Travel log : Kelantan Serambi Makkah


Rabu 23 November, selepas sekian lama berkurung di dalam organisasi, penulis bergerak bersama segerombolan pejuang ke Kelantan untuk mesyuarat pertama bersama Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti. Perjalanan bermula agak lambat , iaitu selepas jam 10.00 pagi meskipun janji awal ialah pada jam 8 pagi. Berkesempatan menunggu lama di dataran terbuka hingga mampu mendapatkan sebuah wayar penyambung talian telefon yang sudah usang dan kritikal. 

Selepas perjalanan bermula, kami singgah di sebuah warung di Parit Yaani untuk memulakan bismillah mengisi perut kosong yang saling berkeroncong...

Sekitar jam 11, kami bergerak menuju ke destinasi melalui laluan lama tanpa tol dan masuk ke simpang felda redung yang dikatakan dapat menjimatkan masa dan kiraan km perjalanan ke destinasi...

Sebelum itu, kami singgah mengambil petrol di Petronas Yong Peng serta menyelesaikan hajat yang tertunggak serta mengambil bekalan jajanan....




Gambar sebahagian dari ahli rombongan ...



Di Muazzam Shah, kami sekali lagi berhenti di stesen minyak untuk menyelesaikan hajat yang mula tertunggak. Untuk makluman, terdapat tandas berasingan dari stesen minyak yang menelan belanja RM0.40 untuk masuk bagi tujuan melepaskan hajat, dan RM1.50 untuk tujuan mandi....


Sebahagian ahli menikmati jamuan tengahari di restoran mama, berdekatan lebuhraya ANIH di Gambang, Kuantan...




Kami menyelesaikan kewajiban jama qasr secara takkhir di bumi Ajil sekitar jam 4.40 petang, Rabu 23 Nov. 2016..




Lokasi pertama di bumi serambi Makkah... Masjid Al Muqarrabin

Seusai maghrib dan Isya secara Jama taqdim, kami bersiap-siap untuk menyertai makan malam sambutan para tetamu kontinjen GAKUM dari seluruh Universiti Awam. Mujurlah baju batik yang dibawa tidak kedut seribu...



Gambar-gambar sekitar jamuan makan malam meraikan kontinjen dari pelbagai Universiti Awam yang menyertai mesyuarat GAKUM

Jamuan makan malam yang disediakan agak gilang gemilang meskipun menu sederhana sahaja. Acara pentas kelihatan tidak berhenti di sepanjang makan malam berlangsung.

Ucapan PNC UMK yang begitu bersemangat...


Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam. Kenaikan kami hanya muncul sekitar jam 11 malam. Dalam keadaan yang agak letih, kami bergerak mencari home stay yang masih belum dijejaki. Mujurlah alamat telah ada dan ruang telah ditempah. Kami berjaya masuk ke home stay sekitar jam 11.30 malam. Mujurlah lokasi tidak terlalu jauh. Mesyuarat esok dijangka sekitar jam 8 pagi...


Sarapan pagi di warung berhampiran lokasi penginapan. Menu hanyalah nasi lemak ayam goreng dan juga nasi putih berlauk....





Sebahagian daripada panorama UMK

Buat pertama kalinya penulis memijak bumi UMK...keunikan bangunan di kampus tersebut agak memukau pemandangan ...




Masjid kedua di bumi kelantan yang dilawati. Maghrib dan Isya secara jama taqdim dilaksanakan sebelum acara makan malam.

Apa yang menarik mengenai masjid di kawasan negeri serambi makkah ini ialah kebersihan yang berlaku. Permaidani di masjid² yang dilawati kelihatan bersih tanpa sebarang habuk seolah baru sahaja di bersihkan, hatta masjid di veruk kampung. Mungkin bangunan rumah kediaman mereka kecil dan ada yang seperti pondok sahaja, namun bangunan masjid mereka tersergam indah. Dan yang paling menakjubkan ialah tandas mereka juga berkeadaan bersih dan menyenangkan....


Makan malam bersama presiden kesatuan kakitangan sokongan UMK....




Singgah solat Jumaat di sini dalam kawasan pemerintahan kerajaan Terengganu





Menyantuni rakyat






Bersama sebahagian daripada pejuang ....


Moga² Allah mempermudahkan urusan mereka



Presiden KEKAS bersama presiden GAKUM


Mesyuarat GAKUM berlangsung sepanjang hari Khamis 24 Nov 2016 sehingga jam 5 petang. Beberapa permasalahan dibangkitkan dalam pertemuan tersebut. Antara yang penting ialah pertemuan dengan KSN yang dijadualkan pada 20 Januari 2017. Kesemua ahli GAKUM diminta menghantar saranan atau usul kepada pihak urusetia selewat² nya pada 20 Disember 2016. Antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini oleh perwakilan organisasi ialah berkaitan peluang cuti belajar dan peluang kenaikan pangkat kakitangan sokongan yang jauh berbeza daripada kaedah dan peluang kakitangan profesional yang berasaskan kepada time based.



Perjalanan pulang bermula jam 10 pagi jua. Persinggahan berlaku untuk makan lekor di awal masuk bumi terengganu, diikuti solat Jumaat dan kemudian membeli lekor sebelum singgah di pasar payang ... 

Kami kemudian singgah solat maghrib di perhentian sebelum keluar tol di bandar Gambang. Kami makan malam di salah sebuah restoran di gambang yang menyediakan menu makan malam yang begitu menyelerakan.

Perjalanan kami berterusan sehingga tiba di pengkalan sekitar jam 1 pagi.....Penulis tiba di rumah sekitar jam 1.30 pagi. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol