Melayu di Tanah Melayu

Bangun pagi, seusai solat, bersegera menatap peti televisyen bagi menantikan berita jam 7 TV3 kegemaran, punca dan sumber utama berita negara. Kisah biasa yang dipaparkan, kemalangan di sana-sini, projek terbengkalai di Selangor, isu orang asli di Kelantan, isu hakisan melayu di Pulau Pinang.

"Ringgit semakin kukuh di pasaran meskipun dibuka pada kadar yang rendah" fuuh lega rasanya....ingat tadi negara dah nak bengkrap...Ditambah dengan kenyataan gabenor berambut putih, orang biasa (bukan ahli ekonomi) tak perlu ulas pasal ringgit...

Baca media semasa Hari dan Melayu dirasakan negaraku sungguh aman dan makmur. Ada la sedikit rompakan, pembunuhan, pembuangan anak dan sebagainya...tapi ekonomi terus kukuh. Politik kian bertambah selamat...

Tatkala sarapan pagi, mata tertumpu pada kaca televisyen lagi yang memaparkan nyanyian dan gelekan lemah anak gadis melayu bertudung yang ingin mencuba nasib menjadi artis...dengan komen pihak juri yang menggalakkan....hampir majoriti umat melayu tertumpu pada liburan seumpama ini

Image result for akhbar utama

Berjalan ke kedai surat khabar, terpampang kisah² artis, tubuh artis, gaya manja artis, semuanya sebangsa dan seagama katanya...

Buka internet dan blog, kebanyakannya memuji melangit politik negaraku, tak de pun apa yang cacat. Tapi kalau buka blog sebelah sana, semuanya cacat, ekonomi merundum, akhlak runtuh, gawat di sana-sini...

Melayu terus berlibur dan diliburi lagi. Menjelang petang, pelbagai siri drama dan pelakon dipaparkan, selepas satu demi satu demi satu, semuanya nampak biasa sahaja tidak ada apa yang perlu dirisaukan...

Image result for pencarian artis malaysia

Buka berita perdana, nah...kalau parti pemerintah kalah, yang bakal berkuasa adalah yang bukan sebangsa dengan kita....kita telan bulat² tanpa berfikir...kerna kita menyerahkan urusan politik dan negara bulat² kepada mereka tanpa ada rasa sedikit pun keingin untuyk berpartisipasi terhadap politik.

"Kita mana tau pasal politik...biarlah menteri je yang buat kerja"

Bangsaku terus leka dan tamak dengan hiburan dan sukan. Bintang sukan dan artis dipuja, dipuji, diberi pelbagai pangkat kebesaran dan anugerah, dinobat sebagai wira dan pejuang, namun pernahkah terfikir, kemana pergi ilmuan negara kita? Adakah ilmuan negara kita hanya seorang dua sahaja di muka bumi bertuah ini? Adakah mereka itu bersembunyi dengan keilmuan mereka atau senghaja disembunyikan agar kepakaran dan keilmuan mereka hilang dan tidak disebarkan?

Tidak perlu tentang ringgit yang merundum...tidak perlu fikir tentang kos kehidupan yang semakin parah, tidak usah difikir mengenai masalah ketidak adilan, penzaliman, penindasan secara halus...yang penting kita enjoy....

Rupanya sejarah Hang Nadim dan peristiwa Singapur dilanggar todak sudah mula diulang siaran...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol