Pensejarahan Melaka - Kuliah Sejarah

Hari kelima di pulau tahanan...

Malam semalam berjaya untuk tidur awal ... itupun secara tidak senghaja. Seusai Isya. Dan Alhamdulillah, dapat bangun pada jam 11 malam. Maka bersegeralah untuk study kununnya. PB adalah pada Ahad jam 12 tengahari. Modul yang perlu dibaca berbab-bab. Namun digagahi jua demi mengejar ilmu dan ghairah kepadanya...





Itupun gagal bertahan...sekitar jam 3 pagi ...dah berangkat semula ke alam gelap. Alhamdulillah, azan di HP menggetarkan gegendang telinga penulis.

Solat Subuh berjamaah di surau resort hanya dihadiri oleh tiga lelaki dewasa sahaja. Seusai solat, berjalan balik dan cuba menyambung study yang terbengkalai pada jam 3 pagi tadi. 

Kelas pada hari kelima, sabtu berlangsung pada jam 2 hingga jam 4. Penulis merasa seolah duduk di dalam majlis penglipur lara di zaman kesultanan Melaka. Banyak info berkaitan kerajaan Melaka yang boleh dikongsi bersama. Antaranya sikap kegilaan Sultan Mahmud, Sultan terakhir Melaka, terhadap perempuan. Dikhabarkan jua pada zaman baginda itulah telah wujud rumah² urut di sepanjang sungai Melaka bahkan baginda sendiri kerap kelihatan di tempat tersebut bersama jua dengan juak²nya. Dikhabarkan jua bahawa telah wujud pada waktu itu kedai² menjual arak dan terdapat juga orang besar² istana yang terlibat secara serius dengan minuman tersebut...

Tapi perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Raja Seri Tri Buana telah menyebabkan tiada anak melayu yang akan derhaka...tiada apa jua tindakan yang boleh dibuat untuk mengubah raja² Melayu...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol