The Last Day Of PPT's

Hari² terakhir seorang PPT di pejabat ini. Sungguh penulis tidak menyangka akan menjadi PPT terakhir bagi pejabat ini. Menjelang tahun 2017, pentadbiran pejabat diambil alih oleh gred 44. Ini bermakna selama dua tahun, penulis bertugas selaku PPT di pejabat ini adalah sama nilai dengan gred 44!!

Sememangnya hijrah itu sesuatu yang sangat mencabar. Ada yang mengatakan ianya pahit untuk dilalui. Sebagaimana kisah² yang biasa kita dengar berkaitan peristiwa hijrah, sahabat² Rasul SAW meninggalkan  Makkah dalam keadaan mereka terpaksa meninggalkan harta benda, kaum keluarga, sahabat handai, anak dan isteri hanya semata-mata kerana Islam. Ada yang sudah menjadi hartawan, sanggup meninggalkan segala harta di Makkah sehelai sepinggang hanya semata² kerana Allah dan Rasul SAW. Ertinya, mereka keluar dari zon selesa menuju kepada zon yang belum pasti, hanya kerana mematuhi perintah Allah dan Rasul.

Maka selaku seorang Muslim, perintah untuk hijrah dari suatu lokasi ke lokasi yang lain, atau dari satu pejabat ke pejabat yang lain seharusnya diterima dengan semangat hijrah yang besar, dengan berpandukan kepada kisah² sahabat yang menerima arahan hijrah tanpa sebarang soal jawab, tanpa sebarang permohonan penangguhan, bahkan mereka begitu bersemangat untuk melangkah keluar dari bumi Makkah menuju ke kota bercahaya Madinah Al Munawwarah.

Yang menerima orang yang berhijrah pula, perlu menanamkan sikap golongan ansar yang amat bersedia menerima kedatangan saudara muhajirin dari Makkah dengan berlapang dada, penuh mesra, semangat ukhwah yang tinggi, walhal mereka sebelum ini bukanlah saling kenal mengenal antara satu sama lain, tetapi dek kerana hati² mereka telah diikat dengan perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya SAW, mereka redha dan gembira menerima saudara² mereka dari golongan muhajirin.

Image result for hijrah

Berbalik kepada kisah hari terakhir sebagai PPT, penulis mengakhiri tugas di pejabat tersebut dalam keadaan kebanyakan staf pada hari itu berada di luar kawasan. Meskipun terpalit sedikit kesedihan, namun kaki tetap dikuatkan untuk terus melangkah. Ya...dua tahun bukanlah masa yang panjang, namun penulis percaya telah memberikan khidmat yang terbaik untuk pejabat tersebut. 

Penulis memulakan tugas di pejabat ini sekitar tahun 2014 selepas 'terusir' dari pejabat para dewata. Kali pertama melangkah ke pejabat ini didapati

  1. Sistem kutipan kewangan yang kurang cantik dan teratur
  2. Terdapat kes lalu yang melibatkan kewangan tetapi tidak dijadikan kes
  3. sistem pentadbiran yang tidak memisahkan antara pentadbiran dan juga core bussines pejabat tersebut
Penulis memulakan langkah dengan mengemaskinikan sistem buku vot tabung pejabat yang terbiar sejak beberapa tahun kebelakang. Tugas itu bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih² lagi anda terpaksa untuk deal dengan 'orang lama' yang bersaka dengan kerja yang sama tanpa sebarang islah yang dibuat untuk mematuhi peraturan yang berjalan.

Syukurlah Tuhan memberikan bantuan dengan menghantar staf yang ditukarkan dari pejabat yang mempunyai pengalaman kewangan yang agak luas dan membanggakan. Penulis bukanlah seorang staf yang tersangat hebat dan mendalam pengetahuan dan pengalaman berkaitan kewangan. Kejayaan sesebuah jabatan tidaklah bergantung kepada siapa pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya, tetapi kunci utamanya ialah pembantu yang berkebolehan serta berkemahiran tinggi. 

Dengan wujudnya pembantu yang baharu ditukarkan serta berpengalaman luas, maka beberapa perkara telah berjaya dimulakan di antaranya ialah

  1. Pengemaskinian serta penyelenggaraan buku vot tabung dengan lebih baik dan bersistematik, menggunakan teknologi yang wujud pada waktu itu - iaitu menggunakan excel pada cloud google untuk membolehkan ianya diselenggara dan disemak secara real-time;
  2. Mengemaskini penggunakan peti besi yang selama ini terbiar tanpa penyelenggaraan yang mematuhi peraturan, termasuk mengembalikan fungsi dengan membetulkan nombor kombinasi kunci penggunaan serta mewujudkan dua orang pemegang nombor kombonasi serta kunci dan mewujudkan buku selenggaraan peti besi;
  3. Memasukkan hasil dari kedai milik pejabat ke akaun pejabat kewangan setiap hari dan sekiranya lewat, akan disimpan di peti besi terlebih dahulu dan melakukan transaksi pada awal pagi esok;
  4. melaksanakan pemeriksaan aset setiap hujung tahun;
  5. melaksanakan sistem pergerakan kunci pejabat dengan lebih efisyen;
  6. pemberharui sistem penerimaan wang tunai di kedai milik pejabat dengan perolehan mesin baharu dan sistem yang lebih terkini;
  7. mewujudkan sistem kontrak tempoh tertentu bagi perolehan percetakan 
  8. meletakkan pentadbiran pejabat terus di bawah pengarah dan bukan lagi di bawah pegawai yang berlainan sistem kerja hakiki;
  9. pengawalan kenderaan jabatan yang lebih efisien

Penulis juga berpeluang berkhidmat dengan tiga orang pengarah di sepanjang berada di pejabat tersebut dan juga berjaya memulakan pengajian peringkat ijazah pertama secara PJJ pada tahun 2018 atas galakan kuat pengarah ke II. 

Dari segi sejarah pentadbiran PPT, ianya bermula selepas dari seorang gred 41 dinaikan ke gred 44 dan ditukar ke pejabat lain. Dalam masa lebih kurang dua tahun, PPT I ditukarkan dan diganti dengan PPT II selama kurang dari setahun, kemudian muncul PPT III yang hanya berkhidmat selama sebulan dan barulah muncul PPT ke IV iaitu penulis sendiri. Dan sememangnya sejak hari pertama berada di pejabat tersebut, penulis meramalkan bahawa hayat penulis di situ tidak akan lebih dari dua tahun. Dan surat yang dikeluarkan bertarikh 20 Dis membenarkan perkara tersebut. Ianya seperti sebuah sumpahan kepada PPT yang berada di pejabat tersebut. Bahawa khidmat kamu tidak akan lebih dari dua tahun!!

Penulis bersyukur kerana dapat melakar sejarah sebagai penutup kepada pentadbiran PPT di pejabat tersebut. Semoga penghijrahan ini akan memberikan sinar baru, khususnya kepada yang akan meneruskan perjuangan di situ.

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Kisah Seorang Jurutol

AJK Masjid dan surau : Tahukah tanggungjawab mereka?