotor buruk muncul untuk menawarkan khidmat.
"apa pasal encik?" tanyanya dalam loghat cina
"rosak la..."
"Baik encik letak tepi sedikit. Sini jalan banyak kereta laju. Nanti kena langgar susah..."
Beliau akhirnya turun dari motor dan menolong menolak kenderaan ke kawasan berumput yang kelihatan agak selamat.
"Terima kasih..."
Dalam banyak² pengguna yang melalui jalan tersebut, hanya seorang lelaki tionghua bermotor buruk yang muncul untuk membantu...
Hampir 30 minit berlalu. Penulis telah menghubungi pihak insuran untuk urusan menarik kereta menggunakan towing. Tetapi masalah harga menyebabkan ianya agak lewat untuk mendapat respon.
"Kami hanya cover RM300 sahaja untuk upah menarik kereta. Selebihnya encik kena bayar..."
Kata satu suara lelaki di hujung talian.
"Kami ada satu towing lorry...tapi encik kena tambah RM400 untuk tow hingga ke lokasi servis kereta encik yang paling hampir dengan kediaman encik..."
RM400? Mana mungkin...
"Ada tak yang lebih murah...?"
"Kami akan cuba cari mana-mana towing lorry yang mungkin agak murah...nanti kami akan call semula"
Selepas 30 minit, telefon berdering dan dijawab oleh isteri,
"Ada satu towing lorry berhampiran yang hanya kena tambah RM200 sahaja. Tetapi lewat sedikit sebab ada urusan kemalangan. Mungkin ambil masa dua jam.."
Huh dua jam?
Jam sekarang menunjukkan ke pukul 8.30 malam.
"mmm..nanti boleh call saya semula dalam 15 minit?" kata penulis dan ianya dipersetujui oleh lelaki di hujung talian.
Penulis mula bergerak menuju ke satu lokasi bercahaya yang seakan kedai. Setelah berjalan agak jauh dari kenderaan untuk membuat siasatan, rupa-rupanya lokasi yang disangka kedai hanya kediaman persendirian.
Tiba² muncul seorang lelaki bermotor bertanya mengenai penulis..
"ada apa hal?"
"kereta rosak" jawab penulis.
"ada call pomen?"
"Tak ada pula..."
Dia kemudiannya mengeluarkan HP dari poket seluarnya.

"Nanti saya cube call pomen...."
Kemudian kedengaran dia bercakap-cakap dengan seseorang di telefon bimbit miliknya.
"Cube awak bercakap dengan orang ni...." sambil menghulurkan hp kepada penulis. Di hujung talian kedengaran suara seorang lelaki....
"Ada apa masalah encik?"
Maka penulis menceritakan apa yang berlaku.
"Oh...itu mungkin sensor minyak....tapi kena tengok dulu. Kalau saya dapat datang pun mungkin selepas satu jam dari sekarang. Saya ada hal sedikit...."
Penulis menyerahkan kembali hp kepada lelaki bermotor yang kelihatan budiman. Kami berbual seketika. Beliau baru sahaja pulang dari kerja di bandar.
"Kalau encik setuju, saya boleh hantar ke kedai makan yang terdekat....atau rehat dulu di rumah saya sementara menunggu towing..."
Penulis menolak pelawaan lelaki tersebut dengan hormat. Akhirnya lelaki tersebut minta izin untuk pulang.
Sebaik penulis kembali ke kereta, kunci cuba dipulas untuk hidupkan enjin. Setelah enjin hidup, wah....tiada lagi lampu kuning yang menyala di dashboard. Tanpa banyak bicara, kami meneruskan perjalanan kami. Alhamdulillah seolah sudah kembali normal. Kami singgah sebentar di stesen minyak dan kedai makan di parit jawa. Kedai tersebut menawarkan masakan yang agak enak dan murah. Enak mungkin dek kerana kelaparan mungkin...
Sebaik kembali ke kereta untuk menghidupkan enjin, sekali lagi masalah tersebut timbul. Jam d dashboard menunjukkan ke angka 11 malam...
Idea untuk mendapatkan towing lorry kembali menjelma. Sekali lagi penulis menghubungi pihak insurans.
"Encik sekarang di mana?"
"Saya di pekan parit jawa, berhadapan stesen petronas"
"Nanti kalau ada lori saya call semula...."
Selepas berlalu 15 minit, tiada sebarang panggilan yang hinggap di hp penulis. Dan selepas dicuba, enjin kereta kembali normal. Dengan lafaz basmallah dan kesyukuran yang tidak terhingga perjalanan diteruskan.
Namun selepas 10 minit, ia jadi semula. Kali ini berhampiran deretan rumah kedai di sebuah kampung. Kami tersadai di tepi jalan. Jam menunjukkan ke pukul 12.15 malam. Penulis mencuba untuk menghidupkan dan mematikan enjin berkali-kali namun lampu dashboard tetap menyala.
"Kenapa ni ye?" Tiba-tiba muncul satu suara di tepi tingkap. Seorang lelaki mirip pak rani kulup tercegat di situ.
"Kereta saya rosak...."
"Dah call sesiapa?"
"Ada call towing truck tapi nampaknya belum dapat lagi. Mungkin sebab malam minggu..."
"Oklah....tapi jangan start enjin berkali-kali. Takut nanti lain pula yang rosak"
Selepas 30 minit, dan selepas cuba membuat panggilan towing truck bukan dari syarikat insuran, akhirnya dengan izin Allah kenderaan berjaya dihidupkan semula tanpa sebarang nyalaan pada dashboard. Kami lantas meneruskan perjalanan. Tatkala tiba di semerah, enjin mati dengan tiba-tiba, namun apabila dihdupkan semula, alhamdulillah boleh dan tiada masalah. Enjin mati juga setibanya di Peserai namun ianya berjaya dihidupkan semula. Sebaik selepas melintasi jambatan sungai Batu Pahat, kenderaan terus dipacu hingga tiba di kediaman. Alhamdulillah. Selepas merentasi perjalanan selama enam jam, sehingga jam dua pagi, kami selamat tiba.
Dek kerana esok adalah Ahad, penulis terpaksa bercuti untuk menghantar isteri dan anak-anak ke sekolah. Kedai servis juga tutup. Ertinya hari Isnin baru boleh dihantar ke kedai.
Pagi isnin tatkala dalam perjalanan ke pusat servis, sekali lagi masalah tang sama berlaku. Kira-kira 20 minit, baharulah masalah dapat diselesaikan...
Setibanya di pusat servis, selepas diperiksa awal, didapati pemeriksaan lanjut dan lebih terperinci perlu dilakukan. Proses mengambil masa dua hari sebenarnya. Hanya pada hari selasa urusan selesai. Tiada sebarang caj dikenakan. Pihak servis menyatakan masalah disebabkan oleh pendawaian elektrik.
Wallahu a'lam
Ulasan