Saujana Hill Golf Resort melambaiku

Hari kedua pertapaan penulis di pulau ini menyaksikan kelas secara officialnya bermula jam 11 hingga 1 tengahari, iaitu untuk subjek Isu² Pentadbiran Awam. Pensyarah untuk subjek ini sebagaimana pada tahun sebelumnya, kurang bermurah hati untuk menghadiakan kami slide power point untuk tatapan manja menjelang hari² peperiksaan, berbanding pensyarah lain. Inilah kehidupan sebagai pelajar tua pendidikan jarak jauh. Keterlaluan mengharap kepada suapan nota dan juga slide power point. Ironinya, meski pensyarah berkenaan tidak mesra berkongsi slide beliau, namun beliau ini memberikan tips untuk peperiksaan yang amat bernilai, dan terbukti keluar...



Syarahan selama 1 jam setengah ini (mungkin diskaun 50%) berakhir lebih awal dari jangkaan waktu sebenar. Sementara menunggu kelas tutorial untuk subjek penulisan proposal tesis, kami bersiar² di kaki lima bangunan yang menyaksikan beberapa booth jualan barangan seperti baju, tudung dan sebagainya. Terdapat juga gerai kecil yang menyediakan makanan ringan. Penulis dan sahabat sebilik sebenarnya tidak sempat mengambil sarapan, meskipun kelas bermula jam 11 pagi..perut agak berkeroncong, mulut agak berbau dan kepala mula menjadi pening kelalatan...

Menjelang jam 1 tengahari yang terik, penulis masuk ke bilik tutorial untuk menghadiri perbincangan dalam jumlah kecil bersama penyelia yang telah ditetapkan. Penyelia penulis adalah sama dengan pensyarah subjek yang dihadiri kuliah sebentar tadi. Banyak juga input yang diberikan meskipun ianya menjadikan kami semakin berat dan gusar untuk memilih tajuk yang bersesuaian. Bagi penulis, sudah terpahat beberapa butiran ayat untuk dicantum menjadi tajuk yang bakal menggugat kestabilan rantau asia pasifik.....hehehe

Sebaik selesai, penulis bergegas keluar untuk mencari sahabat sebilik. Nampaknya kelas tutorial beliau belum selesai. Penulis mengambil keputusan untuk menunggu di hadapan perpustakaan yang sejak tiga tahun ini tidak pernah sekalipun dijejaki. Tahun ini ada niat tersembunyi untuk meneroka khazanah yang ada. Itupun terdorong dek kerana ada tugasan yang masih gagal untuk disiapkan meski tarikh tamat sudah semakin menghampiri. Sesekali terasa cemas khuatir jika tidak dapat disiapkan...

Selepas 30 minit, keresahan menanti mula mencapai kemuncak. Penulis cuba menghubungi sahabat sebilik tetapi tidak berjawab melalui panggilan telefon. Dua kali dipanggil tiada jawapan, penulis mengambil keputusan masuk ke perpustakaan. Sebaik kad pelajar di slide, telefon yang dikelek berbunyi pula...kelam kabut menjawab panggilan di dalam perpustakaan...rupanya sahabat tadi menelefon. Namun mungkin faktor pancaran yang lemah, suara kurang jelas dan ada kala sepeti bunyi robot...

Akhirnya, perhubungan hanya boleh dibuat melalui wassap sahaja. Rupanya sedare tu dah sampai ke perhentian bas transit kedua...Maka penulis meneruskan hasrat untuk masuk ke perpustakaan besar dan indah itu. Menuju ke PC untuk mendapatkan tajuk buku. Berkali-kali dicuba, buku yang dicari tidak ditemui. Bosan dengan keadaan tersebut, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk kembali ke saujana hill golf resort. Terasa seolah dipanggil untuk kembali..Labbaik Ya Saujana...Labbaik...

Proses menunggu bas pada petang itu sepertinya terlajak lama dari biasa, walhal tatkala di stesen transit, berdedai² bas yang datang. Pelik, kemana menghilangnya bas² tersebut?
Duduk di stesen bas berhadapan dewan raya terasa seperti seekor Alien yang baru turun dari planet zuhrah. Masing² buat hal sendiri. Kebanyakan alpa dengan gajet yang kelihatan seperti sahabat yang akrab, berbanding untuk bertegur sapa, bertukar senyuman apalagi berboraks mesra..Teringat lirik lagu bumiputera rocker,


"Aku sendirian di sini terbujur berdiri di tengah kota
Ramai manusia di sisi sombong dan tidak bertegur sapa
Bagaimana harus aku buktikan
silaturrahim suruhan Tuhan
Sampai bila...sampai bila ...begini"

Mujurlah di dalam bas, terjumpa dengan salah seorang sahabat. Itupun tatkala hendak turun dan menuju ke bas ke dua di stesen transit...

Tiba di Saujana yang memanggil, terus sahaja menuju ke kantin untuk melunaskan tuntutan biologi. Nasi ayam penyet sekali lagi menjadi pilihan. Dah itu aje yang ada. Nak buat cemana...

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol